Saturday, October 15, 2011

орбита

Pernah satu masa, mujahadah ku tak pernah cukup.
pernah satu masa , kita berasa begitu yakin dengan apa dikeliling kita tak akan penah roboh
begitu yakin, bahawa ini lah dunia, ini lah takdirnya. 

Pernah juga satu masa, kita berorbitkan dia/sesuatu
hidup kita seharian berorientasikan itu. 
lalu apa sahaja yang bercanggah dengan pusat tumpuan kita 
tanpa berfikir, terus rapat hati kita tutupkan. 

Jadi bila manusia berkata cinta itu buta 
yang buta itu bukanya mata, tapi hati
yang salah bukan bisikan, tapi yang melakukan. 
lalu tak ragu lagi, manusia lah yang bertanggung jawab atas segala perbuatannya sendiri. 

''Dan apabila yang disebut hanya nama Allah, kesal sekali hati orang-orang tidak beriman kepada hari akhirat.Namun apabila nama-nama sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka menjadi bergembira''

az-zumar : 45

mungkin sudah tiba masanya untuk kita buat 'reality check'. seharian kita, berorbitkan apa? 















No comments: