Sunday, October 31, 2010

tamak


berhenti meminta maaf kerana tidak menlis post baru. salah siapa? berkata untuk siapa? dan untuk apa? pertanyaan yang akan terus membuat seseorang istiqamah dengan apa yang sedang dilakukan.
kenapa agaknya buka blog ya?
kenapa agaknya aku sedang belajar perubatan?
kenapa agaknya ak tertarik benar dengan dia?
kenapa agaknya susah untuk aku tinggalkan pemikiran lama?

tafsir surah al-asr ada berkata, tersedarnya seseorang manusia itu dengan hakikat diri, seolah-ola orang yang sedang lemas, tersedar dari tidurnya, ''eh! aku sedang lemas rupanya''

apa lepas itu?
.
..
...

mustahil untuk dia yang sedar dia dalam proses mati lemas, akan kembali sambung tidur dan bermimpi panjang. bunuh diri namanya itu!
orang yang tidur-bangun tersedar dia sedang lemas- lalu - terus berenang ke tepian! harus ada rasa urgensi. terus gerak! terus gerak!

jadi apa daya pemacu untuk jalani setiap hari?

mungkin saya yang terlalu 'destination oriented'. tapi tiada keinginan yang kuat,iya juga.

keinginan yang kuat?

iskk susah benar untuk terus-menerus rasa kuat. terutama sekali saya, suka
benar buat kerja saat terakhir. dan terlalu mudah untuk memenangkan perasaan mengantuk saat ia menyapa. jika menulis blog ialah untuk mengekspresikan diri, bila sudah tidak ber-saraf, berhenti menulis? jika suka dia kerana ...entah.. saya pun kurang pasti kenapa. pokok pangkal persoalan, tersandar pada 'what drives you?'

KETAMAKKAN PADA ALLAH

jika sayang kamu bukan pada Allah, apa harus saya terus sambung tidur, lalu lemas bersama kamu?
'selamat tinggal dunia' bak kata butterfingers, ya, benar..


KETAMAKKAN KEPADA ALLAH

No comments: