entah kenapa, berat betul rasanya kepala hari ini.macam pening-pening lalat.mahu kata sebab tak cukup tidur,tak juga. tadi lepas masuk saja metro dari stesen planernaya huh! metro tak jalan lagi pun dah terus hanyut dalam tidur yang nyeyak. amat nyeyak sehinggakan pak cik russia yang kurang kasih sayang itu tolak aku yang memang dah terlentok kepadanya...urghhh mengapa pak cik!mengapa! bukannya saya ingin sangat nak sandar dekat pakcik pun, lain la kalau pak cik ini s*** y****.oh! (tergedik sebentar)

alhamdullilah semalam rezeki murah sungguh.mana tidaknya sampai saja MAI,pukul 8.15pm. patutnya usrah mula pada pukul 8.00pm tapi sebab naqibahnya silap membuat pengiraan tempoh perjalanan dan waktu solat, maka terpaksa tertangguh dan mula pada pukul 8.30. afwan sisters!
rezeki usrah
pernah sekali itu,bersembang kosong, ya hampir 80% kosong dan crap yang kami bualkan (walaupun sedar itu semua craps tapi tetap terus meng-crap,oh manusia) eh apa entah nak cakap tadi.oh, yang lawak nya,aku ditanya "eh usrah tu apa?jamuan makan2 ke?kenapa kat sini tak ada pun?" ada ke pulak usrah itu bersamaan dengan jamuan makan.aduh! my bad,sebab cakap 'sudah kenyang makan time usrah tadi'. tu la lain kali cakap 'sudah kenyang rohani aku sebab disuap dengan intesifnya time usrah tadi'. -_-
semalam si adik2 comel usrah aku iklil dan sylla tempah
pizza BESAR '4 cheese'. amatlah besar,sampai sebab nak habiskan makan satu slice piza itu,tajuk utama semalam(hadith satu: niat) cuma bermula selepas 50 minit usrah bermula.ya,memang besar! jazankillah
next
keropok bunga warna-warni malaysia yang digoreng naufa.satu balang! oh! serius budak2 ini memang kaya dengan stok makanan dari malaysia.(barangkali airline yang mereka ambil dulu limit luggage 50kg.fuyoo.heh harapan sajala)
next next,
blueberries almond cake. whole cake!hermm tak pasti pula siapa yang bawa cake ini.tapi yeah sedap betul bu!
next next next,
air teh farhana. comel kan,dari tingkat 13 bawa jag air ke tingkat 7. >_<
next next next next
keropok ruskaya kartoshka azmin. hei!bertuah betul kau azmin.seorang doktor memberi makanan tak berkahsiat kepada orang lain.apakah!tapi tak megapa. hasil dari menonton 'rachel ray show' masa summer dimalaysia tahun lepas, aku bawakan tomato sekali. tahukah anda bahawa keropok mempunyai banyak garam yakni Sodium.seperti yang kita belajar dalam biophysic dan physiology,lawan kepada Sodium ialah Potassium.sumber potassium? pisang/ tomato/ avocado. ini antara yang banyak % kandungan potassium. jadi kira ok la kan? :)
habis usrah.pergi naik atas..dah diajak makan
nasi ayam yang memang dah lama dimasak cuma tunggu untuk dimakan.walaupun dah tengah malam,tapi makan juga.
malam itu alhamdullilah Qiam ramai2 dan sambung tazkirah pagi itu. rindu sungguh environment macam ini. teringat dekat berlin dulu...memang taman syurga dunia lah. lebih best dan lebih syurga dan lebih nikmat dari majlis tari-menari berkostum yang bakal diadakan tak lama lagi anjuran SMSA.(SMSA ni tak ambil pengajaran dari tahun lepas ke hah?)
pagi itu tengah terangkan sejarah jerman dan hitler third reich dekat sylla dan iklil,farhana call suruh naik makan.maka makan lah breakfast
bihun malaysia (walaupun kenyang nasi ayam semalam ada lagi)
lepas tu turun ke tingkat tujuh nak bersalaman sebelum balik,ah diajak makan
nasi goreng pula. memang tak sampai hati nak tolak. tapi ketahuilah...perutku benar-benar akan meletup jika dipaksa masuk sepinggan lagi nasi goreng,walaupun nasi goreng itu sungguh sedap!maka makanlah juga 2 sudu.cukup!
kali ini serius nak balik,tiba2 kak nawal suruh tunggu.ada benda yang nak dipasskan katanya. nah!ambik kau,dapat
nasik lemak ayam berempah buat bekal bawa balik.Ya Allah rezeki apakah ini! sungguh melimpah. melimpah ruah.syukur!
maka benarlah kata Allah(mmg confirm betul pun apa yg Allah cakap tu,cuma makin terasa benarnya),kalau kamu berusaha untuk kitab-kitab Allah,maka Dia akan tolong kamu dengan rezeki yang datang dari bawah kaki etc.maksudnya rezeki tu datang dari arah yang tak disangka2 dan rezeki itu datang dengan mudah sungguh.
apalah sangat dengan aku pergi berusrah dan qiam di Mai itu.Rasul saw dulu berjalan kaki ke taif la,madinah la,etc etc.aku? sudah la naik bas,free sebab ada tiket bulanan.naik metro,free sebab ada metro card. dapat duduk dalam metro. satu line saja,walaupun dari satu hujung ke satu hujung. dekat manalah pengorbanan aku agak nya...
TAPI
sebab
Allah itu kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Maha Pemberi rezeki...benda yang aku buat sedikit macam ini pun dah dibalas instantly dengan berganda2. bayangkan kalau kita memang 24jam berusaha dan berniat untuk Dia. SUBAHANALLAH pasti lagi hebat balasannya.apa lagi kalau syurga idaman ramai!
jom kerja!