Wednesday, June 30, 2010

hiccups

love..would you wait a little longer?

Saturday, June 26, 2010

glasgow 1


panas sejuk glasgow

pertama kali saya jumpa perkataan Glasgow; saya berada di tingkatan 2. masa baca novel sophie kinsella, 'can you keep a secret?' . lepas tu, masa sembang-sembang dengan rakan, saya ada sebut 'glasgow' tapi semua orang tak faham. saya pun tak faham kenapa mereka semua tak kenal glasgow. rupa-rupanya, saya yang silap, bukan glasgow yang saya sebut, tapi coleslaw! jangan tanya kenapa. tapi saya dengan ejaan dan sebutan memang macam ni. lain yang saya fikir, lain yang dieja. sebab saya suka 'speed reading' jadi tak tengok betul-betul kadang-kadang tu. mungkin sebab ada 'o' 'w' 'l' otak saya terus buat kesimpulan 'coleslaw' ! -_-''

grafton place
bila keluar dari teksi, rasa seronok sangat. tak perlu pakai baju tebal-tebal macam di russia. musim sejuk di glasgow suam-suam kuku. satu perkara yang russia dapat kalahkan negara eropah lain, ialah sistem pemanasan. sistem pemanasan russia; bila dipasang, setiap sudut rumah panas. sejuk menggila diluar, tapi bila masuk rumah dah metro, fuh lega. sampaikan bila dah sejuk sangat, masuk saja metro atau bas, rasa kaki tercucuk2, sedang defrost! di glasgow sistem pemanasan pelik, ada satu heater ni kami panggil 'panas lagi tidak memanaskan'

bila pasang panas. lepas sepuluh minit pasang, jarak 30 cm dari heater panas sampai rasa nak melecur. tapi jalan jauh sikit 1m, sejuk. itulah maksudnya 'panas lagi tidak memanaskan'. heater tu serius cakap; AMAT PANAS, jemur stokin pun boleh berasap. tapi sedang tengok tv dekat sebelah dalam jarak 1m, sudah kena berkelubung dalam sleeping beg atau 'bubble' -_-''



soleh dan musleh
selalu kita doa nak jadi orang yang soleh. nak kawin dengan orang yang soleh. nak anak yang soleh. nama orang soleh. tapi, pernahkah kita dengar perkataan 'musleh' ? kalau soleh kita tahu maksudnya; seorang yang taat mengikut perintah deen Allah. musleh pula ; seorang yang taat mengikut perintah deen Allah dan MENGAJAK orang lain bersama-sama dengan dia.

seorang musleh, tak kedekut. seorang musleh, tak kejam. seorang musleh,PEDULI. Bila seseorang itu faham islam, seronok sangat. memang tepat apa yang rasulallah saw sabda 'jika Allah mahukan kebaikan bagi seseorang, diberi kepadanya 'yufakihu' fi-deen' atau kata lain 'kefahaman agama‘. bila FAHAM deen ini, memang tak nampak apa-apa yang lebih besar melainkan Dia. dan saat itu, mula sedar yang islam itu ialah penyelesaian. ada jawapan untuk SEMUA. seronok! betul-betul seronok! subhanallah, alhamdullilah, allahuakbar!

seorang yang soleh, faham deen Allah. dia tahu ditangannya punya penyelesaian kepada segala pemasalahan.
kejam bila seseorang yang hanya melihat rakannya terseksa kesakitan diracun, sedangkan ditangan dia ada antidote.
kedekut seseorang itu; menutup pintu rumahnya bila diketuk peminta sedekah sedangkan dia bahagia dengan wang berjuta.
sebab itu kita tak mahu setakat menjadi soleh, tapi juga musleh!

kita taat dan mengajak orang taat bersama. sebab kita bukan seorang yang kejam, kedekut, dan jahil! kita bukan 'panas lagi tidak memanaskan' TAPI kita 'panas lagi memanaskan!' (macam heater russia! :p ) insyallah.

sampaikanlah walaupun satu ayat. bukankah rasulallah saw dah cakap begitu?

p/s: did you know late 18th century dutch : 'koolsla' kool- cabbage + sla-salad
hahaha kool! eh silap, cabbage!

Tuesday, June 22, 2010

u sayang your angah tak? is this stupid question? be honest.

ROFL! i sayang her because I love Allah and she love Allah too. but she can be so annoying when she started to berleter and most annoying with that talking tone, and wanting to own more for herself. but despite all, i love my angah, i really do! for herself but some quality kena change ah! hahahhahahahhahahahhaha (angah i might write a post about you,can ah? but not all bad thing la,,got puji2 also,pretty please hahahaha)

Ask me anything

Sunday, June 20, 2010

di preswick

bismillah ar-rahmah ar-rahim

segala puji bagi Allah pesawat mendarat dengan selamat. imigresen tidak banyak soal seperti di russia dan latvia..orang malaysia di negara inggeris ini sudah terlalu ramai. dari airport kami akan terus ke rumah kakak rakan saya di tengah bandaraya glasgow. niat mulanya untuk menaiki bas atau train. kami sampai lebih kurang pukul 10 malam, 11.januari.2010. kaunter ticket train sudah tutup. kaunter pertanyaaan juga tutup. yang seronok datang ke negara inggeris ini salah satunya ialah mereka berbahasa INGGERIS! semua orang berbahasa inggeris! :D jadi tanya dengan pakcik cleaner boleh. pak cik tu kata, perkhidmatan bas ada lagi,tapi awak kena cepat untuk kejar bas yang terakhir.

kami pun apa lagi,bekejaran dengan beg tarik. naik tangga,turun tangga, malas tunggu lift,sanggup angkat beg turun tangga..dan sampai di bas stop,fuh!
.
..
...
.....
........
..........
............
..............
................
..................
....................
........................
sunyi....
..........
.....
..
D: eh betul ke ada bas lagi ni?
A: tak survey kat internet sebelum ni?
hermmmm

selepas mentelaah jadual bas yang dilekatkan (alhamdullilah org sini tak vandalise kemudahan awam macam di malaysia) barulah tahu perkhidmatan bas tamat sejak pukul 8 malam tadi. :( tak ada cara lain melainkan menaiki teksi ke pusat bandar, ongkos nya tahu sajalah...pasti mahal, tengah malam + jauh + pound sterling = ching! ching! (bunyi duit mengalir)

jika hendak dibandingkan orang russia dan scotland, tanpa ragu lagi lah,orang scotland amat ramah berbanding russia. sepanjang perjalanan kami dari lapangan terbang preswick ke pusat bandar, macam-macam yang kami tahu perihal pak cik pemandu teksi ni.

Dia seorang ayah kepada 3 orang anak yang berjaya. seorang anaknya bekerja sebagai penterjemah bahasa. anaknya yang pertama (perempuan) boleh bertutur dalam 5 bahasa, sudah berkahwin. sekarang menetap dan bekerja di brussels,belgium sebagai penterjemah sepenuh masa. anak keduanya bekerja sebagai guru bahasa asing (bukan inggeris). saya tidak ingat dimana, tapi somewhere di eropah mungkin di vienna. anak ketiga pak cik seorang yang sangat aktif, sukakan aktiviti lasak. memiliki tali pinggang hitam taekwondo. sekarang dia bekerja sebagai guru taekwondo di korea! whoa!

macam-macam yang pak cik H ceritakan tentang anak-anaknya. berjayanya mereka di sekolah tinggi dulu, kemudian sambung belajar di universiti ternama, dan kini berjaya dalam hidup. anaknya yang bekerja di Vienna ada hadiahkan CD orchestra philharmonic Vienna. teruja pakcik ni nak berkongsi dengan kami, lalu dia pun putarkan CD orchestra. scotland sangat luas,padang rumput yang tebentang sejauh mata memandang. namun sekarang malam,gelap, mata tak dapat nak pandang jauh sangat pun. tak ada salji. ada rumput! wah ini suatu kelainan! hampir 3 bulan saya tak nampak bumi yang tak dilitupi salji putih. teringat summer dulu,dalam bas dengan emak dan abah; perjalanan dari london ke manchester untuk ke graduasi angah. padang rumput sangat cantik,sampai ada arnab ditepi2 (comel!) kuda dan biri-biri (tapi tak segemuk biri-biri baka dari new zealand). subhanallah! tenang sungguh.




lepas tamat orchestra ''do you like it?'
''oh,yes! very much indeed!'' (walaupun saya bukan peminat orchestra, tapi bunyinya indah juga, sesuai dengan mood malam tu)

pakcik sambung sembang lagi..dia takut untuk naik kapal terbang. pernah dia ke USA tapi dia tak berapa sukakan kapal terbang. anak-anaknya sibuk mengejar cita-cita, jadi dia bohsan di rumah, lalu meneruskan kerja sebagai pemandu teksi. saya tanya dia '' do you miss your children? ''

'' i do. but they're all grown up now, i did my part to give them education, to high school to university, they have a good job and now successful''

biarpun saya tidak nampak raut wajahnya, tapi saya pasti dia terkilan.
adakah seorang anak begitu?
Di beri segalanya, dijaga diberi makan hasil titik peluh seorang ayah yang penat membanting tulang. pelbagai pengorbanan di lakukan untuk memastikan anak kesayangan dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kemudian saat anak itu berjaya dan berkahwin, hidup si anak, anak yang punya? maka tamat tanggungjawab ayah kepadanya?

seorang ayah tak akan pernah rasa tamat tanggungjawab kepada anak tercinta. tapi kita, si anak, bila sudah mampu berdikari mula mendabik dada sombong. dulu bila tak ada duit membeli ais krim, ayah beri duit.
dulu bila sekolah jauh, ayah hantarkan.
dulu bila kita jatuh, ayah angkat.

sekarang bila sudah bergaji, berkereta, bersuami; ayah sudah tak ada makna lagi?
Allah mengajar kita untuk, berbuat baik kepada ibubapa, mendoakan mereka ''Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil lagi'' sedangkan untuk berkata 'Ah!' pun Allah larang.

tugas seumur hidup seorang anak kepada ibubapa.

saya bukan anak yang terbaik kepada mak abah. tetapi iA sedang cuba membaiki diri supaya nanti boleh menang anugerah anak mithali! hahaha.tak lah,supaya nanti dapat redha Ilahi.. with that SELAMAT HARI BAPA,abah! tati love you so so much ^^

oh dah sampai buchanan gallery,glasgow!

abah in 'sengal' mode

lapangan terbang antarabangsa riga,latvia

bismillah ar-rahman ar -rahim

sesampainya kami di riga, kami terus bergerak ke perhentian bas untuk mengambil bas ke lapangan terbang. waktu penerbangan seterusnya ialah pukul 7 malam. riga agak unik. gabungan bangunan yang lama dan baru..entah, tapi saya sangat suka dengan bandar yang ada sungai. riga ada sungai! wah cantik betul! walaupun salji melitupi setiap sudut bumi, sejuk yang terus mengigit tapi riga masih cantik. :) (namun dalam hati,tetap saya rasakan yang ia akan lebih cantik pada musim panas nanti)


lapangan terbang riga tidak besar. sederhana cuma. salah kira-kira saya, kereta api sampai 3 jam lebih awal dari yang saya jangkakan. jadi sekarang kami ada hampir 5 jam sebelum 'gate' dibuka!



memilih lokasi untuk berkampung yang sesuai iaitu bertentangan dengan restoran TGIF, berdekatan dengan soket dan di sudut hujung ;tak ramai orang lalu lalang. macam-macam yang kami berdua bualkan. saya sedikit tidak sihat. badan mula rasa panas-panas... mungkin sebab malam semalam di dalam kereta api, saya tidak pakai selimut, tingkap pula sedikit terbuka, angin sejuk pun masuk...akhirnya...ahh....aura demam pun sampai. tekak mula rasa gatal-gatal dan perit. Alhamdullilah Allah berikan saya rakan yang sangat penyabar orangnya. badan rasa kurang sihat, emosi mula tidak stabil, merapu itu dan ini tapi dia layan saja..masak sangat dengan perangai saya.Subhanallah kalau saya berada di tempat dia, entah mampu tidak untuk saya bertahan dengan perangai orang macam saya.



akhirnya gate dibuka. barisan untuk check in mula panjang. kami tidak turut serta dalam saf mereka. Ryanair ada menawarkan khidmat check-in online untuk memudahkan para penumpang. malam sebelum meninggalkan moscow, kami membuat keputusan untuk menggunakan khidmat ini. tunggu dan tunggu lagi..baris makin panjang. tak tahu kemana harus kami hantar bagasi. selepas ke kaunter ryanair,kami di beritahu untuk beratur bersama penumpang yang lain di baris panjang itu! tak ada beza antara yang check in online atau tidak. oh mungkin yang check in online telah rugi terpaksa membayar 15 paun untuk servis internet yang tiada bezanya! bertambah geram saya. sekali lagi di hanya bersabar dengan saya.

selepas selesai urusan check in kami pun menunggu di balai berlepas. rupanya terminal ini agak luas dan banyak kedai. tahun lepas semasa transit penerbangan dari turki untuk ke berlin,saya terpaksa bermalam di terminal hujung,sedikit terasing dari terminal yang lain. yang ada disitu hanya kedai kopi, perapian, dan souvenir yang telah tutup. punya sempit. hanya ada 4 baris kerusi bercantum empat.di situ saya bersama hampir 6 kawan yang lain tidur. :"(



sambil menunggu ,sempat kami baca majalah airport. ada satu artikle tentang seorang balerina latvia yang amat popular. hidupnya dari kecil hingga dewasa yang dia kenal hanya pentas ballet. dari kecil memang dia dididik dengan gerak tari ballet, cara hidup seorang ballerina. meningkat remaja dia bertungkus lumus mengejar cita-cita untuk menjadi ballerina tersohor. bila dewasa, teman sehidupnya juga terlibat dalam bidang kesenian. sebelum membuat pesembahan dia akan pastikan dirinya betul-betul menjiwai watak dengan membuat kajian tentang watak dan latihan intesif. tanpa jurulatih, dia terus menerus menolak dirinya untuk pergi jauh!

hari ini 19/6/2010 saya menonton rancangan toddlers&tiaras di discovery channel travel & living. ,menonton cerita itu tak berhenti-henti saya beristighfar. seorang ibu punya bersungguh-sungguh mendidik anak berumur dari 3-8 tahun untuk 'catwalk', menempel make-up, senyuman ratu cantik, menari dan berpakaian yang sungguh seksi,etc. anak-anak berumur 3-8 tahun ini dilatih untuk memenangi pertandingan ratu cantik kanak-kanak. hinggakan ada seorang budak ini, di biliknya penuh dengan tiara. dalam kepalanya hanya mahu menang lebih tiara dan lagi dan lagi! umurnya baru mencecah 4 tahun,tapi berperangai diva seperti orang berumur 40 tahun!

sewaktu sallahudin al ayubi memerintah mesir, macam-macam bid'ah umat islam amalkan. apa yang Sallahudin Al Ayubi buat ialah membuka kelas pendidikan kepada para wanita dan ibu-ibu. kelas yang mengajar erti iman dan islam. kenapa kepada para wanita dan ibu-ibu? kerana mereka inilah yang bertanggungjawab untuk membentuk generasi yang mendatang. mungkin kita mampu mengubah generasi yang sedia ada,namun anda sendiri harus akui,yang ia bukan kerja yang mudah. tetapi masa depan, itu ditangan kita.



amat kasihan bila mana seorang manusia yang berpotensi besar hanya didik dengan erti kecantikan yang cetek, kegembiraan yang berpura-pura, kenikmatan materialism. seorang kanak-kanak yang ditinggikan Allah lebih dari mahkluk yang lain kerana akal, dihadkan kemampuannya lalu yang dia mahukan dalam hidup, hanya tiara yang ke-2,ke-3.ke-4,ke-5 dan seterusnya!

usamah bin zaid mengetuai angkatan tentera ketika berumur 19 tahun!
muhammad al fatih mengusai constantinople ketika berumur 23 tahun!

kita ketika berumur 19 tahun.....lepas exam persediaan di intec?
kita ketika berumur 23 tahun.....dapat 5 dalam final philosophy, infectious, etc?

benarlah....kita dimain-mainkan dengan umur kita.
bila disuruh menjadi yang terbaik,ya jadilah yang terbaik untuk Dia.

ingat
D!
D untuk Dia
BUKAN
D untuk dunia!

bercakap tentang dunia, perjalanan saya disambung dari timur benua ke barat eropah.
menuju ke Glasgow, Scotland!

Saturday, June 19, 2010

boleh ke kita panggil suami orang lain SAYANG?

IT IS AN OBVIOUS N.O . read my lips, NO!

Ask me anything

when we arrived at the train station,riga



subhanallah sejuk latvia bulan januari yang lalu tak dapat diungkap dengan kata-kata. mulut dan otot-otot beku dek suhu dibawah paras beku. singgah untuk bergambar kenangan dengan kereta api,tapi ya Allah sejuknya mengigit jari! terus lari mengheret bagasi ke terminal.

di terminal pertama sekali mata liar mencari tanda 'I'. Masa dekat malaysia,tak pernah nak peduli dengan papan tanda tulis 'I' tapi bila sudah berjaulah begini, peranan 'I' tiada tolok bandingnya! 'I' ialah tanda untuk 'information'. Disinilah tempat yang ada peluang untuk bercakap dgn orang yang mampu berbahasa inggeris, minta peta free, directions yg cepat dan tepat, senang kata tempat informasi (duh!). Tapi memang, saat nampak tanda 'I' saya mampu menghela nafas lega. Ada perasaan selamat dan perasaan boleh teruskan perjalanan yg Allah saja tahu panjangnya...



destinasi seterusnya ke lapangan terbang antarabangsa riga,latvia.

manusia mudah untuk rasa selamat bila dia bersama dengan sesuatu yg dia biasa. 'comfort zone'. antara yang paling teruk di dunia ialah,bila tidak mempunyai kuasa. tak perlu fikir kuasa tahap presiden amerika atau pengarah hospital, tapi fikir kuasa atas diri. contohnya peta, tikus, matematik,etc2..tak faham?

dalam exam, antara 10 topik yang mesti dibaca, awak hanya baca dan betul-betul faham satu topik; Parkinson disease. Bila professor tanya tentang head injury, jawapan awak penuh dengan 'aaa....' 'emm....' 'i think....' dan pause yang lama. TAPI tiba-tiba bila professor tukar ke topik Parkinson disease, macam air mengalir kata-kata, kepala bergeliga memikirkan 'differentials' 'treatment' 'investigation', tiada lagi 'aaa...'!

Bila jauh berjaulah di tanah asing. bahasa pula jauh dari bahasa ibunda mahupun dari ibunda angkat (russia), awak bagai rusa masuk kampung. diri awak sekarang betul2 tidak berkuasa. yang awak belajar selama 21 tahun ini tak dapat sumbangkan apa2! sebab itu bila ada information menawarkan sedikit bahasa inggeris dan peta, akhirnya awak rasa 'fuh! akhirnya ada sesuatu yang MAMPU aku buat!'. you get a slight reign over yourself back, and that alone is adequate to make you a jovial girl.

Konsep yang sama diguna pakai untuk orang tidak boleh tidur malam tanpa tikus kesayangan. dalam pekat malam yang tak diketahui apa yang bakal menjalar, sekurang-kurangnya dia rasa tenang mengetahui sifat-sifat tikus mainannya. orang yang hanya peduli buku kimia, tiba-tiba dicampak ke pentas peragaan,ditanya pula bertubi-tubi pendapat tentang siri fesyen musim bunga/panas 2010..dia akan rasa cukup senang dibelakang pentas membuat eksperimen dengan longgokkan alat solek aka bahan kimia.

fitrahnya manusia memang begitu. ia terlalu semula jadi hingga ia berjalan tanpa perlu diberi tahu...sebab apa? sebab Allah sudah beritahu awal dulu. sewaktu mengkodkan gene di deretan DNA kita. Allah lebih tahu. Sungguh Dia maha Pengasih dan Maha Penyayang tak pernah Dia biar kita keseorangnan. Allah hantar kita berjaulah dibumi selepas dihalau dari syurga. Allah tahu ini tempat asing kita. Allah tahu kita akan rasa mudah putus asa dan kecewa. Tapi Dia tak pernah tinggalkan kita keseorangan. Dia sudah beri 'I' kita awal-awal lagi. 'I' kita yang sebenar-benarnya; Al Quran dan hadith.

bila sudah terlalu serabut dengan tempat yang asing ini, kembali ke 'I' kita.


'I' hakiki boleh didapati dimana-mana halaqqah/ustaz you tube/ rehlah/ jaulah/ tazkirah/ usrah berdekatan anda. selamat berasa tenang kembali!

Friday, June 11, 2010

i know

bismillah

i know most of you are going for marathon soon. yes you hear me right marathon.
post exam syndrome:
-movies/series marathon
-long distance shopping
-4 by 4 eating
-rebound sleeping

so before you do the self-destruct syndrome
i suggest that you go watch this :) enjoy relaxing before getting back to work.
work for Allah! :) bye need to study for my next papers

Thursday, June 10, 2010

sebentar

dengan nama Allah yg Ar-Rahman dan Ar-Rahim

kesibukan menlanda memenuhi kepala. tapi kesibukan yang benar ialah bila kesibukan itu tidak mengosongkan jiwa. dalam mengejar pelangi dunia jangan sekali =-kali lupa yang pelangi itu hanya keindahan sementara. ada sesuatu yang lebih besar dari itu.

selepas satu datang satu lagi kemudian seterusnya. final yang datang bertimpa-timpa. jaraknya terlalu dekat hingga hanya sempat menarik nafas lega sebentar saja kemudian sambung kembali. memang, saat-saat beginilah hati paling mudah terpaling. bila melihat di depan mata timbunan nota setebal 7 inci (lebih tinggi dari kasut tumit tinggi!) yang mesti dihabiskan dan dihafal dalam masa 3 hari, niat ialah benda paling mudah terlompat keluar dari kandangnya.

apa tidak nya, selepas satu final,dapat keputusan kemudian datang final yang seterusnya dan dapat keputusan lagi, sedar tak sedar mata ini terkabur sebentar. berada di permukaan koma. koma markah.
dalam kepala mengharapkan keputusan baik.
dalam kepala memikirkan apa pandangan manusia lain.
dalam kepala mahu membuktikan kita yang terbaik.

sudah disebut sebentar tadi TER! TERkabur. eertinya tidak sengaja. keadaan memaksa seseorang berfikir sebagaimana yang dia fikirkan. iye ke begitu?

SALAH!

hari ini Allah tegur saya.
dan''hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan TULUS dan IKHLAS dan jangan sekali-kali termasuk orang YANG musyrik'' (105)
Allah kata, ikhlaskan balik hati itu. sebab apa kamu belajar? sebab apa kamu bekarja? sebab apa kamu tak tidur malam?
Allah juga suruh untuk 'hadapkan wajahmu kepada deen'. ertinya? susah,senang,ringan,berat, etc semua berkiblatkan deen.

saya beri contoh; bila sedih. boleh jadi seseorang yang niatnya dia baik, insyallah cuba mujahadah untuk mengikhlaskan diri. tapi bila keputusan yang menimpa dirinya tidak seperti yang dia harapkan,,,dia jadi tersangat sedih. sedih betul. bercampur baur antara menyalahkan diri,professor,keadaan keliling dan sebagainya. bila sedih mahu lepaskan kemana-mana. tak salah untuk 'release tension' tapi salahnya 'dimana kamu release tension'. bila hendak lepas geram dicarinya movies, muzik2 'head banging' /melankoni/syahdu melayan perasaan,atau ada yang pergi 'retail therapy',makan, berkongs dengan orang.

kamu fikir cara ini berkesan?

percayalah bila saya katakan tidak. mungkin akan tenang sebentar tapi pastinya ia akan datang kembali mengingatkan persaan2 kurang enak itu. kenapa? sebab hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. sebab itu Allah cakap 'hadapkan wajah mu kepada agama mu' sebab Allah tahu, manusia ni, bila dia sedih dia buat silap. dia pergi cari orang2 yg dapat lupakan dia dengan deennya, muzik2 yang lalaikan dari Tuhannya, movie2 yang mengkayakan cinta dunianya. itu salahnya!

lagi sedih lagi cari Allah. itu sifirnya! mudah

kemudian Allah terangkan

Dan jangan engkau menyembah sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tidak memberi bencana kepadamu selain Allah,sebab jika engkau lakukan demikian,maka sesungguhnya engkau seseorang yang ZALIM.
(106)

hah,Allah dah terang macam mana keadaanya bila manusia tu pegi cari benda lain selain Dia. contohnya macam muzik,movies,org yang lalai,shopping tadi.

Allah sambung ayatNya dengan
Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya. Dia Maha Pengampun,Maha Penyayang.
(107)

hah! terpanah menusuk jantung teguran Allah ni....boleh saja saya tulis panjang, hendak terima atau tidak terpulang. Allah yang lebih tahu. yang pasti neraca Allah yang diutamakan. kita menyesuaikan hidup bedasarkan hukum Allah bukan menyesuaikan hukum Allah bedasrakan cara hidup kita.

Allah tamatkan surah ini dengan.
Katakanlah''wahai manusia! Telah datang kepadamu kebenaran (Al-quran) dari tuhanmu,sebab itu barang siapa mendapat petunjuk, maka sebenarnya(petunjuk itu) utk (kebaikan) dirinya.Dan barang siapa sesat, sesungguhnya kesesatannya itu (mencelakkan) dirirnya sendiDan aku bukanlah pemilihara dirimu.

dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu,dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan. Dialah hakim yang terbaik.

yunus:105-109

"My heart calls me to what will harm me, increasing in my sorrow and my pain. How can I guard against my enemy, when the enemy resides inside me?"- 'Abbas Ibn al-Ahnaf

Allah