segala puji bagi Allah pesawat mendarat dengan selamat. imigresen tidak banyak soal seperti di russia dan latvia..orang malaysia di negara inggeris ini sudah terlalu ramai. dari airport kami akan terus ke rumah kakak rakan saya di tengah bandaraya glasgow. niat mulanya untuk menaiki bas atau train. kami sampai lebih kurang pukul 10 malam, 11.januari.2010. kaunter ticket train sudah tutup. kaunter pertanyaaan juga tutup. yang seronok datang ke negara inggeris ini salah satunya ialah mereka berbahasa INGGERIS! semua orang berbahasa inggeris! :D jadi tanya dengan pakcik cleaner boleh. pak cik tu kata, perkhidmatan bas ada lagi,tapi awak kena cepat untuk kejar bas yang terakhir.
kami pun apa lagi,bekejaran dengan beg tarik. naik tangga,turun tangga, malas tunggu lift,sanggup angkat beg turun tangga..dan sampai di bas stop,fuh!
.
..
...
.....
........
..........
............
..............
................
..................
....................
........................
sunyi....
..........
.....
..
D: eh betul ke ada bas lagi ni?
A: tak survey kat internet sebelum ni?
hermmmm
selepas mentelaah jadual bas yang dilekatkan (alhamdullilah org sini tak vandalise kemudahan awam macam di malaysia) barulah tahu perkhidmatan bas tamat sejak pukul 8 malam tadi. :( tak ada cara lain melainkan menaiki teksi ke pusat bandar, ongkos nya tahu sajalah...pasti mahal, tengah malam + jauh + pound sterling = ching! ching! (bunyi duit mengalir)
jika hendak dibandingkan orang russia dan scotland, tanpa ragu lagi lah,orang scotland amat ramah berbanding russia. sepanjang perjalanan kami dari lapangan terbang preswick ke pusat bandar, macam-macam yang kami tahu perihal pak cik pemandu teksi ni.
Dia seorang ayah kepada 3 orang anak yang berjaya. seorang anaknya bekerja sebagai penterjemah bahasa. anaknya yang pertama (perempuan) boleh bertutur dalam 5 bahasa, sudah berkahwin. sekarang menetap dan bekerja di brussels,belgium sebagai penterjemah sepenuh masa. anak keduanya bekerja sebagai guru bahasa asing (bukan inggeris). saya tidak ingat dimana, tapi somewhere di eropah mungkin di vienna. anak ketiga pak cik seorang yang sangat aktif, sukakan aktiviti lasak. memiliki tali pinggang hitam taekwondo. sekarang dia bekerja sebagai guru taekwondo di korea! whoa!
macam-macam yang pak cik H ceritakan tentang anak-anaknya. berjayanya mereka di sekolah tinggi dulu, kemudian sambung belajar di universiti ternama, dan kini berjaya dalam hidup. anaknya yang bekerja di Vienna ada hadiahkan CD orchestra philharmonic Vienna. teruja pakcik ni nak berkongsi dengan kami, lalu dia pun putarkan CD orchestra. scotland sangat luas,padang rumput yang tebentang sejauh mata memandang. namun sekarang malam,gelap, mata tak dapat nak pandang jauh sangat pun. tak ada salji. ada rumput! wah ini suatu kelainan! hampir 3 bulan saya tak nampak bumi yang tak dilitupi salji putih. teringat summer dulu,dalam bas dengan emak dan abah; perjalanan dari london ke manchester untuk ke graduasi angah. padang rumput sangat cantik,sampai ada arnab ditepi2 (comel!) kuda dan biri-biri (tapi tak segemuk biri-biri baka dari new zealand). subhanallah! tenang sungguh.
lepas tamat orchestra ''do you like it?'
''oh,yes! very much indeed!'' (walaupun saya bukan peminat orchestra, tapi bunyinya indah juga, sesuai dengan mood malam tu)
pakcik sambung sembang lagi..dia takut untuk naik kapal terbang. pernah dia ke USA tapi dia tak berapa sukakan kapal terbang. anak-anaknya sibuk mengejar cita-cita, jadi dia bohsan di rumah, lalu meneruskan kerja sebagai pemandu teksi. saya tanya dia '' do you miss your children? ''
'' i do. but they're all grown up now, i did my part to give them education, to high school to university, they have a good job and now successful''
biarpun saya tidak nampak raut wajahnya, tapi saya pasti dia terkilan.
adakah seorang anak begitu?
Di beri segalanya, dijaga diberi makan hasil titik peluh seorang ayah yang penat membanting tulang. pelbagai pengorbanan di lakukan untuk memastikan anak kesayangan dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kemudian saat anak itu berjaya dan berkahwin, hidup si anak, anak yang punya? maka tamat tanggungjawab ayah kepadanya?
seorang ayah tak akan pernah rasa tamat tanggungjawab kepada anak tercinta. tapi kita, si anak, bila sudah mampu berdikari mula mendabik dada sombong. dulu bila tak ada duit membeli ais krim, ayah beri duit.
dulu bila sekolah jauh, ayah hantarkan.
dulu bila kita jatuh, ayah angkat.
sekarang bila sudah bergaji, berkereta, bersuami; ayah sudah tak ada makna lagi?
Allah mengajar kita untuk, berbuat baik kepada ibubapa, mendoakan mereka ''Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil lagi'' sedangkan untuk berkata 'Ah!' pun Allah larang.
tugas seumur hidup seorang anak kepada ibubapa.
saya bukan anak yang terbaik kepada mak abah. tetapi iA sedang cuba membaiki diri supaya nanti boleh menang anugerah anak mithali! hahaha.tak lah,supaya nanti dapat redha Ilahi.. with that SELAMAT HARI BAPA,abah! tati love you so so much ^^
oh dah sampai buchanan gallery,glasgow!
abah in 'sengal' mode
No comments:
Post a Comment