panas sejuk glasgow
pertama kali saya jumpa perkataan Glasgow; saya berada di tingkatan 2. masa baca novel sophie kinsella, 'can you keep a secret?' . lepas tu, masa sembang-sembang dengan rakan, saya ada sebut 'glasgow' tapi semua orang tak faham. saya pun tak faham kenapa mereka semua tak kenal glasgow. rupa-rupanya, saya yang silap, bukan glasgow yang saya sebut, tapi coleslaw! jangan tanya kenapa. tapi saya dengan ejaan dan sebutan memang macam ni. lain yang saya fikir, lain yang dieja. sebab saya suka 'speed reading' jadi tak tengok betul-betul kadang-kadang tu. mungkin sebab ada 'o' 'w' 'l' otak saya terus buat kesimpulan 'coleslaw' ! -_-''
grafton place
bila keluar dari teksi, rasa seronok sangat. tak perlu pakai baju tebal-tebal macam di russia. musim sejuk di glasgow suam-suam kuku. satu perkara yang russia dapat kalahkan negara eropah lain, ialah sistem pemanasan. sistem pemanasan russia; bila dipasang, setiap sudut rumah panas. sejuk menggila diluar, tapi bila masuk rumah dah metro, fuh lega. sampaikan bila dah sejuk sangat, masuk saja metro atau bas, rasa kaki tercucuk2, sedang defrost! di glasgow sistem pemanasan pelik, ada satu heater ni kami panggil 'panas lagi tidak memanaskan'
bila pasang panas. lepas sepuluh minit pasang, jarak 30 cm dari heater panas sampai rasa nak melecur. tapi jalan jauh sikit 1m, sejuk. itulah maksudnya 'panas lagi tidak memanaskan'. heater tu serius cakap; AMAT PANAS, jemur stokin pun boleh berasap. tapi sedang tengok tv dekat sebelah dalam jarak 1m, sudah kena berkelubung dalam sleeping beg atau 'bubble' -_-''
soleh dan musleh
selalu kita doa nak jadi orang yang soleh. nak kawin dengan orang yang soleh. nak anak yang soleh. nama orang soleh. tapi, pernahkah kita dengar perkataan 'musleh' ? kalau soleh kita tahu maksudnya; seorang yang taat mengikut perintah deen Allah. musleh pula ; seorang yang taat mengikut perintah deen Allah dan MENGAJAK orang lain bersama-sama dengan dia.
seorang musleh, tak kedekut. seorang musleh, tak kejam. seorang musleh,PEDULI. Bila seseorang itu faham islam, seronok sangat. memang tepat apa yang rasulallah saw sabda 'jika Allah mahukan kebaikan bagi seseorang, diberi kepadanya 'yufakihu' fi-deen' atau kata lain 'kefahaman agama‘. bila FAHAM deen ini, memang tak nampak apa-apa yang lebih besar melainkan Dia. dan saat itu, mula sedar yang islam itu ialah penyelesaian. ada jawapan untuk SEMUA. seronok! betul-betul seronok! subhanallah, alhamdullilah, allahuakbar!
seorang yang soleh, faham deen Allah. dia tahu ditangannya punya penyelesaian kepada segala pemasalahan.
kejam bila seseorang yang hanya melihat rakannya terseksa kesakitan diracun, sedangkan ditangan dia ada antidote.
kedekut seseorang itu; menutup pintu rumahnya bila diketuk peminta sedekah sedangkan dia bahagia dengan wang berjuta.
sebab itu kita tak mahu setakat menjadi soleh, tapi juga musleh!
kita taat dan mengajak orang taat bersama. sebab kita bukan seorang yang kejam, kedekut, dan jahil! kita bukan 'panas lagi tidak memanaskan' TAPI kita 'panas lagi memanaskan!' (macam heater russia! :p ) insyallah.
sampaikanlah walaupun satu ayat. bukankah rasulallah saw dah cakap begitu?
p/s: did you know late 18th century dutch : 'koolsla' kool- cabbage + sla-salad
hahaha kool! eh silap, cabbage!
No comments:
Post a Comment