subhanallah sejuk latvia bulan januari yang lalu tak dapat diungkap dengan kata-kata. mulut dan otot-otot beku dek suhu dibawah paras beku. singgah untuk bergambar kenangan dengan kereta api,tapi ya Allah sejuknya mengigit jari! terus lari mengheret bagasi ke terminal.
di terminal pertama sekali mata liar mencari tanda 'I'. Masa dekat malaysia,tak pernah nak peduli dengan papan tanda tulis 'I' tapi bila sudah berjaulah begini, peranan 'I' tiada tolok bandingnya! 'I' ialah tanda untuk 'information'. Disinilah tempat yang ada peluang untuk bercakap dgn orang yang mampu berbahasa inggeris, minta peta free, directions yg cepat dan tepat, senang kata tempat informasi (duh!). Tapi memang, saat nampak tanda 'I' saya mampu menghela nafas lega. Ada perasaan selamat dan perasaan boleh teruskan perjalanan yg Allah saja tahu panjangnya...
destinasi seterusnya ke lapangan terbang antarabangsa riga,latvia.
manusia mudah untuk rasa selamat bila dia bersama dengan sesuatu yg dia biasa. 'comfort zone'. antara yang paling teruk di dunia ialah,bila tidak mempunyai kuasa. tak perlu fikir kuasa tahap presiden amerika atau pengarah hospital, tapi fikir kuasa atas diri. contohnya peta, tikus, matematik,etc2..tak faham?
dalam exam, antara 10 topik yang mesti dibaca, awak hanya baca dan betul-betul faham satu topik; Parkinson disease. Bila professor tanya tentang head injury, jawapan awak penuh dengan 'aaa....' 'emm....' 'i think....' dan pause yang lama. TAPI tiba-tiba bila professor tukar ke topik Parkinson disease, macam air mengalir kata-kata, kepala bergeliga memikirkan 'differentials' 'treatment' 'investigation', tiada lagi 'aaa...'!
Bila jauh berjaulah di tanah asing. bahasa pula jauh dari bahasa ibunda mahupun dari ibunda angkat (russia), awak bagai rusa masuk kampung. diri awak sekarang betul2 tidak berkuasa. yang awak belajar selama 21 tahun ini tak dapat sumbangkan apa2! sebab itu bila ada information menawarkan sedikit bahasa inggeris dan peta, akhirnya awak rasa 'fuh! akhirnya ada sesuatu yang MAMPU aku buat!'. you get a slight reign over yourself back, and that alone is adequate to make you a jovial girl.
Konsep yang sama diguna pakai untuk orang tidak boleh tidur malam tanpa tikus kesayangan. dalam pekat malam yang tak diketahui apa yang bakal menjalar, sekurang-kurangnya dia rasa tenang mengetahui sifat-sifat tikus mainannya. orang yang hanya peduli buku kimia, tiba-tiba dicampak ke pentas peragaan,ditanya pula bertubi-tubi pendapat tentang siri fesyen musim bunga/panas 2010..dia akan rasa cukup senang dibelakang pentas membuat eksperimen dengan longgokkan alat solek aka bahan kimia.
fitrahnya manusia memang begitu. ia terlalu semula jadi hingga ia berjalan tanpa perlu diberi tahu...sebab apa? sebab Allah sudah beritahu awal dulu. sewaktu mengkodkan gene di deretan DNA kita. Allah lebih tahu. Sungguh Dia maha Pengasih dan Maha Penyayang tak pernah Dia biar kita keseorangnan. Allah hantar kita berjaulah dibumi selepas dihalau dari syurga. Allah tahu ini tempat asing kita. Allah tahu kita akan rasa mudah putus asa dan kecewa. Tapi Dia tak pernah tinggalkan kita keseorangan. Dia sudah beri 'I' kita awal-awal lagi. 'I' kita yang sebenar-benarnya; Al Quran dan hadith.
bila sudah terlalu serabut dengan tempat yang asing ini, kembali ke 'I' kita.
'I' hakiki boleh didapati dimana-mana halaqqah/ustaz you tube/ rehlah/ jaulah/ tazkirah/ usrah berdekatan anda. selamat berasa tenang kembali!
No comments:
Post a Comment