Wednesday, March 17, 2010

sedikit kecewa

dengan nama Allah yang Maha berkuasa, Maha mengetahui yang telah berlalu,sedang berlaku, dan bakal berlaku, Maha Adil, Maha Penyayang.Yang memiliki segala hikmah.

semalam saya mendapat panggilan telefon dari pihak FedEx mengatakan tentang saya mempunyai parcel dari malaysia. tapi parcel saya kini berada di lapangan terbang Domodedova, atas sebab apa saya kurang pasti. katanya dia akan beri status dan beritahu apa yang harus saya lakukan melalui e-mail. letak saja telefon terus saya buka e-mail mencari surat elektronik dari pihak FedEx..5 minit, 10 minit, 15 minit, 30minit, sejam, 1 malam, 1 hari....satu email pun belum saya terima!

baru tadi kakak saya dari malaysia bertanyakan perihal parcel yang telah dipos. serba salah apa yang patut dijawab..memikirkan wang yang telah dibelanja, usaha yang dicurahkan, dan yang paling sedih segala semangat dan 'thought' yang dikirim bersama tak sampai kepada si tuan nya...

parcel gembira dari malaysia tidak sampai kepada saya.

pastinya Allah menyusun sesuatu yang lebih besar. susah bukan? hanya kerana garisan dipetadunia,digarisan yang mengatakan sempadan ini milik russia, kasih sayang yang sepatutnya tiada sempadan itu, tersekat di imigresen. wang masa dan tenaga. betapa susahnya kita hendak sampaikan rasa cinta pada orang yang kejauhan. SUSAH NAMUN KERANA SAYANG, SANGGUP.

punya cinta Allah dengan kita. satu apa pun kita tidak rugi. kalau dilangit itu ada imigresennya sendiri, pasti manusia dibumi mati kecut seperti daun kering hanya kerana kasih sayang Rabb nya tidak sampai. hanya kerana perasaan cinta dan rindu yang bergelora dijiwa seorang hamba disekat, tidak sampai kepada Pemiliknya. Allah tidak zalim, Allah tidak begitu. Allah buka pintu langit seluas-luasnya untuk hambaNya menghantar sebanyak mungkin parcel (doa) kepada Dia. tak kisahlah kamu ingin menghantar parcel gembira,sedih, surat pemohonan, apa saja, tiada imigresen, tiada sekatan, tiada hijab antara kita dan Allah. mudah bukan?

jadi bila kata kita cinta pada Nya hantarlah parcel(doa) sebanyak mungkin pada Dia
pasti Dia, walaupun tanpa balasan dari kita, Dia terus menghantar bukti cinta Nya ke langit dunia.

jadi saya akan menghantar parcel(doa) saya kepada Dia, insyallah kalau diizin Nya, Dia akan hantarkan saya parcel Nya bersama-sama parcel dari Malaysia.

la tahzan!

p/s: harus ke bedah buku maza yakni,lagi 4 minit.

kerana sedikit kecewa, saya makan brioche with chocolate untuk diri sendiri,walaupun sudah makan besar tengah hari tadi. -_-''. maafkan saya perut.

Monday, March 15, 2010

kapet merah yang tidak ramai orang lalui.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي

dengan nama Allah yg Maha Kuat,Maha Berkuasa,Tidak lelah dan Tidak lalai.

jam menunjukan pukul 11.23malam. seharusnya saya bangun untuk mengulang kaji pelajaran, tapi tiba-tiba hati terasa sedih dan takut. pernah kamu teringin benda yang yang tidak sepatutnya diinginkan? bila satu jahilliyah ditinggalkan, pasti 'dia' akan terus cuba menggoda kamu kembali. memanggil-manggil, mengingatkan kamu dengan kenikmatan bersama 'dia'. terus memanggil dan akan terus memanggil. arghhhhhhh Ya Allah tak mampu aku menolak! tapi aku mesti tolak,,,tapi aku tidak kuat!

kau tidak kuat? carilah perlindungan dari Dia. sucikan dirimu, solatlah, Allah memanggil-manggil. seperti seorang bayi yang terjatuh dari cubaannya untuk belajar berdiri akhirnya lari kearah ibunya untuk mengadu sakit,,,begitulah tidak MALAH LEBIH lagi sepatutnya kita mengadu sakit dengan Dia. tak perlu siapa-siapa lagi selain dia.

''Ya Allah...sakitnya....susahnya.....payahnya....orang lain ketawakan aku,mereka tidak faham kenapa aku cuba sangat mengapai cinta Kau...aku tak gila, cuma aku nampak lebih jauh dari mereka... ''

malam semalam saya pulang ke rumah agak lewat..hampir jam 1,dari matahari terang petang,boleh pula salji dimalam harinya. saya tak tidur dibilik, musafir dibilik sisters yang sentisa Allah rahmati, campak barang ke lokasi tetap saya dibilik itu,hampar 'sleeping beg' terus masuk untuk tidur. tak mampu untuk tidur mengingatkan teks ucapan womens day belum ditulis. bahan untuk usrah saya pagi itu belum disusun. kek lobak dibilik belum dibakar. nasi untuk dibuat nasi goreng belum ditanak. apakan daya, saya bukan Avatar, tak mampu untuk terus bekerja, sudah sampai kapasiti pengunaan tenaga tertinggi hari itu. mesti tidur. 1.45am tidur.

punya beazam saya untuk bangun awal pagi. pukul 5 saya bangun,meraba-raba mencari kertas dan pen untuk teks. penat mencari idea. tersenguk-senguk saya cuba menyusun ayat. mencari hadis. membuka balik ayat-ayat quran yang resonan. mencari kata kunci. tersenguk kembali... tiba2 rasa dicubit kuat, 'ah! sisters! kau yang mencubit aku!memaksa aku bangun siapkan kerja. Ya kerana kau tahu betimbunnya kerja aku! tapi saya degil. tak keluar dari sleeping beg utk buat teh dan basuh muka. tersengguk-sengguk kembali. dicubit-cubit kuat berkali-kali lagi. tidak juga bangun..

jam 6.30am teks saya masih tak menunjukan hasil memuaskan hati. masih dalam bentuk tulang tak bersalut daging apatah lagi dihias indah seni kata bahasa ibunda. saya tak mampu untuk buat semua! jadi saya tulis SMS utk hantar kepada adik2 usrah 'usrah batal,akk terpaksa bekejaran ke kedutaan awal' dengan itu saya ada tambahan masa 2 jam 30 minit untuk siapkan teks. mungkin lebih, kerana tak perlu masa memasak kepada usrah. sedikit tenang.

jamp 7.30am saya semak kembali telefon. YA ALLAH!MESSAGE TAK DIHANTAR! sudahla teks ucapan belum siap, usrah akan diadakan tapi makanan belum dimasak! bahan belum disusun! macam mau mati! tapi fikir kembali, kenapa Allah tak mengerakkan jari ini untuk tekan butang 'send'? sebab Allah MAHU ADIK-ADIK DAPAT PENGISIAN. ALLAH MAHU KEBAIKAN BUAT MEREKA SANGAT-SANGAT. walaupun saya sangat sempit,sesak nafas dihimpit masa, tapi Allah mahu juga saya mencari kesempatan dari masa yang tidak ada untuk berusrah dengan adik2. Ya Allah bertuahnya adik2 ini! Allah sayang mereka,,,hendak mensucikan mereka. Betul2 terpilih orang-orangnya.


jam 9.30 adik2 belum sampai.saya sudah bimbang. pukul 11am saya harus bergerak ke kedutaan. jika lebih lambat, saya hanya ada 1jam bersama mereka. tapi Allah tugaskan saya untuk jodohkan mereka dengan Dia. 1 jam tak sempat! tenang. kemudian Allah menghantar 3 orang sisters yang singgah rehat di hostel untuk bersama kami. kemudian Allah hantar lagi seorang sister untuk bersama menguatkan saff yang ada. Hampir menangis saya. Allah sedar yang saya amat lemah, perlukan bantuan..terus Dia hantar pasukan bantuan. kenapa? sebab Dia BENAR-BENAR mahukan kebaikan bagi adik2. supaya saya tak boleh bagi alasan lagi.

tak lama selepas itu,,usrah bermulaa...Alhamdullah...puji hanya kepada DIA.

kadang-kadang saya rasa penat. saya rasa tak mampu untuk menampung kerja yang makin bertambah.
kadang-kadang saya rasa hendak putus asa, biarkan kesayangan saya membuat bacaan sendiri. mencari sendiri apa itu Allah,apa erti Islam yang sebenar.

tapi Allah tak bagi. bila Allah telah memilih hambanya untuk diberikan CINTA DAN KEBAIKAN TERAGUNG DARI-NYA, Dia akan beri dari macam-macam cara.

sungguh malu dengan orang yang menyombongkan diri dari ALLAH.

Malulah bila kita hanya memberi alasan untuk berkata 'tak dapat hidayah lagi' sedangkan Allah telah susun sebaik mungkin untuk mematikan alasan-alasan manusia.

Malulah bila kita berhujah 'tidak cukup kuat untuk berubah',sedangkan kita tidak keusrah, tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak berzikir mencari kekuatan dari Dia.

Malu lah bila kita hanya terus memberi alasan tanpa sedar bertapa Allah telah menebas segala semak,duri ditengah jalan untuk mereka melaluinya dengan mudah demi untuk bertemu dengan Dia.



Ketahuilah setiap pilihan yang dibuat pasti disoal Allah. Dia akan tanya ''KENAPA DAHULU ENGKAU TIDAK PILIH AKU ?SEDANGKAN TELAH AKU HAMPAR 'KERPET MERAH' MENJEMPUT MU?''

doakan saya sentiasa memilih Dia.Dia bukan hanya 'ditepi'.... saya sangat mendoakan kamu insyallah.

Sunday, March 14, 2010

tak mahu bercakap lagi,,byk Allah akan soal nanti!

berat betul mata ini...perut juga rasa berat...pulang saja kerumah,terus dicapai baju kelawar ingin menghempas saja tubuh ke katil. tapi tidak boleh lagi, ad beberapa kerja yang mesti diuruskan..

alhamdullilah majlis berjalan sempurna,jika ada yang tidak sempurna, itu dari kesalahan saya. terlalu banyak kekurangan yang mesti dipenuhi. pulang dari menjadi pengerusi majlis 'womens day 2010 PPIM Moscow'' 'unveiling the secret of muslimah'. pengerusi majlis itu ialah emccee. secara jujurnya memang hobi saya bercakap. rasanya orang keliling saya memang tahu perihal ini. tapi saya cakap tak tersusun, tak baku dan banyak salah tatabahasanya. kali terakhir menjadi emccee,ialah di 'Grand Dinner Russian Program INTEC 2006'. ya betul, 2006! memanglah saya ada sampaikan daurah,usrah,etc etc tapi majlis-majlis begini yang dihadiri oleh orang berprotokol,,saya jadi sedikit kaget. susah pula menyusun ayat. bila diminta tolong, kita buat setakat yang termampu tapi terbaik,, berbekal ingatan teks yang mama buat untuk majlis2 rasmi sekolah, itu yang saya guna. sebab itulah masa mahu mejemput VIP ke meja makan pun saya guna kata 'bersantap'. bila orang ketawa,saya hairan. betul la bersantap? rupanya, ketawa kerana guna bahasa istana. sebabnya? sebab sudah terbiasa dengan teks yang disediakan mama, majlis rasmi kami dulu dihadiri sultan.

''manusia itu memang anak kepada kebiasaan''. ini tajuk besar dalam buku yang saya sedang baca 'hidup tiada siaran tunda'. memang pun,kita didoktrinkan dengan benda keliling. apa yang kita dengar,lihat dan baca, itu semua menyerap kedalam. sedar mahupun tidak! otak ini seperti span. Span akan menyerap dan menyerap lagi. Bila masa hendak digunakan lalu diperah, apa yang keluar ialah apa yang diserap. apa saja yang kita dengar, lagu-lagu pilihan,bacaan-bacaan kita, dan sebagainya itu semua membentuk pemikiran kita. membentuk cara kita menilai. tapi siapa kita untuk menilai? bagaimana untuk tahu penilaian kita tidak silap? ada skema jawapan kah? ada manual kepada mesin bernama manusia kah? ada. tapi kena tanya dengan Sang Penciptalah.

kenapa perlu? boleh kamu jamin sekeliling kamu ialah yang terbaik? boleh kamu jamin apa yang kamu faham ialah kebenaran yg sebenar-benar? boleh kamu buktikan? tak boleh.
kerana? kerana kamu pun tidak kenal siapa diri kamu. Allah saja yang kenal. jadi tanyalah Dia. pemikiran kamu benar selagimana tidak lari dari Dia.SANGAT PENTING UNTUK SENTIASA PERIKSA STATUS KEFAHAMAN kita. syaitan boleh mencucuk dimana-mana.

tapi seronok juga bila mendapat mic. bukan mudah untuk mendapat lapangan. lapangan untuk berkongsi fikrah,berkongsi kefahaman. saya ambil tugasan ini sebagai medium yang tersangat-sangat berharga untuk berkongsi ayat-ayat cinta dari Allah. Sedih bila tak semua dapat tahu ada sesuatu yang SANGAT SERONOK berbanding dunia dan isinya. tapi saya takut sangat jika saya yang seronok sendiri bercakap dihadapan. adakah saya sampaikan terlebih? terkurang? berbelit? saya pun tak tahu.

tamat saja tugasan itu,,,saya duduk termangu. muhasabah apa yang sudah saya bebelkan. tapi saya tak tahu! Ya bagusnya kalau orang yang membaca ini ada disitu,tolong tinggalkan komen apa yang saya MESTI baiki. Allah cintakan orang yang membaiki diri. tolonglah saya untuk dapatkan cinta Nya.

Saturday, March 13, 2010

siapa lebih sibuk?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

tersentak saya bila diajukan soalan 'kamu yang sibuk atau naqibah kamu yang sibuk?'

aduh..banyak betul alasan yang aku beri..
''eh,,,saya ada usrah pukul ....''
''emm saya dah janji dengan orang pukul .....''
''saya penat dari kelas,tak boleh pergila''
''kad metro hilang,ada hal kena uruskan,sorry''

yada yada yada!

tarbiah itu ertinya didikan. masa kecil kalau malas pergi sekolah emak nanti pukul. bila besar malas nak pergi usrah,siapa peduli? masa tahun ke-2 saya ditampar dengan kisah yg ustaz salam utarkan dalam SH :
A: tu tu kawan kamu tuu yg dekat London teruk sengat,,,teruk gila aku cakap kau
B: Teruk?apa yang dia dah buat? dia pakai seksi ke? dia minum arak ke? dia ambil rasuah ke? dia bunuh orang ke?
A: weyyy,,dia tak pergi usrah weyy!
B: apabenda la tak pergi usrah kira teruk? (bisik2 dalam hati)

Ya tak pergi usrah paling teruk. sebab apa? sebab masa usrah kamu belajar untuk kenal Tuhan kamu,Pencipta kamu. kamu diberi peluang untuk buka hati,serap sebanyak mungkin. untuk menyelam dalam ruh tarbiyah. bila orang itu tak pergi keusrah, dia tak mahu kenal dengan Tuhannya lah. apa yang lebih teruk dari hamba yang MENYOMBONG kan diri kepada si Pencipta? hukum solat,puasa,zakat,etc itu semua belakang kira! kamu buat semua itu lepas kenal Dia. mampukah kamu untuk istiqamah tanpa berkenal-kenalan dengan Dia? mampukah kamu untuk hidup sebagai islam,bila kamu sendiri tidak dekat dengan Dia?

disitu saya disentak.sampai sekarang terus disentak. memang dulu malas nak ke usrah. alasan sakit perut la..kalau dirumah,saya kaki ponteng mengaji Quran. sekarang saya pula yang mengajak2 orang ke kelas agama. paradoxical bukan? Tapi itulah,kita tak tahu apa yg Allah susunkan untuk kita. Allah nak sangat beri kebaikan pada hambanya, cuma kita yang terlalu persimis. rasa diri tidak layak,tidak mampu dan sebagainya..

berbalik kepada siapa yang lebih sibuk? insyallah akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurus masa dan lebih teratur urusanya. Rasulallah saw ada 24jam juga tapi mampu buat semua. Hassan Al Banna pun sama. Emak saya juga. Naqibah saya juga. Muwajih saya juga. mereka semua ada 2kaki, 2 tangan, 24jam macam saya. jadi?

cuba fikir. Allah lebih sibuk atau kamu? solat itu Allah luang masa untuk jumpa kamu. itupun kamu beri alasan sibuk lagi? (mengeluh panjang)

insyallah akan cuba ubah utk yg terbaik. doakan saya! ya,saya memang mendoakan antuna semua juga! biiznillah ^^

Friday, March 12, 2010

0-1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

setiap kali saya buka periksa blog,saya akan cakap 'oh no,i gotta update this spider web'. saya akan tekan 'new post' kemuadian dibiarkan terbuka tanpa di isi dengan apa apa. 15 minit selepas itu akan ke hulu ke hilir, menguruskan itu dan ini dan akhirnya laptop ditutup kembali tanpa post baru.

tapi semua orang tidak tahu bertapa semangatnya saya nak muat naik post terbaru. kenapa tak tahu? kerana manusia hanya mampu menilai apa yang mereka nampak. tiada manusia yang dapat membaca hati manusia lain,pemikiran manusia lain. sedangankan tukang tilik nasib (jangan percaya dgn mereka,percaya sama Allah saja tau!) pun akan tanya nama pelanggan baru dia walaupun kalau difikirkan logik, nama tukang tilik,sepatutnya nama pelanggan pun mampu diramal la kan? inikan manusia biasa yang tak pernah bersua muka.

apa yang nak cakap disini ialah,tak kisahlah jika bersemangat api menjulang tinggi kelangit sekali pun,kalau tak ditukar semangat itu kepada hasil, orang tidak tahu.

kamu fikir kamu telah buat sesuatu tapi hakikatnya kamu hanya membatu.

semangat untuk muat naik post baru yang berkobar,tapi tak tertulis-tulis akhirnya tiada update baru. di mata orang ia tiada.

semangat untuk berubah,ada dalam hati setiap manusia yang bersih akalnya, tapi jika tersimpan kedap dalam dada tanpa diusahakan tak berguna juga.

sifirnya mudah ADA atau TIADA. dinilai berdasarkan hasil kerja.

p/s: oh masa -_-'' buat saya terfikir,,,sebenarnya kalau orang itu tidak muat naik benda baru,,,tak bermaksud tiada hal yang seronok berlaku dalam hidup dia, tapi dia terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja besar sampai tiada masa. untuk yang mampu berblog dan menyelesaikan kerja2 besar pada masa yang sama,memang saya tabik lah!

ok semoga Allah merahmati kamu! :)

Thursday, February 25, 2010

cari ruang.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
terasa hiatus yang sangat lama.rasa sungguh bersalah dengan adik2 usrah saya. minggu lepas mereka daurah, dah tak bejumpa..masih gagal cari masa untuk ziarah mereka. ahduhai..minggu ini pula kelas hari sabtu akan habis petang,,hari ahad pula bakal beri pengisian daurah di MAI. bila baru dapat jumpa mereka semua ni? :(

minggu lepas hari jadi 2 org adik kesayangan, nadia dan aimi. alhamdullilah aimi sempat jumpa waktu qiam di spativ. sedihnya tak dapat jumpa nadia lagi. afwan jiddan!

masih memikirkan jalan terbaik. ruang terbaik untuk pertemuan lutut-ke-lutut ah...saya sendiri sudah rasa 'kering'..macam mana dengan mereka agaknya :(

minggu ni saya sendiri penuh. case report,cycle yang bakal ditamatkan dengan colloqium, mutabaah ibadah yang tak maintain lagi. itulah sedang bunuh tiga burung dalam satu masa. memenuhi muwasofat; Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi), Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi),Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi).

Saturday, February 20, 2010

rough hard time; riga, latvia.

entah apa yang aku fikir aku kurang pasti. tapi yang aku tahu aku mahu 'eurotrip'. mahu bawa beg besar gedabak dibelakang, mahu pergi ke negara orang dan belajar tentang apa yang boleh aku dapat. berharap dapat berjalan dan melihat kekuasaan Allah. mencari ibrah yang entah apa.

aku berharap mendapat sesuatu dari musafir kali ini,tapi jika kau tanya apa yang aku cari. aku akan termanggu binggung. entah. yang aku tahu aku harus keluar dari moscow. keluar dari sini. mesti!

kali ini dengan teman yang banyak persamaannya dengan aku. bermula dengan menaiki kereta api dari moscow merentasi siberia ke riga,ibu negara latvia. tak pernah aku menaiki kereta api di eropah. sungguh tak sabar! gerabak dikongsi dgn seorang mak cik dan pemuda dari latvia. selpas berbual-bual, mata sudah berat..tapi perut berbunyi sejak tadi. metro rizhskaya,moscow.

makan bekalan yang kami sediakan. ayam goreng,kentang putar, steamed vegies, sos TARTARSKI. subhanallah kenyang. perjalanan sangat lama. hampir 15 jam!selimut perlu disewa, ah malaslah, boleh saja tidur tak berselimut.tidur, bangun dan solat subuh. sampai ke sempadan, pak cik imigresen datang semak dokumen. mereka tak boleh terima yang kami akan ke banyak negara. siap tanya berapa banyak duit tunai yg kami ada. bila dicakap 120dollar, satu gerabak ketawa! cis! apakah mereka tidak tahu akan kewujudan KAD KREDIT atau ATM KAD? biarlah manusia dengan kejahilan mereka.

pagi lebih kurang pukul 10am, 11.1.2010 selamat sampai di stesen kereta api riga. sekarang harus ke lapangan terbang untuk ambil flight ke glasgow pukul 10.30 malam. tarik beg ke bangunan utama. tapi sempat berhenti sebentar untuk tangkap gambar. MASYA ALLAH! tak sampai 10minit keluarkan tangan utk berfoto,terus rasa beku! lagi sejuk dari moscow rupanya. ah apa lagi cepat2 tarik beg cari bangunan utama, heater! heater! riga,latvia


sampai ke lapangan terbang,satu hari jugaklah melepak di situ. macam macam cerita keluar. sudah.....badan rasa panas,,,sendi sakit-sakit. jangan2 nak demam tak?


sebenarnya hari itu.petang sebelum aku tinggalkan moscow,macam-macam hal terjadi. aku meninggalkan rumah dengan bukan keadaan yang terbaik. terlalu banyak benda yang aku sesalkan. dosa...jahil...ah malu untuk aku nyatakan. pasti Allah murka sangat dengan aku.aku sedar itu. jadi pemergian aku kali ini adalah pemergian di saat kejahatan benar-benar di puncaknya.

aku tak pasti apa yang harus aku harapkan. tapi aku harap ini yang terbaik...


have to get away from ..... to get close then ever with Him.
i have to get away from moscow, from everything.
I GOTTA DO THIS.

Monday, February 15, 2010

chup!

i would be lying if i said i did not miss '......' at all.
i would be lying too if i said i dont know that '........' is bad for me.

but nah,

for HEAVEN sake. for GARDEN in the sky.

I'LL ENDURE IT INSYALLAH.

Sunday, February 14, 2010

Sesat sebentar

Dalam perjalanan ke usrah. Hari ini di ulitsa skobeletskaya. Sekarang pukul 5.22, walaupun janji untuk bermula pada pukul 5.00. Tadi aku tersesat. Kelemahan diri yang masih belum biasa dengan trolley bus route kalauzhkaya-belyaevo. Tadi aku
turun bukan di stesen sepatutnya. Entah apa nama stesen tu. Sudahlah duit kecil tak ada untuk beli ticket bas baru. Jadi aku pun berjalan meradah salji lebat. Fuh jauh lagi. Nampak simpang,terus teruja. Biasanya dekat simpang ada stesen metro. Tapi tak ada. Jalan terus lagi. Simpang! Teruja tapi tak ada. Berkali- kali kecewa, tapi alhamdullilah akhirnya dalam rabun rabun mata nampak tanda 'M' metro dari ikejauhan. Yes!

Sekali lagi syukur,stesen metro panas,dapat juga badan ni heat. Hampir hypothermia jugak. Terima kasih badan kerana sihat dan terus kuat. 

Insyallah hari ini aku hanya akan berusrah dgn 2 adik-adik (total 4 org) yang terasa Sangat lama tak 'ijlis bina numin sa'ah' sungguh!

Kita merancang. Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Dia. Kamu tahu pasal Iman bola besi? Kena la datng usrah saya. Ok dah sampai stesen. Kali ni betul punya :)  

Saturday, February 13, 2010

takut yang luar biasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

sudah 13.2.2010 hari ini. begitu cepat masa memamah usiaku. semalam terasa begitu pantas. ah sungguh yang paling jauh ialah masa yang lepas.teringat lagi aku saat mendarat kembali ke bumi soviet 6.febuari. sungguh jaulah kali ini penuh dengan drama,aksi,dan keunggulan. penat aku dibuatnya. tapi kelakar pun ada juga.

secara jujurnya aku kurang gemar balik ke moscow.kembali ke rutin-rutin harian,bertemu dengan orang yang kurang ramahnya, dengan sistem yang tidak teratur, hak-hak bercakap dan diri yang hilang. mungkin aku terlalu negatif,,,

kembali aku ke russia kali ini,kembali bermisi. aku dapat satu anjakan yang baru. berkobar hendak laksanakan apa yang telah aku janji dengan diri. moga Allah meredhai dan membantuku. setiap percakapan akan diminta pertanggungjawaban. dalam surah as-saff sendiri, Allah menegur org2 yang berkata-kata tapi tidak melaksanakan. kerana sayangnya Allah dengan manusia,dan mungkin juga ini ujian dari Nya,kita sentiasa diberi masa tangguh,sebelum diminta bertanggung jawab.

Maha Suci Allah, sepulangnya aku ke moscow tempoh hari,,, sudahlah diuji dengan bagasi tidak muncul di airport (ada ka patut beg itu sampai di tel aviv!) combo 'student card-metropass-propusk' yang seakan talian hayat di russia ini hilang. Ya Allah,beban!beban!tapi sabar.

aku tak mampu pulang ke bilik dengan perasaan sebegini. aku belum bersedia
2 malam aku tinggal bersama sisters di khaov. berlindung dibawah payung iman mereka. 'payung'aku hilang! 'tongkat' aku patah! pulang ke rumah beerti lompat ke lohong paling dalam selepas sampai ke permukaan.aku tak mahu lalui perjalanan perit, bersusah payah memanjat keatas. ia terlalu jerih!

alhamdullilah sedikit tenang

2 malam seterusnya aku tidur dibilik sisters spartiv. memanglah aku tinggal di spartiv,namun bia'ah (suasana) bilik sisters dan bilik ku berbeza sama sekali. aku tahu,pasti mereka merasa susah adanya aku, Allah saja balas pengorbanan mereka. alhamdulliah aku jumpa apa yag dicari. persaan itu. suasana itu.

suatu perasaan yang sentiasa menyubur. yang kata-kata adalah untuk kebaikan. perbuatan yang bermanfaat. qiam bersama. subuh bersama. al mathsurat bersama. kelam-kabut ke kelas bersama. berusaha memenuhi mutabaah ibadah bersama. serabut dengan pelajaran bersama. teguran-teguran yang matlamatnya hanya untuk mencari redha Allah.
suasana yang sentiasa akan mengingatkan kita kembali,tugas yang paling penting.

tapi sampai bila harus aku menyorok. seorang mukmin mesti keluar ke masyarakat. dengan penuh berat hati, dengan rasa takut yang sangat luarbiasa. aku kembali ke bilik sendiri. alhamdullilah roommate ku tidaklah bersosial teruk, cuma mereka tak bersolat saja (christian sembahyang waktu bila eh?). aku takut larut. larut dengan kebiasaan-kebiasaan yang aku sedang mujahadah untuk tinggal.

sampai bila hendak berada di takuk yang lama kan? mujahadah berterusan.
masih takut lagi.

bila tengok cerita hantu,kalau takut pun kita akan pergi himpit-himpit kawan sambil tutup muka.tapi buka jari sikit sebab nak tengok juga walaupun takut. lebih kuranglah halnya sekarang. :)

Friday, February 12, 2010

nyawa-nyawa ikan,namun masih bernafas.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
maha suci bagi Allah yang terus memberikan aku nafas. menyedut setiap rahmat Nya, udara,air,sistem-sistem yang milikNya semua.

sungguh,

terlalu banyak yang ku amibil,terlalu sedikit aku beri.

telalu banyak yang terbuku dihati. telalu banyak yang hendak dicoretkan. tapi ada hal yang lebih penting yang mesti diuruskan.jarang sekali aku menghadap laptop kebelakangan ini. sedar tak sedar, berbulan jugalah tidak diupdate blog. pulang dari jaulah,sebulan bermusafir di bumi eropah, beri aku satu anjakan baru. iman kita bukan iman bola besi. biar terlihat di setiap pelusuk. :)

semalam angah menegur di YM 'eh dah tukar layout blog baru' ,,, semacam lawak. entah,mungkin sebab aku tak pernah menganggap ada manusia yang membaca, jadi bila jadi begitu buat aku rasa 'eh mesti letak effort lebih sikit ni'

afwan buat mereka yang sekali sekala menjenguk ke sini untuk mencari lintasan hati baru,tapi tuannya malas menulis,malas berkongsi. muwasofat aku masih compang camping,,, insyallah akan diubah. doakan saya.

jumpa di entry yg lebih berisi nanti.