بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
mereka kata kau salah
kau kata mereka salah
mereka kata agama kau bermasalah
kau kata kepala mereka yang bermasalah
mereka kata kawan-kawan kau jahat belaka
kau kata mereka yang tak kenal siapa
mereka kata darah orang mereka tumpah
kau kata darah orang kau tumpah lebih banyak
teruskanlah dengan kau dan mereka kata
kau tak nampak jalan keluar dari keserabutan maksima ini?
kau nampak kita akan terus begina sampai kiamat nanti?
kau rasa dunia memang ditakdirkan begini?
saya tidak tahu kamu belajar aliran apa. tapi saya belajar dalam bidang perubatan. orang kata doktor kerja nya bagi orang sihat. kamu tahu kenapa manusia jadi tidak sihat?
beri satu contoh mudah. darah mengalir dalam salur darah dari jantung ke kaki. Allah arahkan darah ini untuk bergerak sebegitu rupa. apa jadi jika darah tak ikut cakap Allah? darah ateri gerak dari kaki ke jantung? kamu jatuh sakit. terlalu sakit sampai mati.
satu konsep yang mesti kamu faham, 'FAHAM' bukan 'TAHU' ialah,SEGALA URUSAN MILIK ALLAH. setiap sesuatu ada ketetapannya. setiap sesuatu ada TUJUAN PENCIPTAANnya.
manusia sudah tertetap sejak azali tujuan penciptaanya. dunia telah ditetapkan lama dulu kenapa ia dicipta. bila tujuan penciptaan ini tidak dipenuhi, seperti darah ateri yang bergerak dari kaki ke jantung tadi mengasilkan tubuh yang sakit tenat, begitulah juga kita. bila aturan tidak dipenuhi, berkecamuklah segalanya. bila deen ini tidak tertegak sebagaimana yg Allah telah gariskan dalam Al Quran dan dikuatkan dengan sirah nabawiyah,,,,maka jadilah seperti sekarang.
kamu lihat,,,dunia mencari-cari penyelesaian. tidakkah kamu mahu keluar melaungkan kepada mereka yang kamu PUNYAI ANTIDOTE NYA! ISLAM itu! mesti kamu bercelaru bukan? hendak melaungkan islam,tapi dunia menentang islam!
kerana itu kamu perlu tunjuk. kerana itu kita ada 7 maritib amal (individu muslim, baitulmuslim, masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam, empayar islam, ustazyiatul alam)
ah kamu sudah dengar orang berkata-kata begini puluhan kali bukan. tapi pernah kamu betul2 mencari sepenuh hati?
terus-teranglah, kamu tahu tak ISLAM itu apa?
serius, kamu boleh malu dengan hal lain. tapi bab ini kamu patut campak saja malu tak kena tempat itu ke tapak pembuangan sampah, kerana deen ialah yang PALING UTAMA. seperti al ghazali...saya pun kadang2 tertanya2 'why does worshiping for God hv become so insignificant in human life'?
kamu terselamat dari maut hari ini.alhamdullilah. maka pergilah mencari Dia.
ok baik berhenti. lagi banyak bercakap lagi banyak Allah minta pertanggungjawaban nnt azmin.
p/s: entah apa yang saya tulis saya pun tak pasti. biarlah.
oh sya sungguh penat melawan syaitan hari ini.tak habis2 mengajak saya kejahiliyah. TAK HENGEN LA! doakan terus kuat melawan.
No comments:
Post a Comment