Friday, October 23, 2009

si miskin

saya seorang yang miskin. hari ini 23.oktober.2009. duit di tangan saya ada dalam beberapa keping syiling rubbles. kira-kira 26.40rub mungkin. nilai yang cukup untuk membeli 'baton' atau roti di pasar Spartivnaya yang mahal. kad maybank rosak. disini tidak seperti di UK macam iklan maybank petronas tu,ada cawangan harimau di London. saya tidak mempunyai 'harimau' yg menjaga kemaslahatan diri di bumi moscow ini. sebenarnya sudah lama rosak, hari pertama pulang ke Moscow selepas bercuti di Malaysia, musim panas lepas.

tapi saya ada kawan yg pinjam sejumlah wang dari saya semester lepas. jadi itulah talian hayat saya. bunyi seperti tertekan kah? tak perlu. saya gembira saja. bimbang? tidak pula. walaupun sekarang tidak sebebas dulu berbelanja, tapi cukup.duit ada saja bila diperlukan.dalam kocek baju sejuk, dalam kocek seluar, dalam kocek jubah putih, dalam dompet(yang jarang sekali digunakan), dalam bekas pensel, celah-celah buku.merata-rata. sikit-sikit tapi bila dikumpul banyak sebenarnya.

tapi satu benda yang buat saya tidak tahan dan rasa patah dan reput bila saya miskin kasih sayang, dengan Dia. kalau tiada duit, hati saya ok walaupun kadangkala pening berkira-kira dengan belanjawan. tapi bila tiada hubungan yang rapat dengan Dia, hati saya sakit sangat, kerja2 harian serabut, mahu marah semua orang, serba tak kena.tak pernah pula menangis sebab tak cukup duit, tapi bila jauh dengan Dia, ya Allah tak tahan. ala yang orang selalu menangis tak semena-mena tu. bila 'down' kan orang menangis. ah macam itulah. ramai yang menangis bila 'down' tapi tak ramai yang tahu kenapa dia boleh termenangis. hati yang sedang menangis mencari jalan pulang ke Penciptanya.

ya saya serabut-serabut sejak isnin lepas. sebab...sudah lama tidak Qiamullai... sebelum ini saya cukup tak faham bila orang kata susah untuk bangun malam. kunci jam loceng,bunyi,bangun,wuduk, solat sajalah. apa susah? oh...susah sebenarnya bila Allah tarik kemudahan itu. bila Allah tarik kemudahan itu, tak mudah untuk bangun. mustahil untuk bangun. saya kunci jam dari pukul 4.30am dan setiap 30 minit selepas itu. sedar, tapi tak terbangun untuk berqiamullai. kepala kosong,akhirnya 'duvet' ditarik balik kembali ke timbunan bantal-bantal empuk. :(

segalanya dalam hidup mudah HANYA KERANA Allah yang mudahkan. segala yang dirancang tak akan jadi kalau Allah tak bagi jadi,, bersemangat macam mana pun sebelum tidur untuk berqiam,tapi bila Allah tak izin,tak jadi.

p/s: alhamdullilah pie semalam jadi. ha ha ha

kenapa dalam post ini guna 'saya' dan bukan 'aku' eh? saja mengada.

Thursday, October 22, 2009

entomo-homo

dalam sujud
terasa aku ini hanya macam serangga
kering
lemah
sekali tepuk,hancur
berderai
tiup berselerak habuk
hilang

apa yang aku sedang buat ini
berani mendabik dada dengan Dia Maha pencipta
berani merasa cukup dengan kekuatan sendiri
jahanamkan semua cita-cita kau azmin jika tak bersandar dengan Dia
kau fikir kau siapa?

tak, kau tiada apa-apa.
semua Dia punya.
SEMUA

Friday, October 16, 2009

saat mengosok

saya baru habis mencuci baju ini. eh,baju bunyi hebat sangat, padahal cuma habis membasuh sarung kaki saja dan jubah putih (huh?! bunyi macam pelik, 'labcoat' dalam bahasa melayu jubah putih ke?).

kelas 'topography antomy and operative surgery' habis awal hari ini. nak makan tengahari pun tak boleh. jadi aktiviti membasuh molek sekali.

banyak sarung kaki itu
belang-belang kuning hijau
belang-belang oren kuning
belang-belang biru merah
belang-belang putih biru
belang-belang merah kuning (eh macam bendera selangor la! ;p )
lepas itu sampai giliran sarung kaki panjang hitam nipis.
nampak macam tak kotor. bau pun tak mati ikan-ikan dalam akuarium. tapi rasanya macam sudah 'berkali' juga pakai.sebab dah basah dek air sabun, basuh sajalah kan.

berus,,,berus,,,berus,,, dang! nuzibillah hitam airnya lebih dari sarung kaki yang lain. ha,ambik kau azmin, tak kotor sangat konon!

itulah perihal hitam. kita bukan nampak dia makin kotor atau tidak. yang putih kalau kotor jadi hitam. yang hitam bila kotor makin hitam. bagus la dari segi warna bukan?

takut kalau hati ini hitam. saat tu mesti sudah tidak lagi mampu untuk membezakan mana yang salah. yang salah itu hitam,tak kala bersinggah di hati yang hitam, mesti tidak rasa ia sebagai sesuatu yang asing lagi kan? nuzubillah takut kalau hati ini tidak lagi sensitiv dengan kemungkaran. lebih teruk, bukan tidak mampu membezakan antara haq dan batil, tapi tidak sedar yang hati itu sudah kotor kehitaman!

َفإِنَّهَا َلا تَعْمَى اْلَأبْصَارُ وََلكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
Maksudnya: Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj 22:
Ayat 46)

p/s: tinggal lagi sehari. kamu sudah habis puasa 6? mesti sudah habis,kan. baguslah, bukan macam saya
(-_-'')

Sunday, October 11, 2009

C,P, dan S


this is cheese
yang bertaburan atas doh pizza itu.
kamu suka keju?
ramai orang takut keju.takut gemuk.
ya betul,kesannya boleh dilihat terutama di kawasan lengan,peha dan perut.
kamu suka syaitan?
SEMUA orang takut syaitan.takut neraka.
tapi tak macam keju,orang ikut juga jejak-jejak syaitan.
nauzubillah,azmin jangan!


this is pau.
roommate dari china saya yang bagi.
saya pun terkejut.
hari ini dari tengahhari sampai malam saya bertudung dalam bilik, melekat atas kerusi
mereka ada sambutan harijadi kawan, jadi sekampung turun ke bilik,tak kisah la.
saya tumpang gembira. tak sangka dapat tumpang makan juga.
dia suruh saya pakai tudung,kawan lelaki nak masuk katanya dalam bahasa rusia.
makanan,
ya memang banyak hati tertawan dengan makanan.
mulanya bengang dengan hingar suara mereka,sudahlah berkelubung di bilik sendiri.
lepas diberi 'fruit flan' dan pau panas, cair hati.
hati orang mungkin keras mulanya,tapi perut yang kosong itu selalu lembut
jadi belajar masak sedap2 supaya dapat tawan perut-->hati-->ha basuh dan celup dengan sibghah Allah habis-habisan.


this is shoe.
she said that 'selalunya dua orang yang berjalan sama,pakai kasut serupa'
betul juga..
kasut sama. kereta sama. sukan sama.
lepas sama apa jadi? orang tubuhkan kelab.
lepas tubuhkan kelab apa jadi? orang buat aktiviti untuk mengukuhkan ke'sama'an atau promosi untuk orang,jadi sama macam mereka.
kelab itu bukan soalnya. soalnya apa yang sama dan satukan mereka?
hebat, hanya dengan alasan berkereta jenama sama, orang sanggup berkumpul setiap sabtu,berkonvoi satu Malaysia.
aku islam, kamu islam, mereka pun islam, eh samalah kita kalau macam tu!
jom tubuhkan kelab bersama!
tak nak.
sebab kau tak rasa kita sama kan.mereka tak rasa kau dan aku sama macam mereka kan.

itu saja pelajaran hari A.B.C hari ini azmin.dah pergi mengaji quran,portion hari ini tak habis-habis lagi.

p/s:jadi sangat lapar.

Saturday, October 10, 2009

such a great height

you know that song? it's a nice song really.

the thing is im waiting to change. nah! silly ever huh.
i know,,,
it's always half foot in.
must stop,,,
got to give it all,
got to let go all,
got to believe!

ah,,shutup.let the work do all the talking.

p/s:

but ben gibbard acoustic cover is good too. acoustic always sounds great heh

Thursday, October 8, 2009

SS













dulu masa saya darjah 6 hingga tingkatan dua, saya selalu duduk terperuk petang-petang dibilik belakang dekat rumah. saya sangat malas nak pergi mengaji quran dekat masjid, jadi saya memang sukalah menyorok dekat bilik tu. ada masa memang tidur ada masanya pura-pura tidur. saya rasa mama tahu saya pura-pura,tapi kan...saya tak dimarah teruk macam angah dan along kena. tak tahulah kenapa...

mama suka buku,penuh rumah itu dengan buku, belambak. salah satunya,mama langgan majalan kurier. majalah ni terbitan UNESCO, pasal macam-macam. dah tak wujud mungkin majalah ni sekarang,tapi isi majalah tu memang hebatlah. majalah sekarang terlalu picisan! jadi budak tak pergi mengaji darjah 6 ini pun sebab tak ada apa nak buat, bacalah majalah2 ini.

serius tak tipu,lepas baca edisi 'projek genom manusia' (walaupun tak tahu apekebenda genom/DNA/alel/phenotype/etc) memang berazam nak jadi ahli genetic. masa tu dekat Malaysia tak dengar sapa pun cakap pasal genetic. jadi, lagi bersemangatlah aku hendak jadi pelopor genetic Malaysia. serius ni!

lihatlah sekarang....
benda yang SANGAT MENARIK, memang SUNGGUH AMAT SANGAT MENARIK, tapi bila penyampai itu,
cakap tak henti
tak bertanya soalan pada pelajar
cakap tak henti lagi
tak sensitif pada reaksi pelajar
cakap tanpa henti lagi dan lagi
penyampaian tak menarik dan terlalu fakta
cakap tanpa henti 4x
tiada sifat simpati dan kasih sayang
cakap tanpa henti 5x

maka bahan itu jadi SUNGGUH AMAT SANGAT BOHSAN. lebih teruk bila buat orang rasa geram dan bengang dengan si penyampai.(ini saya)


islam itu SUNGGUH AMAT SANGAT MENARIK, MENARIK SUPER 100000000000000000000xxxXX tapi jika si penyampainya macam ini,payahlah. sebab itu ramai yang tak mahu dengar 'ceramah' etc.

ok,mesti baiki diri supaya tak jadi salah seorang dari penyampai sebegini.buat orang bohsan,bengang,geram.nauzubillah.

P/S :
tahu tak SS tu apa? h.a.h.a.h.a

besok ke rumah mayat di prospek mira. harap-harap ada mayat untuk diautopsi, mahu belajar ni!

oh lagu one republic 'no mercy' rupanya,ingatkan radiohead.cheh tiru concept.

Monday, October 5, 2009

dia

kalau lah dia tahu betapa aku mahukan kebaikan buatnya
kalau lah dia tahu yang jalan ini satu-satunya jalan ke jannah Nya
kalau lah dia nampak apa yang aku nampak

kalau lah dia tahu betapa aku sentiasa disini untuk menyokongnya
kalau lah dia sedar, yang dia tak harus malu dengan aku
kalau lah dia yakin,yang aku tak akan menghakimi dia

ukhti, aku disini.
aku tahu kamu semua disitu,bersedia juga.
tapi maaf, kalau kadang kala aku kelihatan tak bersedia untuk luang kan masa
tapi minta saja.
insyallah aku akan 'tersedar' walaupun jaga.
moga Allah bersama kamu dan aku.

Friday, October 2, 2009

simply

bila rasa berat, tinggalkan saja.
bila rasa lenguh sebelah tangan, tukar tangan lain.
bila rasa jauh jalan berseorangan, menyayi atau merapu sendiri.

kalau pegi ashan atau ikea, woh, barang memang banyak tidak ingat dunia. macam satu gedung hendak diborong. 'oh ini perlu, itu pun perlu' bila balik rumah rasa macam perlu benda lain pula. biasalah tu, berjalan dari stesen metro ke hostel dengan barang yang berat dan besar juga banyah, fuh beban-beban. tiba-tiba jarak yang tak berapa jauh,rasa macam berpuluh batu! serius,rasa nak tinggal saja barang dan balik tidur.

nak jadi baik? nak faham islam? nak dekat dengan Tuhan? nak tenang dunia akhirat? memang la rasa berat dan jauh. beban-beban. susah apa, tinggal sajalah benda yang buat lagha(leka). simply!
(ok nak tinggal tu memang susah,haha)

bila tangan angkat barang banyak,sakit sampai ke bahu. lenguh sebelah kiri.nak tercabut rasanya. apa susah, tukar la guna tangan kanan~

buat kerja tak berhasil? dakwah orang tak ikut? buat baik orang tak layan? tukar sajalah cara lain. diverge! diverge!
(haha idea untuk variasi kan agak payah,saya tahu)

bosan berjalan sorang. bohsan sangat. tak seronok. jadi tak mahu jalan,baik duduk rumah, paling kurang manusia-manusia internet ada. tidakpun, manusia pelakon mencuit hati yang siap rakamkan drama untuk tontonan orang bohsan bertaburan. isk,apa duduk-duduk rumah ini,ada kaki jalan. ada tangan beri. ada akal fikir.

tak mahu buat kerja sebab sorang? tak seronok ajak orang sorang-sorang? qaidah sulbi! (tulang belakang) cari la side kick. jemaah! jemaah! mudah, cuma selalu orang malu nak nyatakan yang dia nak sertai.haih
(kekasih itu bukan side-kick yang dimaksudkan ok)

ok? ok kot..