Wednesday, December 28, 2011

Красная площадь

 alhamadullilah selesai. Tak kisah berapa kali datang ke sini, masih tetap kagum. masih ada sudut yang terlepas pandang dan iamati. Gabungan antara sejarah hebat dunia, darah, kuasa dan mimpi. Perbezaan antara aspirasi yang lama dan baru. Beza yang sangat berbeza. Russia yang SANGAT BERBEZA dengan negara eropah yang lain. Sesuatu yang anda tak akan jumpa melainkan disini. Ada kalanya kelihatan seperti bangunan khayalan yang hanya kita lihat dalam buku cerita dongeng. Kisah lagenda anak raja melawan raksaksa. Lagenda. itulah russia. 

Sebenarnya saya sangat benci dengan lensa 'bloody marry'. Tapi hari ini terasa untuk menjadi 'cliche', bersemperna dengan nama red square/ krasnaya ploshad / dataran merah, jadi saya persembahkan ia dalam foto merah. 












Monday, December 26, 2011


tonight obsession




Im AB



sometimes we forget to seek what's inside. 
life mystery - bipolar trait; solved. (i guess?)






p/s : Blood Type AB - Tend to be very charming and popular. They don't sweat the small stuff and can be seen as spiritual and even at times a bit "flaky". Only about 2 - 5% of the population are blood type AB. There is never a dull moment in a AB's life, so if you find one for a friend, consider yourself lucky! Youll enjoy some exciting times together!

Like blood type A's, AB's react to stress poorly. They are stronger and more active than type A's, but need to pay attention to stress levels so that they don't compromise their immunity.
Sometimes it is difficult to be an AB. AB's don't like to fit in anyone else's "boxes". If they feel too confined, they'll break out of that box and do things their own way. When it comes to food choices and AB must discover when they are more B-like or A-like. For example, dairy foods like milk kefir can be excellent for them or not good at all.

Wednesday, December 21, 2011

19122011






jam terus berdetik.
manusia terus dalam kerugian..
mereka yang terus menerus bertangguh
tak punya kekuatan melawan kemahuan diri, rakan, dunia, syaitan
tak juga serius mencari solusi mencari kekuatan.
minta dilindungi, minta diberi azam dan taufik untuk mengambil langkah yang BERAT itu.

padahal...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)


Katakanlah : “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

“Yang Menguasai sekalian manusia,
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


manusia itu aku juga. yang punyai sejuta macam kelemahan. tapi, terus melawan. kadang-kadang menang. kadang kadang kalah. tapi aku berazam untuk menang besar dalam perlawanan yang panjang dan memenatkan ini. sebab... dunia ini tak sampai 0.00000000000000000001 nilai dengan jannah nanti. sama-sama mujahadah jom? :)


Sunday, December 18, 2011






The one side

you might think that she/he is your BEST FRIEND.
and she/he doesn't think so, 
because she/he thinks, the other she/he is her/his BEST FRIEND
and the other he/she might or might not think so. 


it's just awkward.
you know... 
''of course! you're my best friend!!''
'' ermm ............. yeah? '' 

if so... are you allow to tell people that she/he is your best friend, while she/he doesn't approve nor deny it yet?
the one-sided best friend. 
man.. that's sad!
:(




p/s: came out with a conclusion today; women ; they naturally seek attention and enjoy assumption.  

Friday, December 16, 2011

exactly

 






FKD



YOU don't deserve it. 
YOU don't!



Wednesday, December 14, 2011

Adik no2

Saya selalu berasa kecewa. selalu berasa kurang motivasi. tapi bila melihat ada yang setia menanti, sedia percaya, sedia menyokong walau banyak kali saya mengecewakan mereka, semangat itu datang kembali.


Sungguh rahmat Allah itu terlalu melimpah ruah. tak terkata. tak terhingga.


Dulu masa sekolah, saya tak banyak dapat luangkan masa dengan adik no 2. Tak banyak cakap, tak banyak buat hal. Banyak buat kerja sendiri. Kawan? oh, ini jenis 'best-friend-forever' punya orang. Kalau sudah berkawan, rapat betul mereka. Walaupun namanya adik, tapi saya tak rasa yang saya begitu kenal dia. entah. Hingga bila dihantar ke negeri orang, kejauhan itu makin terasa. banyak yang saya terlepas dalam ruangan-ruangan masa ini.


Kita memang jenis suka buat kerja sendiri ke? lalu jadinya, kau - kau, aku-aku. Mana sesi 'bersama-sama' hanya atas sebab 'family'? mungkin sebab kita masing-masing hendak mengelakkan konflik. lebih suka diam memendam dari porak peranda perang. Perang kita pun jenis senyap saja. silent treatment and backtalking. hermm...


Dan bila disini, aku temui sesuatu yang memang sudah lama aku anuti. 18 tahun lamanya Islam. Baru di bumi ini aku temui erti islam. nikmat islam. harusnya keluarga itu bukan kuburan, senyap. tapi madrasah yang mendidik menyayangi. dan yang paling baik masjid yang membentuk luar dan dalam.... Mesti lakukan sesuatu melihatkan keadaan dirumah. senyap.


Lalu aku cuba menjadi badut, menjadi orang yang memeluk adiknya tanpa sebab. menjadi kakak yang selalu  mengajak sembang. jangan salah faham adik. kakak mu sedang berusaha menjadi muslim yang baik, kakak seperti mana islam ajarkan, anak seperti mana Dia mahukan, membangkitkan suasana jannah yang selalu dia dengarkan, dan.... mengajak kau adik no 2 untuk sama-sama merasai nikmat FAHAM islam itu sebagaimana dia, kerana kakak mu mahu sangat bertemu dan terus bertemu kamu di syurga.


Adik no 2, memang kadang-kadang kita terasa sibuk. kita rasa tak perlu yang lain melainkan apa yang kita sudah ada. malah kita merasa yang tak perlu kita berubah kemana-mana sebab kita seperti mana kita sekarang sudah baik. tidaklah jahat, tidaklah terlalu baik juga. ok ok sahaja. lalu mengapa harus terkejar-kejar, semangat nak jadi baik? Lalu niat di hati untuk mencari erti diri, erti Dia dalam hati tertolak tepi sebab mengejar cita yang sebenarnya telah Allah tetapkan sejak azali. Sibuknya. sibuknya. sibuknya. Sibuk juga Dia..tapi tak pernah terlalu sibuk hingga lupa untuk membangkitkan kita, memberi nafas esok hari. Jagalah Dia, pasti dan hanya PASTI kamu akan dipelihara & dijaga.


Adik no 2, raya lepas, Allah menunjukan sesuatu dalam diri kamu. Ingat lagi janji kamu saat itu? saat kita bersalam panjang? Bermulalah dengan solat, bacalah maksud quran itu, sahutlah ajakan-ajakan yang baik. Sebab ... adik no2, kamu terlalu hebat, sangat fokus, mampu pergi jauh lebih dari kakak kamu yang cepat menyerah kalah ini. Kerana setiap manusia itu LOGAM, adik no2 kamu ada potensi yang saaaaaaaaaaaaaagat besar. dengan syarat kamu FAHAM. izaa faqahu...


entahlah kamu faham atau tidak. ah.... terlalu banyak yang kakak kamu hendak ceritakan. hendak kongsikan. Insyallah ini yang terbaik. Selamat menjadi hamba terhebat dunia akhirat. happy belated birthday.


kalau terkena api pemetik api yang panas terus kita jauhkan tangan. cepat, pantas, dan tangkas.
mengapa harus kita berlambat-lambat menjauh dari api yang lebih besar dari itu? hemm...


yang mendoakan kamu siang dan malam.
tati



Saturday, December 10, 2011

Bila tak...

mak cakap :


''tu lah. bila orang tak semayang, subuh pon tak bangun, melawan cakap mak; cuba tengok, muka belemoih, nak tengok pon tak sedap, orang tengok pon rasa serabut. ''






emak kan selalu berkata benar. Kadang-kadang keputusan yang dia buat dan kita tak senangi, itulah yang terbaik lalu terbukti terbaik. Dalam hal ini, emm memang betul. Walaupun kadang-kadang mukanya dicuci pembersih muka, toner, dan pelembab, tapi ada sesuatu disitu yang kurang senang bila ditatap. 




kamu setuju?




P/S : mak dapat warna ungu sebab mak minat orkid. 

Thursday, December 8, 2011

ANDALUS misi 02

'' Poor people with very good education. Education is way to be a good muslim. Beeing good muslim means to learn the quran and every thing of the law. The law is not a King law, but it's the God law- devine law (syariah) ''

Pedro Chalmeta Gandron 
University Compluterse Madrid. 


ini ialah petikan dari kata-kata seorang professor sejarah dari sepanyol apabila diminta untuk mengambarkan struktur masyarakat bawahan andalus, bagaimana mereka dibentuk. Masyallah peringkat awal masyarakat andalus bersungguh-sungguh mencari cara untuk menunaikan tujuan hidup seorang muslim , Khalifah dan Ibadah itu sendiri. Sengguhnya kemenangan Allah akan berikan buat muslim yang benar-benar muslim, yang menggunakan acuan-Nya. Sunatullah seperti yang dibincangakan oleh saifulislam.com, ilusi vs realiti, REALITI akan menang. Jika muslim membawa diri sebagaimana yang digambarkan dalam Al Quran, maka bersedialah, kemenangan pasti datang. Jika khafir menjadi sebagaimana yang diceritakan dalam Quran, itulah realiti khafir, jauh dari tuhan, maka merekalah yang 'menang'. 


Pengajaran, betul-betul diambil bila di asimilasikan dalam keputusan-keputusan hidup. kita, bukan orang lain. bermula dari yang paling dekat.