boleh saja cakap
'tak kisah'
'eh, ok ok'
'ambik je'
tapi..
bila iman tengah turun, rasa nak marah menbuak-buak. tiba-tiba dahulu yang 'tak kisah' jadi 'ambil kisah' pula.
pandai..
memang syaitan itu pandai. mencucuk -cucuk di titik paling lemah. dikipas-kipas bara yang cuba dipadam air wuduk.
rasa diri saja yang betul
kita patut susun macam ini. kalau susun macam itu,nanti tak berapa tepat..berkata lantang
ishh orang tahu la, cakap sekali cukup! urhhh bingit betul .. bisik hati
em ya ya... tak nak ... boleh kot ..ragu-ragu tubuh bergerak bila diminta tolong
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
mana lapang dada?
apakan pula ithsar!
tiada orang begini disyurga. disana cuma orang baik sahaja.
baik?
ah! aku memang macam ini. kalau buat-buat baik, rasa macam hipocrit saja!
pura-pura, bukan ikhlas pun. baik tak payah buat.
kan niat tu yang penting. kalau dah tak ikhlas , buat pun tak ada maknanya.
sekali lagi
kau ditipu syaitan. menjustifikasi yang salah sebagai betul.
jika Allah kata begitu, makan begitulah dari awal hingga kiamat nanti.
kamu ingat kek cawan red velvet tiba-tiba muncul begitu?
yang kamu tak tahu,
dia dipukul keras,
dia dipecah- pecah,
dia digaul hebat,
dia dibakar panas,
dia meronta mahu keluar,
ting!
baru kau dapat sebiji kek cawan red velvet .
A saint is merely a sinner who never gives up and keeps on trying
dan kerana tuhan mu, BERSABARLAH
1 comment:
pagi tadi masa dalam kereta on the way nak pegi kerja....dalam slot motivasi pagi radio ikim.fm
"ingatlah di dalam musibah itu ada hikmahnya"
Kita bila makan roti canai....kita rasa wah sedapnya.....lembutnya...berlemak..
Padahal kte tak tahu sebelum roti canai tu menjadi sedap ia hanyalah tepung yang diuli, dilempar, dilambung oleh tanya mamak-mamak, di hempok, diketuk dan dibakar atas pan sebelum jd roti canai.
Sama macam red velvet cake yang sampai sekarang tak penah lg makan.
Macam itu jugaklah hidup, iman ada pasang surut, api adakalanya tak panas atau telebih panas sampai roti canai serap minyak atau hangit.
Hikmah dalam musibah...cuma nak lalui musibah dan ujian tu hari2 memang susah...tp hasilnya kte nak la macam roti canai sedap.
Post a Comment