Mustahil untuk terus bergerak ke hadapan tanpa ada yang terkorban. mustahil. kadang- kadang korban itu terasa ringan dan mudah, tapi ada yang berat dan payah. boleh jadi yang kita korbankan itu hanyalah koordinat tempat yang tidak membawa significant yang besar dalam hidup kita. apalah sangat dengan mengorbankan jarak 1 meter dari kedudukan kita sekarang?
namun, bila tiba masanya, yang Maha Mengetahui diatas akan menguji kita untuk melakukan korban yang lebih besar... Berada jauh dari keluarga, dapat berada di negara orang, dapat main salji, dan sebagainya mungkin nampak seperti indah dan baik-baik belaka. hakikatnya untuk setiap keputusan kita harus membayarnya dengan satu mungkin lebih pengorbanan. 6 tahun kita dirampas dari berkhidmat kepada ibu bapa yang tidak makin muda. 6 tahun kita dijauhkan dari terlibat balam perkembangan emosi dan diri orang tersayang kita. 6 tahun kita terlepas pertemuan - pertemuan keluarga dan sanak saudara. 6 tahun kita berjauh beraya asing. peristiwa-peristiwa besar juga kita terlepas. dan bila malaikat maut mengetuk pintu mati org yang kita sayang... itu juga kita terlepas.
bila difikirkan kembali, berbaloikah harga yang mahal ini untuk satu kejayaan yang tak pasti? betapa selama ini, dengan sedikit masa yang ada, kita bazirkan untuk marah, melayan kehendak diri, sibuk dengan ratusan tuntutan, hingga yang keliling kita terbiar. tak sempat kita gunakan masa itu untuk mendengar cerita-cerita mereka. tak sempat untuk kita masak makanan kegemaran mereka. tak sempat juga kita menghargai celoteh -celoteh panjang mereka. itulah...manusia itu terlalu mudah lupa. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan apa yang dia ada. Kaki yang Allah bagi, tak pernah dia syukuri, lalu bila luka ibu jari kaki cuma, baru dia terasa yang besar rupanya sumbangan sang kaki.
Kita selalu berharap untuk esok yang lebih indah. sampai kadang-kadang, mata kita tertutup terhadap apa yang terjadi pada saat dan minit ini...Bila Allah memanggil arwah tok ma, beberapa hari lepas, tersentap terus. seperti satu gempa dalaman, tsunami emosi yang berkecamuk melanda... ya Allah, tak sempat aku mengurut-urut kaki nya, tak sempat aku bertanya bagaimana dia boleh begitu kuat membesarkan, papa,mama dan cik seorang diri bila tok wan meninggal muda. lupa untuk bersama-sama mengaji quran dengannya. terlalu banyak soalan rupanya yang hendak aku tanyakan...
Namun yang kita fikir lagi...yang buruk boleh jadi baik untuk kita dan sebaliknya,,, Kadang kita yang terlalu pentingkan diri. Kita tak mahu terluka, tak mahu bersedih, tak mahu kehilangan. tapi jika itu yang terbaik buat org yang kita sayang, harus kita relakan. Orang yang telah pergi, insyallah kita doakan dia sedang berbahagia bersama Tuhan yang selama ini dia rindui. sungguh kita tak akan mampu memberi kenikmatan dan kebahgiaan lebih dari Allah,, Lalu kita relakannya untuk kembali kepada Yang Maha Penyanyang.
kita rasa payah, sebab kita rasa kita memiliki. bila diambil kembali, kita sentap! ' ini aku punya! '.Ada dua orang petani bekerja di 2 petak sawah. Petani pertama, dengan penuh tekun membajak, menanam padi..kemudian dia bajai, pastikan cukup airnya, pastikan cukup keperluan padi. padinya mengemuk, menguning dan mula mengandungkan mutiara-mutiara yang bakal diproses menjadi beras. Petani kedua, duduk dibawah pokok . sedap ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil bermain2 dengan anak ikan di tali air. nyaman, sungguh nyaman.. bila tiba musim menuai, petani kedua hendak mengetam padi petani pertama. eh apahal pula? bukan kau yang mencukupkan keperluan padi petak aku! kata petani pertama. bukan kau juga yang membesarkan dan memelihara padi-padi ini dari penyakit dan angin, terang petani pertama lagi. Dia berkata lagi ''Kau,petani kedua, hanya layak menikmati keindahan hasil padi-padi aku yang menguning, tapi hak mutlak padi ini, itu aku punya.''
Begitulah, bukan kita yang mencukupkan keperluan dan memelihara mereka yang kita sayang. Tapi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itulah yang mencukupkan segalanya. yang bersama mereka saat kita berpaling. Maka Allah yang lebih berhak atas apa sahaja. Biar manusia, barang, masa, itu semua milik Dia. lalu mulalah kita bersyukur dan redha dengan setiap apa yang berada dengan kita sekarang,saat ini, minit ini.
bukankah Allah telah berjanji 'bersyukurlah ,dan Aku akan menambah nikmatku kepada mu''
al fatihah..

