sesampainya kami di riga, kami terus bergerak ke perhentian bas untuk mengambil bas ke lapangan terbang. waktu penerbangan seterusnya ialah pukul 7 malam. riga agak unik. gabungan bangunan yang lama dan baru..entah, tapi saya sangat suka dengan bandar yang ada sungai. riga ada sungai! wah cantik betul! walaupun salji melitupi setiap sudut bumi, sejuk yang terus mengigit tapi riga masih cantik. :) (namun dalam hati,tetap saya rasakan yang ia akan lebih cantik pada musim panas nanti)
lapangan terbang riga tidak besar. sederhana cuma. salah kira-kira saya, kereta api sampai 3 jam lebih awal dari yang saya jangkakan. jadi sekarang kami ada hampir 5 jam sebelum 'gate' dibuka!
memilih lokasi untuk berkampung yang sesuai iaitu bertentangan dengan restoran TGIF, berdekatan dengan soket dan di sudut hujung ;tak ramai orang lalu lalang. macam-macam yang kami berdua bualkan. saya sedikit tidak sihat. badan mula rasa panas-panas... mungkin sebab malam semalam di dalam kereta api, saya tidak pakai selimut, tingkap pula sedikit terbuka, angin sejuk pun masuk...akhirnya...ahh....aura demam pun sampai. tekak mula rasa gatal-gatal dan perit. Alhamdullilah Allah berikan saya rakan yang sangat penyabar orangnya. badan rasa kurang sihat, emosi mula tidak stabil, merapu itu dan ini tapi dia layan saja..masak sangat dengan perangai saya.Subhanallah kalau saya berada di tempat dia, entah mampu tidak untuk saya bertahan dengan perangai orang macam saya.
akhirnya gate dibuka. barisan untuk check in mula panjang. kami tidak turut serta dalam saf mereka. Ryanair ada menawarkan khidmat check-in online untuk memudahkan para penumpang. malam sebelum meninggalkan moscow, kami membuat keputusan untuk menggunakan khidmat ini. tunggu dan tunggu lagi..baris makin panjang. tak tahu kemana harus kami hantar bagasi. selepas ke kaunter ryanair,kami di beritahu untuk beratur bersama penumpang yang lain di baris panjang itu! tak ada beza antara yang check in online atau tidak. oh mungkin yang check in online telah rugi terpaksa membayar 15 paun untuk servis internet yang tiada bezanya! bertambah geram saya. sekali lagi di hanya bersabar dengan saya.
selepas selesai urusan check in kami pun menunggu di balai berlepas. rupanya terminal ini agak luas dan banyak kedai. tahun lepas semasa transit penerbangan dari turki untuk ke berlin,saya terpaksa bermalam di terminal hujung,sedikit terasing dari terminal yang lain. yang ada disitu hanya kedai kopi, perapian, dan souvenir yang telah tutup. punya sempit. hanya ada 4 baris kerusi bercantum empat.di situ saya bersama hampir 6 kawan yang lain tidur. :"(
sambil menunggu ,sempat kami baca majalah airport. ada satu artikle tentang seorang balerina latvia yang amat popular. hidupnya dari kecil hingga dewasa yang dia kenal hanya pentas ballet. dari kecil memang dia dididik dengan gerak tari ballet, cara hidup seorang ballerina. meningkat remaja dia bertungkus lumus mengejar cita-cita untuk menjadi ballerina tersohor. bila dewasa, teman sehidupnya juga terlibat dalam bidang kesenian. sebelum membuat pesembahan dia akan pastikan dirinya betul-betul menjiwai watak dengan membuat kajian tentang watak dan latihan intesif. tanpa jurulatih, dia terus menerus menolak dirinya untuk pergi jauh!
hari ini 19/6/2010 saya menonton rancangan toddlers&tiaras di discovery channel travel & living. ,menonton cerita itu tak berhenti-henti saya beristighfar. seorang ibu punya bersungguh-sungguh mendidik anak berumur dari 3-8 tahun untuk 'catwalk', menempel make-up, senyuman ratu cantik, menari dan berpakaian yang sungguh seksi,etc. anak-anak berumur 3-8 tahun ini dilatih untuk memenangi pertandingan ratu cantik kanak-kanak. hinggakan ada seorang budak ini, di biliknya penuh dengan tiara. dalam kepalanya hanya mahu menang lebih tiara dan lagi dan lagi! umurnya baru mencecah 4 tahun,tapi berperangai diva seperti orang berumur 40 tahun!
sewaktu sallahudin al ayubi memerintah mesir, macam-macam bid'ah umat islam amalkan. apa yang Sallahudin Al Ayubi buat ialah membuka kelas pendidikan kepada para wanita dan ibu-ibu. kelas yang mengajar erti iman dan islam. kenapa kepada para wanita dan ibu-ibu? kerana mereka inilah yang bertanggungjawab untuk membentuk generasi yang mendatang. mungkin kita mampu mengubah generasi yang sedia ada,namun anda sendiri harus akui,yang ia bukan kerja yang mudah. tetapi masa depan, itu ditangan kita.
amat kasihan bila mana seorang manusia yang berpotensi besar hanya didik dengan erti kecantikan yang cetek, kegembiraan yang berpura-pura, kenikmatan materialism. seorang kanak-kanak yang ditinggikan Allah lebih dari mahkluk yang lain kerana akal, dihadkan kemampuannya lalu yang dia mahukan dalam hidup, hanya tiara yang ke-2,ke-3.ke-4,ke-5 dan seterusnya!
usamah bin zaid mengetuai angkatan tentera ketika berumur 19 tahun!
muhammad al fatih mengusai constantinople ketika berumur 23 tahun!
kita ketika berumur 19 tahun.....lepas exam persediaan di intec?
kita ketika berumur 23 tahun.....dapat 5 dalam final philosophy, infectious, etc?
benarlah....kita dimain-mainkan dengan umur kita.
bila disuruh menjadi yang terbaik,ya jadilah yang terbaik untuk Dia.
ingat
D!
D untuk Dia
BUKAN
D untuk dunia!
bercakap tentang dunia, perjalanan saya disambung dari timur benua ke barat eropah.
menuju ke Glasgow, Scotland!
No comments:
Post a Comment