anyway...
basic so-call-cool
dulu-dulu entah la kenapa,tapi aku (mungkin budak2 lain yg seangkatan umur itu pun macam ni) suka main belagak macam org dewasa. trying moms high heels (walaupun sekarang sejak remaja sepatu bertumit tinggi tak pernah ada dalam kotak kasut aku), gincu merah mak ( azmin pakai gincu sekarang?haha buat lawak ke?), hand bag kulit emak, buat-buat pergi kerja, lepas tu main mak-mak, kawin-kawin, masak-masak dan entah apalagi tah.
ada persepsi dalam diri masa itu, yang menjadi dewasa,seronok. orang dewasa ini berkuasa, bebas, boleh buat apa saja. dalam kata lain, siapa yang nampak atau bergaya dewasa sikit pada umur itu, dialah yang 'cool'.

bila kamu 'cool' dikalangan rakan sebaya, ramai kakak2 senior (kakak darjah 3,4 terutamanya, boyfriend2 tak layan sebab st. nicholas convent sekolah perempuan) berebut-rebut nak ambil buat adik angkat. bila ada kakak angkat ramai, lagi la cool!
kalau kamu dapat bawa bekas air Disney lagi la 'cool'.
middle so-call-cool
bila sudah masuk sekolah menengah lain pula definisi cool.lagi melanggar peraturan,dapat lari dari pengawas,tak pakai anak tudung,dapat lipat lengan baju kurung uniform sekolah,dapat stay dan makan dalam kelas masa rehat, lagi cool. nilai cool akan bertambah apabila dikenali among budak-budak laki sekolah sekitar (biasalah,dah remaja, sudah mula tertarik dengan yg berlainan jantina).

pastu bila kau pakai branded items lagi cool. branded itu maknanya jenama datang dari US atau UK,made in china,india,indonesia tak main. bila kau punya cara memang barat abis la, dressing perghh, cakap bahasa inggeris macam air, naik kereta besar,memang kamu lah si cool sedunia.
itu apa yang aku perasan masa muda2 dulula (sekarang pun masih muda XD ). aku tak tonton film melayu sangat, lebih kepada film barat. kalau film pasal high school, yang dikira sebagai si popular aka cool sekolah,lebih kurang je dangan apa yang berlaku di sekeliling aku.mungkin film2 inilah yang menjadi kitab dan parameter untuk definisi cool.
yang cool saja, barat.
ingat Antartuk? bila turki dalam zaman kejatuhannya, rakyat mencari-cari satu penyelesaian untuk masalah mereka. walaupun sistem khalifah islamiah memang sangat lengkap dan terbaik,namun khalifah2 sebelum sultan abdul hamid ll telah membuat banyak penyelewengan dan islam tidak diletakkan ditempat utama dalam fiqh alawiyat mereka.maka sistem yang dijalankan tidak syumul,kamil dan mutakamil.antartuk mula menoleh pandangannya ke perancis yang maju selepas revolusi perancis, italy dan negara eropah lain.
antartuk: apa yg buat kamu(negara eropah) maju?
eropah: kami telah mengasingkan agama dan sistem2 kehidupan.
1924 sekularism diimplimenkasikan secara besar-besaran di Turki. punya dasyat dan terdesak untuk mengikut barat, sampai ada 'law of the hat' yang mewajibkan rakyat turki lelaki memakai topi(bukan baseball cap tu wei!). hal tudung tu jangan cakap la...tanah melayu mula merasai sekularisma selepas perjanjian pangkor yg menyebut sultan hanya bertanggungjawab terhadap hal agama dan adat istiadat.
sedar tak sedar
definisi so-call-cool bagi ramai adalah hasil sistem sekular. kalau pakai tudung labuh sikit saja,tak cool.tudung kena pusing2 sikit pastu belit sampai jadi macam tumor di sebelah telinga. rambut kena ikat tinggi2 kalau nak pakai tudung, bru nampak cun. baju longgar2 labuh2 ni tak cool la, mana hot wei! kena la tunjuk kulit sikit, bru cool/cun. tak yah la alim2 sgt enjoy la sikit. (eh org 'alim' tu tak enjoy ke?) ala hubungan perempuan lelaki tak pe,bukan ada niat jahat pun,bukan nak buat apa2 pun..tak yah la sampai nak asing2,macam la kami tak tahu batas.(er....)
people are trying hard to fit in dont they?
tapi lupakah ucapan saidina Umar selepas berjaya membuka palestin dulu
'Kamu telah dimuliakan (bahasa sekarang, 'cool' kot) dengan islam, kamu akan dihina bila kamu ambil selain dari itu' (ok bunyinya lebih kurang macam ini lah,kalau ada yang tahu yg tepat,sila betulkan ya,jzzk)
instead of letting islam shape the man, man shape islam to fit them. nauzubillah.. aku tidaklah perfect, banyak lagi flaws dalam dri,masih berusaha,terus berusaha,sampai mati pun kena usaha.
a total reminder for myself..
1 comment:
salam ziarah kak Azmin.. nice blog =)
anyway, big tq for the dhaurah last friday..
Post a Comment