Friday, October 2, 2009

simply

bila rasa berat, tinggalkan saja.
bila rasa lenguh sebelah tangan, tukar tangan lain.
bila rasa jauh jalan berseorangan, menyayi atau merapu sendiri.

kalau pegi ashan atau ikea, woh, barang memang banyak tidak ingat dunia. macam satu gedung hendak diborong. 'oh ini perlu, itu pun perlu' bila balik rumah rasa macam perlu benda lain pula. biasalah tu, berjalan dari stesen metro ke hostel dengan barang yang berat dan besar juga banyah, fuh beban-beban. tiba-tiba jarak yang tak berapa jauh,rasa macam berpuluh batu! serius,rasa nak tinggal saja barang dan balik tidur.

nak jadi baik? nak faham islam? nak dekat dengan Tuhan? nak tenang dunia akhirat? memang la rasa berat dan jauh. beban-beban. susah apa, tinggal sajalah benda yang buat lagha(leka). simply!
(ok nak tinggal tu memang susah,haha)

bila tangan angkat barang banyak,sakit sampai ke bahu. lenguh sebelah kiri.nak tercabut rasanya. apa susah, tukar la guna tangan kanan~

buat kerja tak berhasil? dakwah orang tak ikut? buat baik orang tak layan? tukar sajalah cara lain. diverge! diverge!
(haha idea untuk variasi kan agak payah,saya tahu)

bosan berjalan sorang. bohsan sangat. tak seronok. jadi tak mahu jalan,baik duduk rumah, paling kurang manusia-manusia internet ada. tidakpun, manusia pelakon mencuit hati yang siap rakamkan drama untuk tontonan orang bohsan bertaburan. isk,apa duduk-duduk rumah ini,ada kaki jalan. ada tangan beri. ada akal fikir.

tak mahu buat kerja sebab sorang? tak seronok ajak orang sorang-sorang? qaidah sulbi! (tulang belakang) cari la side kick. jemaah! jemaah! mudah, cuma selalu orang malu nak nyatakan yang dia nak sertai.haih
(kekasih itu bukan side-kick yang dimaksudkan ok)

ok? ok kot..

No comments: