Tuesday, March 30, 2010

dan kemudian, boom!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Allah yang maha pelindung.Allah Maha Besar. Allah yang berhak berkata
''Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya'' 6:134

pastinya sudah ramai yang sedia maklum dengan kejadian bom yang berlaku pagi semalam di ibu kota russia ini. saat ini rata-rata pelajar sangat takut untuk keluar dari hostel masing-masing apatah lagi untuk menaiki metro ke kelas. Di russia, sebagaimana salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar sel darah merah,nutient dan sebagainya ke seluruh badan,begitulah juga metro di russia.



Metro sungguh mudah, cepat, murah dan efisen. sepanjang merantau di muka bumi Allah,saya paling suka metro di moscow. mungkin ramai yang tidak berpeluang untuk berhimpit lebih dari sardin bersama ribuan orang lain menaiki tangga,melalui platform. suatu sungai manusia yang berderu tidak henti. Park Kulturi dan lubyanka adalah antara stesen yang selalu digunakan oleh para pelajar akedemi saya untuk transit bertukar kereta api. tidak hairanlah kejadian kali ini melibatkan ramai pelajar yang saya kenal, terlibat dengan berada dalam train sebelum dibom,train yg sama,train yang selepas, train yang terkandas akibat kejadian itu. masyaallah mereka selamat semuanya

pagi itu saya bersemangat mengosok baju kurung untuk ke kelas surgery. tapi sebelum itu sempat membaca link dari seorang sahabat perihal bom di lubyanka. memandangkan kelas hari ini tidak mengunakkan metro,saya endah tidak endah sahaja. kemudian ramai pula yang berYM menghantarkan pelbagai link mengenai berita2 insiden. dan lagi dan lagi. selepas menonton live russian today, baru sedar yang ini sangat serius. puas juga mencari khabar berita sisters dan sahabat yang lain...




3 pelajar malaysia tercedera. sekitar russia, ramai yang takut dengan musulman, yang berpakai tudung, yang kelihatan 'lain' ...ada perempuan yang dipukul,ada lelaki yang ditumbuk.

mudah sungguh manusia melepaskan kemarahan dan apa yang terpendam didalam hati. buat aku terfikir, jika Allah henda melepaskan kemarahan Nya dengan hamba2 Nya yang tidak reti bersyukur ini,nescaya dunia sudah tidak wujud. tapi Allah itu MAHA PENGAMPUN sentiasa membuka pintu taubat itu.

status facebook, kelihatan sungguh indah belaka, tiada status emosi marah dengan orang, status pungguk rindukan bulan, status lawak kurang kelakar,,,yang ada status mensyukuri nikmat Allah, status mendoakan keselamatan orang lain, status yang sangat tidak mementingkan diri.

bila terhantuk baru hendak tergadah...apakah manusia hanya ingat Allah saat susah sahaja,kemudian bila sudah senang kita lupa? apakah mati hanya akan menjemput dengan bom sahaja,tidak dengan tergelicir didalam tandas? manusia sifat suka berlebih-lebihan. mahu benda yang besar...hari ini ketika tadabur surat cinta dari Allah, Allah kisahkan umat dahulu yang tidak menerima utusan Allah,meminta diturunkan malaikat, diturunkan mukjizat ajaib, malah demand mahu melihat Allah! sedangkan sekecil kuman itu mampu beri hikmah kepada yang berfikir. sekecil-kecil nyamuk pun Allah beri perumpamaan dalam Quran. tiada istilah besar atau kecil. hanya cara kita yang memandangnya...Allah mengetuk pintu hati saya dan semua orang semalam. syukur, ramai yang tersedar dari lamunan panjang. Doakan sedar itu,sedar yang sebetulnya.. bukan setakat 'mamai' di pagi buta kemudian selimut ditarik,tidur kembali...


peringatan ini untuk diri saya. malam itu macam-macam dosa saya buat. Allah terus menegur pagi itu!

ya Allah,
aku tahu dosaku menimbun,,
tingginya lebih dari gunung,,

ya Allah,
aku lemah aku tahu,,
lemah hingga terjatuh kedalam kembali,,

ya Allah,
aku berusaha sikit demi sedikit,,
saksikan usaha ku,amal ku,perubahan ku,,

ya Allah,
jika aku lupa lagi,,
ingatkan aku ya Allah! jangan lepaskan aku dari teguran Mu!

Dont let me go..i just cant go on own.



moga kamu selamat sejahtera dibawah lindungan Allah.saya sayang kamu,dan saya maafkan salah kamu.maafkan dosa saya kepada kamu juga ya?

p/s: besok cycle topgraphy anatomy. selamat tinggal bulan senang lenang. bersedia untuk letupan dikepala. (eh kepala saya tak diletup dengan 2 kilo TNT tu,cuma dengan ilmu perubatan ini sahaja :) )

Sunday, March 28, 2010

kotak imaginasi.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
bayangkan sebuah kotak paling besar yang kamu boleh bayang.
sekarang isi kotak itu sepenuh mungkin.

dah penuh?
isi lagi!

dah penuh belum?
isi! isi lagi!

sudah penuh?
ok,alhamdullilah.

apa jadi jika kamu tidak isi kotak itu? kamu fikir kotak itu terus kosong? TIDAK. kotak itu tetap diisi. tapi sekadar diisi dengan udara dan habuk.

sila tonton. tidak boleh pilih salah satu. mesti tonton kedua-duanya.





faham? alhamdullilah.

jika manusia itu tidak disibuk kan dengan BENDA YANG BESAR(deen),dia akan disibukkan dengan BENDA YANG KECIL.

jika manusia tidak penat dengan menegakkan agama Allah, dia akan tetap penat, penat menanti.

وَهُوَ ٱلَّذِى يَتَوَفَّٮٰڪُم بِٱلَّيۡلِ وَيَعۡلَمُ مَا جَرَحۡتُم بِٱلنَّہَارِ ثُمَّ يَبۡعَثُڪُمۡ فِيهِ لِيُقۡضَىٰٓ أَجَلٌ۬ مُّسَمًّ۬ى‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡهِ مَرۡجِعُكُمۡ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٦٠)

He it is Who gathereth you at night and knoweth that which ye commit by day. Then He raiseth you again to life therein, that the term appointed (for you) may be accomplished. And afterward unto Him is your return. Then He will proclaim unto you what ye used to do. (6:60)

Friday, March 26, 2010

feverish man cant tell the truth

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
pulang dari kelas hari ini,sedikit longlai. guru russia,cik Alexandra menegur kenapa hari ini kami lelah semacam. sewaktu membaca teks 'sasha' semua seperti layu. sewaktu buat latihan tatabahasa russia lagilah pening berserabut. makin lama makin jauh hukum bahasa russia yang digali,tapi yang awal dulu sudah lupa. ah payah lah kalau begini! lagi bertambah berat kepala.

ingat mahu tidur saja pulang tadi. tapi Allah kuatkan untuk pergi membasuh baju. puas hati melihat deretan baju berjemur. :)

ah...salji masih bertimbun diluar,namun matahari sudah berlagak seperti musim bunga telah mengambil tempatnya. satu bunga pun belum berkembang, tapi siang sudah panjang. bila berpuasa,hah makin lamalah.

penat,kadang-kala rasa seperti mahu mati. mati penat kah?tak tahu,orang mati tak bagitahu. kamu pernah tengok dokumentari 'alchemy of happines-al ghazali'? saya sangat suka ending dia. di hujung hidupnya

say to my friend when they look at me dead,
weeping for me in sorrow
do not believe that this is myself
In the Name Of God,I tell you that this is not I
i'am a SPIRIT, and this is nothing but a FLESH
it was my bow and my garment for a time
but i'am now,even so SHALL YOU BE,
for i know you are even such i'am
the SOULS OF ALL HUMAN KIND come ALL TO GOD
the bodies of all ate compounded alike,
good and evil alike,it was ours.
i give you this message,good cheer
may God peace and joy,forever more be yours.




kamu pernah tonton film 'avatar'? pasal cicak warna biru yang tinggi dan panjang dan hidung leper tu. saya sangat tak boleh terima bila ada kawan yang ceritakan bagaimana seorang manusia boleh masuk ke satu mesin dan kemudian dia sedar,badannya ialah badan
'cicak' biru itu.
macam mana manusia hendak alirkan 'ruh' atau 'minda' dari satu medium ke medium yang lain?
apa yang dialirkan sebenarnya? 'ruh' atau 'minda' dari manusia yang bernama Corporal Jake Sully?

diakhir cerita, Colonel Miles Quaritch,cuba membunuh sully untuk menghentikan serangan dari pihak Na'vi tehadap tentera yang buas. kamu rasa kalau hendak membunuh sully, perlu bunuh sully dalam bentuk 'avatar' atau membunuh sully dengan membuka mesin yang menghubungkan mereka?

konflik.
yang mana satu sully?
yang didalam mesin,yang kadang kala dikejutkan untuk memenuhi keperluan seorang manusia untuk makan,minum dan ketandas.

atau sully yang bergaul baik dengan puak, Na'vi. belajar memburu,berlari bebas,jatuh hati dengan 'Neytiri'.sully yang bebentuk 'cicak' biru buatan manusia?

yang benar-benar wujud ialah sully dalam mesin itu. walaupun sully lumpuh kakinya dalam hidup yang sebenar,namun itulah sully. avatar cicak biru itu hanyalah pakaian dan kostum keperluannya untuk hidup di dunia puak Na'vi. bila sampai masa,Sully harus tinggalkan kostumnya dan kembalikan 'ruh'/'minda'/etc kepada tempat asalnya.

seperti Iman Al Ghazali kata i'am a SPIRIT, and this is nothing but a FLESH
''it was my bow and my garment for a time
but i'am now,even so SHALL YOU BE,
for i know you are even such i'am
the SOULS OF ALL HUMAN KIND come ALL TO GOD''

inilah kita. hanya makhluk yang tidak bernama pun. yang tidak punya apa-apa. bahkan badan yang sedang berbaring, tangan yang sedang menulis, mata yang melihat bukan milik saya. apatah lagi dengan harta-harta hiasan dunia. langsung bukan milik kita!
sungguh saya tidak punya apa-apa. pakaian daging,rekaletak tulang,jahitan saluran darah, kemasan kulit ini hanyalah kostum yang dipakai oleh ruh bernama izzati azmin setelah berjanji untuk menunaikan amanahnya dengan Allah di alam rahim.

sampai masa ruh izzati azmin akan pergi menemui penciptanya. sebagaimana umat sebelumnya. izzati azmin,sudah besediakah kamu? kamu di luar,sudah bersedia?
mari sediakan diri.

p/s: doakan abah saya.abah jatuh tangga di masjid siang tadi,hujan lebat,licin agaknya. kasihan abah,saya tak boleh buat apa2 melainkan doa. nama saja pelajar perubatan. :(

Wednesday, March 24, 2010

action!

dengan nama Allah yang Maha Kuasa,Tidak Lengah,Maha Cantik..

hari ini hari selasa. sebenarnya,saya telah tulis dalam 'organizer' untuk sambung siri 'travelog syitawiyah' dan beberapa isu lain, tapi Allah tidak mengizinkan,jadi berlubang lama pula. memang,bila hidup didalam agama Allah ini,seseorang itu akan menjadi ghuraba (asing). asing,asing dia dengan persekitarannya. bukan beerti dia pergi menjauhkan diri dari masyarakat tapi hanya kerana cara hidupnya yang memang berlainan dari kebiasaan.

hakikat berjalan. manusia yang sebetulnya akan berjalan mengunakan sepasang kaki. tetapi jika seorang makhluk Allah ini dicampak ke suatu tempat yang semua orang disitu berjalan menggunakan tangan, kemudian dia seorang yang berjalan dengan kaki, jadi beritahu saya,siapa yang benar? pelik tapi tak semestinya salah. kalau ragu2 buka quran. jangan terlalu ditanya hati,hati mungkin masih bersalut hitam nafsu jahiliyah. oh sungguh menakutkan.

bila lihat kembali, saya paling sibuk (tidaklah sesibuk para murabiah lain,mungkin lebih tepat jika dikatakan 'penuh jadual') pada hari minggu. hari minggu lepas, ketika saya buka melihat 'berita' terbaru di 'facebook' ramai yang berstatus kecintaan pada hari minggu yang boleh bermalas-malasan,rehat-rehat dan sebagainya. sangat kagum melihat akhowat dan ikhwah di luar sana yang sanggup mengorbankan satu-satu saat bercuti mereka yang mana patut digunakan untuk diri,keluarga namun dikorbankan demi Allah. hebat. cinta pada Allah sudah cukup untuk mengalahkan dunia dan segala isinya. SUBHANALLAH!


siang tadi,pulang dari kelas,saya ke rumah pekerja malaysia di russia untuk bertazkirah bersama. kemudian ke 'ashan' bersama 2 orang akhowat. kemudian F berkata 'langit ini background dunia kan'...

Ya memang betul. langit sebagai 'background' dunia yang berubah-ubah warnanya mengikut pejalanan 'scene' ceritera yang panjang. bangunan,kereta,pokok dan sebagainya sebagai prop diatas pentas terbesar ini. dan kita? kita adalah pelakonnya.
pilihan kamu untuk menjadi watak utama, sampingan atau sekadar pak pacak dalam cerita yang telah lama berlangsung sejak zaman Adam lagi. Direktornya? siapa lagi kalau bukan Allah. Siapa yang lebih usahanya, lebih 'spotlight' yang dia dapat, lebih banyak ganjarannya nanti insyallah.

so,how well you're playing your role?

Friday, March 19, 2010

hampir namun belum

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي

awak hanya akan menghargai sesuatu bila kehilangannya.

awak akan diuji dengan ujian yang sama kerana awak masih tidak mengambil pengajaran yang sepatutnya.

awak mendapat 'musibah' kerana itu tanda Allah sayang kamu. Dia hendak menegur yang kamu sudah mula abaikan dan jauh dari Dia.

Allah sangat cemburu, Dia tidak suka diduakan dengan apa-apa. sebab memang mereka tidak layak mendapat tempat Dia.

hari ini saya tertinggal iphone di kelas russia. alhamdullilah kelas seterusnya,pelajar malaysia. bekejaran lah mengambil kembali. Allah benar-benar sedang menegur saya yang sudah lama tidak mengadu dengan Dia.

shooooo jangan bagitahu orang. kalau teman-teman dan keluarga saya tahu,nescaya saya dibebel sebanyak mungkin. (ya,saya tahu niat mereka semua SANGAT BAIK)

hari kamu bagaimana? kamu ditegur Dia tak? smoga Allah merahmati kamu. :)


p/s: ok neuro sikit lagi nak habis. 3 usrah berjaya ditetapkan masa. alhamdullilah.
nah,saya suka lagu ini.

Wednesday, March 17, 2010

sedikit kecewa

dengan nama Allah yang Maha berkuasa, Maha mengetahui yang telah berlalu,sedang berlaku, dan bakal berlaku, Maha Adil, Maha Penyayang.Yang memiliki segala hikmah.

semalam saya mendapat panggilan telefon dari pihak FedEx mengatakan tentang saya mempunyai parcel dari malaysia. tapi parcel saya kini berada di lapangan terbang Domodedova, atas sebab apa saya kurang pasti. katanya dia akan beri status dan beritahu apa yang harus saya lakukan melalui e-mail. letak saja telefon terus saya buka e-mail mencari surat elektronik dari pihak FedEx..5 minit, 10 minit, 15 minit, 30minit, sejam, 1 malam, 1 hari....satu email pun belum saya terima!

baru tadi kakak saya dari malaysia bertanyakan perihal parcel yang telah dipos. serba salah apa yang patut dijawab..memikirkan wang yang telah dibelanja, usaha yang dicurahkan, dan yang paling sedih segala semangat dan 'thought' yang dikirim bersama tak sampai kepada si tuan nya...

parcel gembira dari malaysia tidak sampai kepada saya.

pastinya Allah menyusun sesuatu yang lebih besar. susah bukan? hanya kerana garisan dipetadunia,digarisan yang mengatakan sempadan ini milik russia, kasih sayang yang sepatutnya tiada sempadan itu, tersekat di imigresen. wang masa dan tenaga. betapa susahnya kita hendak sampaikan rasa cinta pada orang yang kejauhan. SUSAH NAMUN KERANA SAYANG, SANGGUP.

punya cinta Allah dengan kita. satu apa pun kita tidak rugi. kalau dilangit itu ada imigresennya sendiri, pasti manusia dibumi mati kecut seperti daun kering hanya kerana kasih sayang Rabb nya tidak sampai. hanya kerana perasaan cinta dan rindu yang bergelora dijiwa seorang hamba disekat, tidak sampai kepada Pemiliknya. Allah tidak zalim, Allah tidak begitu. Allah buka pintu langit seluas-luasnya untuk hambaNya menghantar sebanyak mungkin parcel (doa) kepada Dia. tak kisahlah kamu ingin menghantar parcel gembira,sedih, surat pemohonan, apa saja, tiada imigresen, tiada sekatan, tiada hijab antara kita dan Allah. mudah bukan?

jadi bila kata kita cinta pada Nya hantarlah parcel(doa) sebanyak mungkin pada Dia
pasti Dia, walaupun tanpa balasan dari kita, Dia terus menghantar bukti cinta Nya ke langit dunia.

jadi saya akan menghantar parcel(doa) saya kepada Dia, insyallah kalau diizin Nya, Dia akan hantarkan saya parcel Nya bersama-sama parcel dari Malaysia.

la tahzan!

p/s: harus ke bedah buku maza yakni,lagi 4 minit.

kerana sedikit kecewa, saya makan brioche with chocolate untuk diri sendiri,walaupun sudah makan besar tengah hari tadi. -_-''. maafkan saya perut.

Monday, March 15, 2010

kapet merah yang tidak ramai orang lalui.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي

dengan nama Allah yg Maha Kuat,Maha Berkuasa,Tidak lelah dan Tidak lalai.

jam menunjukan pukul 11.23malam. seharusnya saya bangun untuk mengulang kaji pelajaran, tapi tiba-tiba hati terasa sedih dan takut. pernah kamu teringin benda yang yang tidak sepatutnya diinginkan? bila satu jahilliyah ditinggalkan, pasti 'dia' akan terus cuba menggoda kamu kembali. memanggil-manggil, mengingatkan kamu dengan kenikmatan bersama 'dia'. terus memanggil dan akan terus memanggil. arghhhhhhh Ya Allah tak mampu aku menolak! tapi aku mesti tolak,,,tapi aku tidak kuat!

kau tidak kuat? carilah perlindungan dari Dia. sucikan dirimu, solatlah, Allah memanggil-manggil. seperti seorang bayi yang terjatuh dari cubaannya untuk belajar berdiri akhirnya lari kearah ibunya untuk mengadu sakit,,,begitulah tidak MALAH LEBIH lagi sepatutnya kita mengadu sakit dengan Dia. tak perlu siapa-siapa lagi selain dia.

''Ya Allah...sakitnya....susahnya.....payahnya....orang lain ketawakan aku,mereka tidak faham kenapa aku cuba sangat mengapai cinta Kau...aku tak gila, cuma aku nampak lebih jauh dari mereka... ''

malam semalam saya pulang ke rumah agak lewat..hampir jam 1,dari matahari terang petang,boleh pula salji dimalam harinya. saya tak tidur dibilik, musafir dibilik sisters yang sentisa Allah rahmati, campak barang ke lokasi tetap saya dibilik itu,hampar 'sleeping beg' terus masuk untuk tidur. tak mampu untuk tidur mengingatkan teks ucapan womens day belum ditulis. bahan untuk usrah saya pagi itu belum disusun. kek lobak dibilik belum dibakar. nasi untuk dibuat nasi goreng belum ditanak. apakan daya, saya bukan Avatar, tak mampu untuk terus bekerja, sudah sampai kapasiti pengunaan tenaga tertinggi hari itu. mesti tidur. 1.45am tidur.

punya beazam saya untuk bangun awal pagi. pukul 5 saya bangun,meraba-raba mencari kertas dan pen untuk teks. penat mencari idea. tersenguk-senguk saya cuba menyusun ayat. mencari hadis. membuka balik ayat-ayat quran yang resonan. mencari kata kunci. tersenguk kembali... tiba2 rasa dicubit kuat, 'ah! sisters! kau yang mencubit aku!memaksa aku bangun siapkan kerja. Ya kerana kau tahu betimbunnya kerja aku! tapi saya degil. tak keluar dari sleeping beg utk buat teh dan basuh muka. tersengguk-sengguk kembali. dicubit-cubit kuat berkali-kali lagi. tidak juga bangun..

jam 6.30am teks saya masih tak menunjukan hasil memuaskan hati. masih dalam bentuk tulang tak bersalut daging apatah lagi dihias indah seni kata bahasa ibunda. saya tak mampu untuk buat semua! jadi saya tulis SMS utk hantar kepada adik2 usrah 'usrah batal,akk terpaksa bekejaran ke kedutaan awal' dengan itu saya ada tambahan masa 2 jam 30 minit untuk siapkan teks. mungkin lebih, kerana tak perlu masa memasak kepada usrah. sedikit tenang.

jamp 7.30am saya semak kembali telefon. YA ALLAH!MESSAGE TAK DIHANTAR! sudahla teks ucapan belum siap, usrah akan diadakan tapi makanan belum dimasak! bahan belum disusun! macam mau mati! tapi fikir kembali, kenapa Allah tak mengerakkan jari ini untuk tekan butang 'send'? sebab Allah MAHU ADIK-ADIK DAPAT PENGISIAN. ALLAH MAHU KEBAIKAN BUAT MEREKA SANGAT-SANGAT. walaupun saya sangat sempit,sesak nafas dihimpit masa, tapi Allah mahu juga saya mencari kesempatan dari masa yang tidak ada untuk berusrah dengan adik2. Ya Allah bertuahnya adik2 ini! Allah sayang mereka,,,hendak mensucikan mereka. Betul2 terpilih orang-orangnya.


jam 9.30 adik2 belum sampai.saya sudah bimbang. pukul 11am saya harus bergerak ke kedutaan. jika lebih lambat, saya hanya ada 1jam bersama mereka. tapi Allah tugaskan saya untuk jodohkan mereka dengan Dia. 1 jam tak sempat! tenang. kemudian Allah menghantar 3 orang sisters yang singgah rehat di hostel untuk bersama kami. kemudian Allah hantar lagi seorang sister untuk bersama menguatkan saff yang ada. Hampir menangis saya. Allah sedar yang saya amat lemah, perlukan bantuan..terus Dia hantar pasukan bantuan. kenapa? sebab Dia BENAR-BENAR mahukan kebaikan bagi adik2. supaya saya tak boleh bagi alasan lagi.

tak lama selepas itu,,usrah bermulaa...Alhamdullah...puji hanya kepada DIA.

kadang-kadang saya rasa penat. saya rasa tak mampu untuk menampung kerja yang makin bertambah.
kadang-kadang saya rasa hendak putus asa, biarkan kesayangan saya membuat bacaan sendiri. mencari sendiri apa itu Allah,apa erti Islam yang sebenar.

tapi Allah tak bagi. bila Allah telah memilih hambanya untuk diberikan CINTA DAN KEBAIKAN TERAGUNG DARI-NYA, Dia akan beri dari macam-macam cara.

sungguh malu dengan orang yang menyombongkan diri dari ALLAH.

Malulah bila kita hanya memberi alasan untuk berkata 'tak dapat hidayah lagi' sedangkan Allah telah susun sebaik mungkin untuk mematikan alasan-alasan manusia.

Malulah bila kita berhujah 'tidak cukup kuat untuk berubah',sedangkan kita tidak keusrah, tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak berzikir mencari kekuatan dari Dia.

Malu lah bila kita hanya terus memberi alasan tanpa sedar bertapa Allah telah menebas segala semak,duri ditengah jalan untuk mereka melaluinya dengan mudah demi untuk bertemu dengan Dia.



Ketahuilah setiap pilihan yang dibuat pasti disoal Allah. Dia akan tanya ''KENAPA DAHULU ENGKAU TIDAK PILIH AKU ?SEDANGKAN TELAH AKU HAMPAR 'KERPET MERAH' MENJEMPUT MU?''

doakan saya sentiasa memilih Dia.Dia bukan hanya 'ditepi'.... saya sangat mendoakan kamu insyallah.

Sunday, March 14, 2010

tak mahu bercakap lagi,,byk Allah akan soal nanti!

berat betul mata ini...perut juga rasa berat...pulang saja kerumah,terus dicapai baju kelawar ingin menghempas saja tubuh ke katil. tapi tidak boleh lagi, ad beberapa kerja yang mesti diuruskan..

alhamdullilah majlis berjalan sempurna,jika ada yang tidak sempurna, itu dari kesalahan saya. terlalu banyak kekurangan yang mesti dipenuhi. pulang dari menjadi pengerusi majlis 'womens day 2010 PPIM Moscow'' 'unveiling the secret of muslimah'. pengerusi majlis itu ialah emccee. secara jujurnya memang hobi saya bercakap. rasanya orang keliling saya memang tahu perihal ini. tapi saya cakap tak tersusun, tak baku dan banyak salah tatabahasanya. kali terakhir menjadi emccee,ialah di 'Grand Dinner Russian Program INTEC 2006'. ya betul, 2006! memanglah saya ada sampaikan daurah,usrah,etc etc tapi majlis-majlis begini yang dihadiri oleh orang berprotokol,,saya jadi sedikit kaget. susah pula menyusun ayat. bila diminta tolong, kita buat setakat yang termampu tapi terbaik,, berbekal ingatan teks yang mama buat untuk majlis2 rasmi sekolah, itu yang saya guna. sebab itulah masa mahu mejemput VIP ke meja makan pun saya guna kata 'bersantap'. bila orang ketawa,saya hairan. betul la bersantap? rupanya, ketawa kerana guna bahasa istana. sebabnya? sebab sudah terbiasa dengan teks yang disediakan mama, majlis rasmi kami dulu dihadiri sultan.

''manusia itu memang anak kepada kebiasaan''. ini tajuk besar dalam buku yang saya sedang baca 'hidup tiada siaran tunda'. memang pun,kita didoktrinkan dengan benda keliling. apa yang kita dengar,lihat dan baca, itu semua menyerap kedalam. sedar mahupun tidak! otak ini seperti span. Span akan menyerap dan menyerap lagi. Bila masa hendak digunakan lalu diperah, apa yang keluar ialah apa yang diserap. apa saja yang kita dengar, lagu-lagu pilihan,bacaan-bacaan kita, dan sebagainya itu semua membentuk pemikiran kita. membentuk cara kita menilai. tapi siapa kita untuk menilai? bagaimana untuk tahu penilaian kita tidak silap? ada skema jawapan kah? ada manual kepada mesin bernama manusia kah? ada. tapi kena tanya dengan Sang Penciptalah.

kenapa perlu? boleh kamu jamin sekeliling kamu ialah yang terbaik? boleh kamu jamin apa yang kamu faham ialah kebenaran yg sebenar-benar? boleh kamu buktikan? tak boleh.
kerana? kerana kamu pun tidak kenal siapa diri kamu. Allah saja yang kenal. jadi tanyalah Dia. pemikiran kamu benar selagimana tidak lari dari Dia.SANGAT PENTING UNTUK SENTIASA PERIKSA STATUS KEFAHAMAN kita. syaitan boleh mencucuk dimana-mana.

tapi seronok juga bila mendapat mic. bukan mudah untuk mendapat lapangan. lapangan untuk berkongsi fikrah,berkongsi kefahaman. saya ambil tugasan ini sebagai medium yang tersangat-sangat berharga untuk berkongsi ayat-ayat cinta dari Allah. Sedih bila tak semua dapat tahu ada sesuatu yang SANGAT SERONOK berbanding dunia dan isinya. tapi saya takut sangat jika saya yang seronok sendiri bercakap dihadapan. adakah saya sampaikan terlebih? terkurang? berbelit? saya pun tak tahu.

tamat saja tugasan itu,,,saya duduk termangu. muhasabah apa yang sudah saya bebelkan. tapi saya tak tahu! Ya bagusnya kalau orang yang membaca ini ada disitu,tolong tinggalkan komen apa yang saya MESTI baiki. Allah cintakan orang yang membaiki diri. tolonglah saya untuk dapatkan cinta Nya.

Saturday, March 13, 2010

siapa lebih sibuk?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

tersentak saya bila diajukan soalan 'kamu yang sibuk atau naqibah kamu yang sibuk?'

aduh..banyak betul alasan yang aku beri..
''eh,,,saya ada usrah pukul ....''
''emm saya dah janji dengan orang pukul .....''
''saya penat dari kelas,tak boleh pergila''
''kad metro hilang,ada hal kena uruskan,sorry''

yada yada yada!

tarbiah itu ertinya didikan. masa kecil kalau malas pergi sekolah emak nanti pukul. bila besar malas nak pergi usrah,siapa peduli? masa tahun ke-2 saya ditampar dengan kisah yg ustaz salam utarkan dalam SH :
A: tu tu kawan kamu tuu yg dekat London teruk sengat,,,teruk gila aku cakap kau
B: Teruk?apa yang dia dah buat? dia pakai seksi ke? dia minum arak ke? dia ambil rasuah ke? dia bunuh orang ke?
A: weyyy,,dia tak pergi usrah weyy!
B: apabenda la tak pergi usrah kira teruk? (bisik2 dalam hati)

Ya tak pergi usrah paling teruk. sebab apa? sebab masa usrah kamu belajar untuk kenal Tuhan kamu,Pencipta kamu. kamu diberi peluang untuk buka hati,serap sebanyak mungkin. untuk menyelam dalam ruh tarbiyah. bila orang itu tak pergi keusrah, dia tak mahu kenal dengan Tuhannya lah. apa yang lebih teruk dari hamba yang MENYOMBONG kan diri kepada si Pencipta? hukum solat,puasa,zakat,etc itu semua belakang kira! kamu buat semua itu lepas kenal Dia. mampukah kamu untuk istiqamah tanpa berkenal-kenalan dengan Dia? mampukah kamu untuk hidup sebagai islam,bila kamu sendiri tidak dekat dengan Dia?

disitu saya disentak.sampai sekarang terus disentak. memang dulu malas nak ke usrah. alasan sakit perut la..kalau dirumah,saya kaki ponteng mengaji Quran. sekarang saya pula yang mengajak2 orang ke kelas agama. paradoxical bukan? Tapi itulah,kita tak tahu apa yg Allah susunkan untuk kita. Allah nak sangat beri kebaikan pada hambanya, cuma kita yang terlalu persimis. rasa diri tidak layak,tidak mampu dan sebagainya..

berbalik kepada siapa yang lebih sibuk? insyallah akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurus masa dan lebih teratur urusanya. Rasulallah saw ada 24jam juga tapi mampu buat semua. Hassan Al Banna pun sama. Emak saya juga. Naqibah saya juga. Muwajih saya juga. mereka semua ada 2kaki, 2 tangan, 24jam macam saya. jadi?

cuba fikir. Allah lebih sibuk atau kamu? solat itu Allah luang masa untuk jumpa kamu. itupun kamu beri alasan sibuk lagi? (mengeluh panjang)

insyallah akan cuba ubah utk yg terbaik. doakan saya! ya,saya memang mendoakan antuna semua juga! biiznillah ^^

Friday, March 12, 2010

0-1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

setiap kali saya buka periksa blog,saya akan cakap 'oh no,i gotta update this spider web'. saya akan tekan 'new post' kemuadian dibiarkan terbuka tanpa di isi dengan apa apa. 15 minit selepas itu akan ke hulu ke hilir, menguruskan itu dan ini dan akhirnya laptop ditutup kembali tanpa post baru.

tapi semua orang tidak tahu bertapa semangatnya saya nak muat naik post terbaru. kenapa tak tahu? kerana manusia hanya mampu menilai apa yang mereka nampak. tiada manusia yang dapat membaca hati manusia lain,pemikiran manusia lain. sedangankan tukang tilik nasib (jangan percaya dgn mereka,percaya sama Allah saja tau!) pun akan tanya nama pelanggan baru dia walaupun kalau difikirkan logik, nama tukang tilik,sepatutnya nama pelanggan pun mampu diramal la kan? inikan manusia biasa yang tak pernah bersua muka.

apa yang nak cakap disini ialah,tak kisahlah jika bersemangat api menjulang tinggi kelangit sekali pun,kalau tak ditukar semangat itu kepada hasil, orang tidak tahu.

kamu fikir kamu telah buat sesuatu tapi hakikatnya kamu hanya membatu.

semangat untuk muat naik post baru yang berkobar,tapi tak tertulis-tulis akhirnya tiada update baru. di mata orang ia tiada.

semangat untuk berubah,ada dalam hati setiap manusia yang bersih akalnya, tapi jika tersimpan kedap dalam dada tanpa diusahakan tak berguna juga.

sifirnya mudah ADA atau TIADA. dinilai berdasarkan hasil kerja.

p/s: oh masa -_-'' buat saya terfikir,,,sebenarnya kalau orang itu tidak muat naik benda baru,,,tak bermaksud tiada hal yang seronok berlaku dalam hidup dia, tapi dia terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja besar sampai tiada masa. untuk yang mampu berblog dan menyelesaikan kerja2 besar pada masa yang sama,memang saya tabik lah!

ok semoga Allah merahmati kamu! :)