saya baru habis mencuci baju ini. eh,baju bunyi hebat sangat, padahal cuma habis membasuh sarung kaki saja dan jubah putih (huh?! bunyi macam pelik, 'labcoat' dalam bahasa melayu jubah putih ke?).
kelas 'topography antomy and operative surgery' habis awal hari ini. nak makan tengahari pun tak boleh. jadi aktiviti membasuh molek sekali.
banyak sarung kaki itu
belang-belang kuning hijau
belang-belang oren kuning
belang-belang biru merah
belang-belang putih biru
belang-belang merah kuning (eh macam bendera selangor la! ;p )
lepas itu sampai giliran sarung kaki panjang hitam nipis.
nampak macam tak kotor. bau pun tak mati ikan-ikan dalam akuarium. tapi rasanya macam sudah 'berkali' juga pakai.sebab dah basah dek air sabun, basuh sajalah kan.
berus,,,berus,,,berus,,, dang! nuzibillah hitam airnya lebih dari sarung kaki yang lain. ha,ambik kau azmin, tak kotor sangat konon!
itulah perihal hitam. kita bukan nampak dia makin kotor atau tidak. yang putih kalau kotor jadi hitam. yang hitam bila kotor makin hitam. bagus la dari segi warna bukan?
takut kalau hati ini hitam. saat tu mesti sudah tidak lagi mampu untuk membezakan mana yang salah. yang salah itu hitam,tak kala bersinggah di hati yang hitam, mesti tidak rasa ia sebagai sesuatu yang asing lagi kan? nuzubillah takut kalau hati ini tidak lagi sensitiv dengan kemungkaran. lebih teruk, bukan tidak mampu membezakan antara haq dan batil, tapi tidak sedar yang hati itu sudah kotor kehitaman!
َفإِنَّهَا َلا تَعْمَى اْلَأبْصَارُ وََلكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
Maksudnya: Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj 22:
Ayat 46)
p/s: tinggal lagi sehari. kamu sudah habis puasa 6? mesti sudah habis,kan. baguslah, bukan macam saya
(-_-'')
1 comment:
nicely written sis :)
Post a Comment