Saya selalu berasa kecewa. selalu berasa kurang motivasi. tapi bila melihat ada yang setia menanti, sedia percaya, sedia menyokong walau banyak kali saya mengecewakan mereka, semangat itu datang kembali.
Sungguh rahmat Allah itu terlalu melimpah ruah. tak terkata. tak terhingga.
Dulu masa sekolah, saya tak banyak dapat luangkan masa dengan adik no 2. Tak banyak cakap, tak banyak buat hal. Banyak buat kerja sendiri. Kawan? oh, ini jenis 'best-friend-forever' punya orang. Kalau sudah berkawan, rapat betul mereka. Walaupun namanya adik, tapi saya tak rasa yang saya begitu kenal dia. entah. Hingga bila dihantar ke negeri orang, kejauhan itu makin terasa. banyak yang saya terlepas dalam ruangan-ruangan masa ini.
Kita memang jenis suka buat kerja sendiri ke? lalu jadinya, kau - kau, aku-aku. Mana sesi 'bersama-sama' hanya atas sebab 'family'? mungkin sebab kita masing-masing hendak mengelakkan konflik. lebih suka diam memendam dari porak peranda perang. Perang kita pun jenis senyap saja. silent treatment and backtalking. hermm...
Dan bila disini, aku temui sesuatu yang memang sudah lama aku anuti. 18 tahun lamanya Islam. Baru di bumi ini aku temui erti islam. nikmat islam. harusnya keluarga itu bukan kuburan, senyap. tapi madrasah yang mendidik menyayangi. dan yang paling baik masjid yang membentuk luar dan dalam.... Mesti lakukan sesuatu melihatkan keadaan dirumah. senyap.
Lalu aku cuba menjadi badut, menjadi orang yang memeluk adiknya tanpa sebab. menjadi kakak yang selalu mengajak sembang. jangan salah faham adik. kakak mu sedang berusaha menjadi muslim yang baik, kakak seperti mana islam ajarkan, anak seperti mana Dia mahukan, membangkitkan suasana jannah yang selalu dia dengarkan, dan.... mengajak kau adik no 2 untuk sama-sama merasai nikmat FAHAM islam itu sebagaimana dia, kerana kakak mu mahu sangat bertemu dan terus bertemu kamu di syurga.
Adik no 2, memang kadang-kadang kita terasa sibuk. kita rasa tak perlu yang lain melainkan apa yang kita sudah ada. malah kita merasa yang tak perlu kita berubah kemana-mana sebab kita seperti mana kita sekarang sudah baik. tidaklah jahat, tidaklah terlalu baik juga. ok ok sahaja. lalu mengapa harus terkejar-kejar, semangat nak jadi baik? Lalu niat di hati untuk mencari erti diri, erti Dia dalam hati tertolak tepi sebab mengejar cita yang sebenarnya telah Allah tetapkan sejak azali. Sibuknya. sibuknya. sibuknya. Sibuk juga Dia..tapi tak pernah terlalu sibuk hingga lupa untuk membangkitkan kita, memberi nafas esok hari. Jagalah Dia, pasti dan hanya PASTI kamu akan dipelihara & dijaga.
Adik no 2, raya lepas, Allah menunjukan sesuatu dalam diri kamu. Ingat lagi janji kamu saat itu? saat kita bersalam panjang? Bermulalah dengan solat, bacalah maksud quran itu, sahutlah ajakan-ajakan yang baik. Sebab ... adik no2, kamu terlalu hebat, sangat fokus, mampu pergi jauh lebih dari kakak kamu yang cepat menyerah kalah ini. Kerana setiap manusia itu LOGAM, adik no2 kamu ada potensi yang saaaaaaaaaaaaaagat besar. dengan syarat kamu FAHAM. izaa faqahu...
entahlah kamu faham atau tidak. ah.... terlalu banyak yang kakak kamu hendak ceritakan. hendak kongsikan. Insyallah ini yang terbaik. Selamat menjadi hamba terhebat dunia akhirat. happy belated birthday.
kalau terkena api pemetik api yang panas terus kita jauhkan tangan. cepat, pantas, dan tangkas.
mengapa harus kita berlambat-lambat menjauh dari api yang lebih besar dari itu? hemm...
yang mendoakan kamu siang dan malam.
tati