saya seorang yang miskin. hari ini 23.oktober.2009. duit di tangan saya ada dalam beberapa keping syiling rubbles. kira-kira 26.40rub mungkin. nilai yang cukup untuk membeli 'baton' atau roti di pasar Spartivnaya yang mahal. kad maybank rosak. disini tidak seperti di UK macam iklan maybank petronas tu,ada cawangan harimau di London. saya tidak mempunyai 'harimau' yg menjaga kemaslahatan diri di bumi moscow ini. sebenarnya sudah lama rosak, hari pertama pulang ke Moscow selepas bercuti di Malaysia, musim panas lepas.
tapi saya ada kawan yg pinjam sejumlah wang dari saya semester lepas. jadi itulah talian hayat saya. bunyi seperti tertekan kah? tak perlu. saya gembira saja. bimbang? tidak pula. walaupun sekarang tidak sebebas dulu berbelanja, tapi cukup.duit ada saja bila diperlukan.dalam kocek baju sejuk, dalam kocek seluar, dalam kocek jubah putih, dalam dompet(yang jarang sekali digunakan), dalam bekas pensel, celah-celah buku.merata-rata. sikit-sikit tapi bila dikumpul banyak sebenarnya.
tapi satu benda yang buat saya tidak tahan dan rasa patah dan reput bila saya miskin kasih sayang, dengan Dia. kalau tiada duit, hati saya ok walaupun kadangkala pening berkira-kira dengan belanjawan. tapi bila tiada hubungan yang rapat dengan Dia, hati saya sakit sangat, kerja2 harian serabut, mahu marah semua orang, serba tak kena.tak pernah pula menangis sebab tak cukup duit, tapi bila jauh dengan Dia, ya Allah tak tahan. ala yang orang selalu menangis tak semena-mena tu. bila 'down' kan orang menangis. ah macam itulah. ramai yang menangis bila 'down' tapi tak ramai yang tahu kenapa dia boleh termenangis. hati yang sedang menangis mencari jalan pulang ke Penciptanya.
ya saya serabut-serabut sejak isnin lepas. sebab...sudah lama tidak Qiamullai... sebelum ini saya cukup tak faham bila orang kata susah untuk bangun malam. kunci jam loceng,bunyi,bangun,wuduk, solat sajalah. apa susah? oh...susah sebenarnya bila Allah tarik kemudahan itu. bila Allah tarik kemudahan itu, tak mudah untuk bangun. mustahil untuk bangun. saya kunci jam dari pukul 4.30am dan setiap 30 minit selepas itu. sedar, tapi tak terbangun untuk berqiamullai. kepala kosong,akhirnya 'duvet' ditarik balik kembali ke timbunan bantal-bantal empuk. :(
segalanya dalam hidup mudah HANYA KERANA Allah yang mudahkan. segala yang dirancang tak akan jadi kalau Allah tak bagi jadi,, bersemangat macam mana pun sebelum tidur untuk berqiam,tapi bila Allah tak izin,tak jadi.
p/s: alhamdullilah pie semalam jadi. ha ha ha
kenapa dalam post ini guna 'saya' dan bukan 'aku' eh? saja mengada.
2 comments:
hurmm.. boleh plak terbaca article miss semasa duit MARA xmasuk.. hu3.. cool down sikit tension.. anyway.... betul cakap miss, selepas sebulan xbaca al mathurat, lpastu tetiba terasa nak baca, rasa lain la...
-anyway..saya pun kadang2 guna aku..sekejap guna aku.. depand on article la..he3 (hipokrit ke?..haha
hahhaha tak hipokrit kot.ikut mood dan tema la.
a'ah my scholar pun mara dah tak masukan on the 1st day of the month but on 9th instead. MARA da miskin kot,gawat kan skarang.
al mathsurat berat kan....utk hayati la.
Post a Comment