Thursday, December 16, 2010

bila buat salah. atau terbuat salah.
kau tersungkur jatuh ke tanah
luka, darah, pedih.
zahirnya nampak baik
tapi, ruh mu yang sedang menangis
'aku terluka!'
'aku tercalar!'
sungguh tak nampak
jangan tipu yang kau tak rasa apa-apa.
'dosa itu apa yang menggentarkan hati'
tak senang duduk kau hari itu

kini kau terlentang terbiar tersungkur dibumi
lalu?
lalu?
lalu apa?
sampai bila harus kau difoci itu?
ditengah permainan yang rancak berlangsung,
kau jatuh
lalu apa kau akan terus terbaring selesa?
hanya berharap ke langit keadaan akan lebih baik?

kau bangun
menepuk-nepuk seluar dan bajumu dari tanah dan rumput yang melekat
kotor
kau tak suka.
tanah dan rumput
itu benda asing yang kotor
kau tak suka

kau sambung berlari mengejar tujuan
bersama-sama mengejar satu kemenangan
mungkin lepas ini kau akan jatuh lagi
tapi biarlah
kau pasti bangun sambung kembali

maka,taubatlah
setiap yang salah,jangan terlalu salahkan diri
kemudian dibisik bahasa putus asa
tak lama selepas itu, ada prasangka
akhirnya tidak merasa diri mampu,
Allah tak akan tolong kita

bukan begitu sayang!
Allah sentiasa menanti taubat mu
hendak sangat menerima taubat mu
Dia tahu kau lemah
Dia tahu semuanya
Dia cuma mahu lihat adakah kau sudi merendahkan diri
lalu menangis di depan Nya..

selepas itu?
Dia beri sakinah

kemudian
kau tahu kau sedang berada di 'tangan' yang PALING BAIK

Allah.

No comments: