kamu rasa orang luar pandang kamu sebagai apa?
selepas insiden letupan di metro park kulturi dan lubyanka beberapa minggu lepas, tidak kisahlah kamu chechen,tan2,vietnam,arab,malaysia, apa saja,,orang ramai memandang kamu sebagai seorang MUSLIM.
mungkin kamu tidak minta dipanggil begini,tapi inilah hakikat agama Allah yang haq,rahmat bagi seluruh alam. sungguhpun kamu hanya mahu menjadi biasa2,kamu liberal2 seperti orang lain juga (siapa orang lain itu agaknya) tak perlu berimej seorang muslim sangat, orang MASIH DAN TETAP akan memandang kamu sebagai seorang MUSLIM.
ini bukan pertandingan ratu cantik. siapa sahaja yang PALING 'cantik',dia yang akan menjadi duta membuat kerja-kerja kebajikan di seluruh dunia (entah berapa percent sangat la rupa cantik mereka membantu agaknya~ ) ini pertandingan mengejar hamba terbaik di sisi Allah. tidak kisah kamu membawa agama ini sebaik mungkin atau tidak, kamu berakhlak sebaiknya atau tidak, berimej muslim sebenarnya atau tidak,orang tetap akan memandang. kamu tak perlu menjadi PALING beriman,sopan,lemah-lembut dan sebagainya untuk menjadi duta deen ini. kamu hanya perlu melafazkan syahadah dan orang PASTI MEMANDANG KAMU SEBAGAI SEORANG MUSLIM.
beban ini jatuh saat kamu lafazkan kata2 yang terbesar di dunia ini 'LA ILLAH HAILLA ALLAH!'
kamu pernah marah dalam hati tak, dengan org yg tak beragama islam ini sebab mereka tak memahami syumul dan indahnya agama kita?
kamu pernah rasa tidak faham dengan orang yang tak tahu dengan agama Allah ni?
kamu pernah tak berasa hairan dengan idea-idea pelik yang ada dalam kepala orang yg tidak faham islam ini?
kamu pernah tak bertanya adakah AKU YG BUAT MEREKA TIDAK FAHAM?
memang kamu tak pernah bercakap terang-terangan pada mereka tentang idea yang salah berkaitan deen yang amat kamu sayangi ini. tapi pembawaaan dan kelakuan kamu....kamu rasa ada beri kekeliruan pada mereka tak? kamu bangun pagi,makan,main,belajar,tidur sama sahaja dengan mereka. cuma kamu ada solat 5 kali sehari,kamu baca quran, kamu pergi usrah. tamat. tapi musik kamu, baju kamu, percakapan kamu, pilihan cerita2 kamu, sama sahaja dengan mereka. jadi kamu rasa,mereka akan rasa deen kamu dengan agama mereka lain tak?
jika yang berbeza hanyalah ritual yang kamu buat tapi hadir hati pun! apa erti kamu menganut islam sebenarnya?
izzati azmin,islam itu syumul. Allah melihat. Allah maha keras azabnya. Allah maha pengampun. MASUK SECARA KESELURUHAN. kaffah!
kamu beriman kepada 'manusia boleh berubah' tak? jika ya alhamdullilah. kamulah manusia itu
No comments:
Post a Comment