kenapa saya suka epal?

kenapa saya suka epal?
kenaaapa saya suka epal?
sebaaab.....
APPLICATION DIA SEROOOOOOONOOOOK
baik, saya sedikit noob berkenaan dengan teknologi ini. Entah kenapa komputer besar lagi berat saya ini tak dapat kemas kini perisian yang sudah dimuat turun, jadi 'paltalk' saya tak dapat digunakan. Buat yang tidak mengenal paltalk, paltalk ialah perisian seperti Skype dan sewaktu dengannya. Kenapa paltalk? Tak dinafikan skype sangat mudah dan lancar tetapi jika melibatkan banyak panggilan dalam satu masa, seperti mesyuarat online atau persidangan online yang akan melibatkan ramai, seramai 100 orang, skype gagal memenuhi keperluan ini. Disinilah PALTALK muncul, menjadi wira kepada pemasalahan ini.
Disebabkan komputer tak boleh guna, dan saya jenis mobile orangnya,
''ahhhh komputer tak boleh guna nak dengar talk ummi!''
''a'ah hari tu LN pun tanya jugak, sebab dia nak dengar sambil baring''
*tap tap tap skrin*
''ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! ''
''kenapa ? kenapa akk?''
dan.. *drumroll*
wi huuuu! alhamdullilah.
Komputer saya tak dapat digunakan. Komputer NF Macbook tak dapat terima Paltalk. haha tak ada masalah, sekarang ada PALTALK MOBILE!!!!!! jadi hari ini, kami dengar talk bukan dari 2 komputer besar gaban ini, tidak! tetapi dari iphone sebesar tapak tangan! Sungguh cool!
Jadi disini langkah-langkah menyertai 'BERSAMA UMMU ATIFAH' via PALTALK MOBILE
1. Cari di apple application store PALTALK . (it's free by the way)
2. muat turun dan daftar (senang saja daftar, tak leceh, jangan bimbang)
3. Kemudian cari 'room' dan cari 'bersama ummu Atifah'
4. Bagi salam, buka majlis, kini anda berada di taman-taman syurga dunia!
Bersama ahli-ahli taman syurga dari seluruh dunia! >.<
APA ITU ' BERSAMA UMMU ATIFAH ' ?

Portal media AZAM russia sekali lagi membawakan kepada anda kuliah online.
Kali ini dgn kerjasama AZAM Russia & dakwah.info
Nantikan pengisian setiap minggu drpd kolumnis "Tanya Ummu". Beliau merupakan pakar
rujuk akar rujuk dan kaunselor terutama sekali dalam bidang Baitul Muslim [Keluarga Islam]
di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan
masyarakat.
Setiap Selasa : Kuliah BM Fasa 1
(details akan diupdate soon)
Setiap Rabu : siri modul ketaqwaan jundiy menuju Allah
Masa: 9.00pm-11.00pm (waktu Malaysia)
Tempat: Hadapan laptop masing-masing
Medium : paltalk
Arahan : Sediakan paltalk-id dan ke
dalam chatroom "Bersama Ummu Atifah".