Showing posts with label ABC of thoughts. Show all posts
Showing posts with label ABC of thoughts. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

C,P, dan S


this is cheese
yang bertaburan atas doh pizza itu.
kamu suka keju?
ramai orang takut keju.takut gemuk.
ya betul,kesannya boleh dilihat terutama di kawasan lengan,peha dan perut.
kamu suka syaitan?
SEMUA orang takut syaitan.takut neraka.
tapi tak macam keju,orang ikut juga jejak-jejak syaitan.
nauzubillah,azmin jangan!


this is pau.
roommate dari china saya yang bagi.
saya pun terkejut.
hari ini dari tengahhari sampai malam saya bertudung dalam bilik, melekat atas kerusi
mereka ada sambutan harijadi kawan, jadi sekampung turun ke bilik,tak kisah la.
saya tumpang gembira. tak sangka dapat tumpang makan juga.
dia suruh saya pakai tudung,kawan lelaki nak masuk katanya dalam bahasa rusia.
makanan,
ya memang banyak hati tertawan dengan makanan.
mulanya bengang dengan hingar suara mereka,sudahlah berkelubung di bilik sendiri.
lepas diberi 'fruit flan' dan pau panas, cair hati.
hati orang mungkin keras mulanya,tapi perut yang kosong itu selalu lembut
jadi belajar masak sedap2 supaya dapat tawan perut-->hati-->ha basuh dan celup dengan sibghah Allah habis-habisan.


this is shoe.
she said that 'selalunya dua orang yang berjalan sama,pakai kasut serupa'
betul juga..
kasut sama. kereta sama. sukan sama.
lepas sama apa jadi? orang tubuhkan kelab.
lepas tubuhkan kelab apa jadi? orang buat aktiviti untuk mengukuhkan ke'sama'an atau promosi untuk orang,jadi sama macam mereka.
kelab itu bukan soalnya. soalnya apa yang sama dan satukan mereka?
hebat, hanya dengan alasan berkereta jenama sama, orang sanggup berkumpul setiap sabtu,berkonvoi satu Malaysia.
aku islam, kamu islam, mereka pun islam, eh samalah kita kalau macam tu!
jom tubuhkan kelab bersama!
tak nak.
sebab kau tak rasa kita sama kan.mereka tak rasa kau dan aku sama macam mereka kan.

itu saja pelajaran hari A.B.C hari ini azmin.dah pergi mengaji quran,portion hari ini tak habis-habis lagi.

p/s:jadi sangat lapar.