Apa itu jaulah? hah ayat permulaan yang biasa mereka dengar, tapi suka untuk saya gunakan. Apa? cuba jawab?
Mungkin mereka pernah mendengar atau merasakan tahu erti perkataan itu tapi persoalannya benarkah pemahaman mereka?
Dulu kini tak sama Bukan hendak memburukkan diri, tapi cuma hendak mereka mengetahui. Saya dahulu bukanlah siapa saya sekarang. Jahiliyah yang sedang mereka lakukan, telah saya lakukan dulu dan mungkin masih melakukan sekarang. Kebaikan yang mereka lakukan sekarang, mungkin belum pun saya lakukan. Tapi percayalah dengan kuasa perubahan. Kuasa Allah dalam mengubah hati manusia. Dengan syarat ada usaha dari mereka sendiri. Langkah pertama itu MESTI BERMULA DARI KAMU.
Saya kira D paling mengenali saya, kerana dia telah berjaulah dengan saya sebelum dan selepas ‘faham’. Ya, yufakihu fi deen itu.
Dulu saya..
Negara apa yang belum dijelajah?!
Kali ini kita habiskan sebanyak mungkin negara dan bandar-bandar ternama sekaligus!
London? Paris? Glasgow? Lyon?Venice? bla bla bla
Berjalan untuk bergembira, saja-saja melihat dunia.
oh, bangunan cantik! tangkap gambar.
oh, patung-patung! bergaya seperti patung
oh, pemandangan mesti tangkap gambar! tangkap.
oh mesti beli rantai kunci, beli magnet peti ais, beli , beli dan beli.
Pulang ke rumah. Muat naik sebanyak mungkin gambar.
Menantikan komen-komen dan ‘like’
Puas hati ,
Akaun bank berkurang ,
Minda makin terbuka ,
Pengalaman makin terkumpul ,
Cerita, semakin banyak.
Amal ? Pengajaran ? Perubahan dalam hidup ?
terlalu sedikit dan mungkin tiada.
Tersentak
Teringat ketika aku berjalan pada musim sejuk 2010 di Glasgow, Scotland. Kami singgah di rumah seorang kakak yang boleh dikira raksaksa besar juga dalam D&T. Pagi itu, ketika bersarapan, kami disapa oleh sahabatnya.
‘’Eh, ni sisters dari mana ni?’’ nada penuh ceria
‘’Eh mana yg lain?’’
‘’ Mana adik-adik korang?’’
‘’Mana kakak-kakak korang?’’
‘’. korang buat apa dekat sini?’’
‘’ bla bla bla bla ‘’
‘’ …..... ‘’
saya dan D memandang satu sama lain bingung.
‘’tak boleh ke, jalan suka-suka hati? Perlu ke nak berjalan pun kena bagitahu? ‘’ bisik hati
Selepas dari kejadian itu, kami berjalan merentasi benua eropah. 3 minggu lebih lamanya. Perhentian terakhir ialah Besançon, Perancis.
Perubahan tempat 180 darjah
Sesuatu yang mesti kamu tahu mengenai destinasi terakhir ini. Setiap tahun bermula dari tahun 2008, di Russia kami punyai satu program yang diberi nama ‘Jaulah Syitawiyah’. Dalam program tersebut kami akan ke negara yang dipilih pada tahun itu untuk menerima pengisian/ daurah dari ustaz dan perkongsian bersama pelajar malaysia di negara tersebut. Pengisian, yang selepas itu biasanya akan melajukan dan menaikan semangat seseorang untuk menjadi muslim yang lebih baik dengan kadar 1000% atau lebih! Ya itulah kuasa jaulah.
Lalu pada tahun 2010, Jaulah Syitawiyah seharusnya berlangsung di LILLE, PERANCIS. Kalau hendak dibayangkan, kedudukannya lebih kurang Kedah dalam peta Malaysia. Kami berada di Athens, Greece ketika mendapat mesej di yahoo messenger bahawa lokasi program ditukar, bukan lagi di LILLE tapi ke Besançon. Perubahan 180 darjah dari titik mula.Besançon itu seperti Johor. Kedah ke Johor. lille ke Besançon.
Buat orang yang biasa berjalan jauh dan lama, pasti tahu, yang duit ialah sesuatu yang amat disayangi.
Nak makan pun berkira.
Nak tinggal di hostel mahal pun berkira.
Nak naik kemudahan awam pun berkira.
Nak naik masuk muzium pun berkira.
Ini terpaksa membayar hampir 100 euro untuk membeli tiket kereta api baru dari Lille ke Besançon?!
Saat itu kami ada dua pilihan. Bayar atau batalkan hajat hendak menyertai program.
Alhamdullilah Allah masih memilih kami, lalu 100 euro lebih dipindahkan ke akaun kawan untuk membeli tiket baru. Ramai juga yang tewas di tengah jalan. Memilih untuk menarik diri dari program. Mungkin belum masanya.. doakan mereka..
Sambung cerita.
3 minggu berjalan merentasi eropah, akhirnya kami sampai ke Besançon. Sesampainya kami di hotel, sisters yang lain turun menyambut. Tak ada kata yang mampu keluar dari mulut, hanya butir air mata. Yang entah mengapa, akhirnya perasaan ‘’aku selamat! aku bersama mereka yang benar-benar buat aku rasa selamat!’’ Pelukan erat dan panas sisters itu meleburkan semua salji tebal yang melekat di baju dan kasut, meleburkan segala kedegilan diri yang sentiasa merasakan ‘ini hidup aku, aku tahu dan buat apa yang aku mahu’’
Esoknya di dewan program, kakak raksaksa yang aku jumpa di Glasgow, scotland itu turun untuk memberi taujih. Dia bersila. Aku bersila. kami duduk dalam bulatan. Sesusai tadabur ayat, saya pergi duduk dihadapannya.
akak....
tunduk kesal..
merehatkan kepala di lututnya
dan mengalirlah sungai tangisan kesal, insaf, dan pada masa yang sama tenang dan lega pernah saya alirkan seumur hidup.
Sekarang?
sampai saat ini.
yang benar-benar saya ingat ialah beberapa hari di Besançon itu bukan 3 minggu lebih di seluruh eropah.
sampai saat ini,
beberapa hari di Besançon yang terus menerus membantu saya untuk terus berjalan di jalan para anbia’ dan alimin; jalan dakwah dan tarbiyah.
Harta di dunia ini sebagai sumber untuk kita laburkan ke tabung akhirat,
Sungguh ratus euro di Besançon itulah yang terus berganda-ganda pelaburannya hingga ke hari ini.
saat itu, JELAS
setiap perjalanan itu
MESTI ADA TUJUAN
MESTI ADA OBJEKTIF
MESTI ADA IBRAHNYA (PENGAJARAN)
MESTI ADA AMAL SELEPASNYA
MESTI LEBIH DEKATKAN KITA DENGAN DIA
jika tidak,
percayalah yang dapat hanyalah, wang yang berkurang, gambar yang banyak, gembira yang sementara, nafsu yang melata. Selepas sebulan, setahun, sedekat, lupa.
‘’D TAHUN DEPAN KITA MESTI JAULAH! ‘’
p/s : sebenarnya hendak mulakan perkongsian jaulah andalus. tak apa doakan utk post seterusnya!

1 comment:
telah mengtouch hati macho sy.. hihi walaupun kita pergi ke tmpt yg sama taun tersebut effect tk sama. Allah telah memilih kamu dan sy ke sana. dan itu cerita kamu dan saya sukakan ia. moga akan dtg cerita sy.. amin
Post a Comment