Showing posts with label russia rush. Show all posts
Showing posts with label russia rush. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Kotak bahagia

bagi mereka yang tidak tinggal di russia, moscow lebih tepatnya, mungkin anda tak dapat membayangkan hidup di sini. Entah. 6 tahun sudah berlalu, tapi tak semua isu akan selesai. Anda fikir anda dapat mengubah atau menghadapinya, tapi hakikatnya, kita tak berbuat apa-apa tindakan. kita hanya menutup mata, pura-pura ini semua khayalan sahaja. ''we literally sleep on it''. 

Kadang-kadang untuk kekal siuman menjadi satu cabaran di bumi Allah yang satu ini. sebab apa? Ah! payah hendak dijelaskan. Jadi buat mereka yang berada disini, jalan alternatif  harus diwujudkan, agar bila satu tali/pagar tak dapat diharap, ada yang lain untuk berpegang menghela lelah. 

Oh sebenarnya 3 hari lepas kotak bahagia saya selamat sampai. Alhamdullilah! Ya betul tekaan anda, saya masih siuman saat ini. Allah kan maha pengasih lagi maha penyayang :) 



yang pelik nya negara ini, (baik, selepas 6 tahun saya tak rasa ini sesuatu yang pelik lagi, but it took me bloody 5 years to grasp the idea) Tak mudah untuk masuk, tak mudah juga untuk keluar. Kerenah imigresen, visa, surat jemputan, emm marilah kita elak dari berbicara tentang itu sebentar. Macam mana rasa terkurung disini sekalipun, cuba fikir, saudara kita di palestin. Itu baru dikurung betul! keliling tembok batu hasil duit orang yang masih tak cukup kuat untuk berkata TIDAK kepada McD , Starbucks, Nestle, P&G etc etc itu. Nauzubillah. Nanti di mahsyar kalau orang palestin tuding jari kearah kita sebab kurung mereka, kita nak cakap apa? ''Allah dulu saya boikot, tak ada satu sen pun duit saya dalam tembok tu'' Alhamdullilah selamat. 






cuma.... GOBBER!!!!!!!! you smuckershdkfkjhgjkhfgkjhfkjghit... kenapa pecah?! 
ya, lain kali pelihara dan balutlah botol kaca goober yang mudah pecah ini seeloknya. Perjalanan panjang, dari malaysia ke russia, merentas laut dan ombak bergelora, jika tak dipertahan pecah akhirnya. 


Macam itu juga kita. perjalanan yang SANGAT panjang dan lelah selama di bumi russia ini menuntut kita untuk menjaga - mempertahan - berjuang menyelamatkan hati dan iman nan nipis. takut-takut satu hari diragut keras, hancur kita. Walaupun kotak ini amat mengembirakan, menguatkan kembali azam dan semangat. Tapi yang benar-benar menyelamatkan saya selama ini cumalah DIA. 


DIA boleh didapati di mana-mana usrah, daurah, rehlah, jaulah yang ada. sertailah taman-taman syurga, majlis ilmu, untuk berkenalan dengan Dia. insyallah selamat, bahagia, tenang tak terkata. 










alhamdullilah.





Tuesday, November 23, 2010

saya meramal cuaca-kan besok pagi salji putih menyelimuti bumi Allah russia.
jika betul, sila belanja saya makanan korea yang mereka selalu upload di facebook tu.


terima kasih.

Friday, November 19, 2010












kanibalism dan russia. baru-baru ini, ada pemda moscow, pengikut aliran goth, lemaskan teman wanitanya dalam tub mandi. kemudia dipotong-potongnya lalu dibuat steak. hermmm

orang islam sambut raya qurban. dia pun nak sibuk. beza sungguh yang beraqidahkan Allah dan yg gotik buatan manusia. bukankah manusia dibezakan dengan haiwan kerana akalnya?

mungkin akal dikepala lutut


(kes kanibalisim ada lah kes isolate, bukan biasa, tapi nampaknya; ada)

p/s sebenarnya saya findu hendak buat cupcakes. dan kelajuan saya membaca paediatrik malam ini lebih lambat dari kura-kura

Monday, November 15, 2010

fact about russia:

baiklah, mungkin lebih tepat : universiti saya. lebih tepatnya : pejabat dean universiti saya.

suka buang masa orang.
contoh 1:
hari ini, kami semua pelajar tahun ke-5 & 6 disuruh ke dewan kuliah hospital 600 koeka kerana ada pejumpaan dengan pihak universiti. kehadiran adalah wajib. sebab perjumpaan tak dinyatakan. habis kelas semua orang dibatalkan hari ini. ok? ok.

pagi hari kejadian. hospital tak boleh dimasuki melalui pintu biasa, kena guna pintu belakang. sebab pintu utama hanya untuk orang yang terlibat dengan persidangan hari ini. berkumpullah sekalian pelajar yang ramai sekali di lobi hospital. pukul 9.35 masuk ke dewan kuliah. ada yang tak dapat tempat duduk. (iya lah, kan campur tahun-5 and 6, mesti tak cukup) lalu datang orang pejabat yang dinanti-nanti.

'baiklah, pelajar tahun-5 boleh keluar)

apakah?!

-_-'' maka terbengkalai lah kami di luar hospital, tercengang dengan insiden tadi. 'habis panggil kami datang nak buat apa?!' bisik semua orang. tak berapa lama kemudian, kami dibawa konvoi jalan kaki ke tugu Piragova. ramai orang berkumpul di situ. (paling ramai doktor urology) bersama kamera besar dan carnation merah. tercenggang lagi, hendak buat apa?

rupa-rupanya ada menteri kesihatan datang hendak melawat. -_-'''''''''''' pukul 10 upacara tamat. terima kasih.

batal kelas satu hari untuk ''perjumpaan'' kosong selama 1 jam. makin bertimbun lah kerja dan topik yang mesti dihabiskan.

kemudian kitaran buang masa ini akan berulang and ulang lagi.

hari ini hari arafah. sunat berpuasa. jadi kita mesti sabar. bayangkan pagi tadi, orang yang tinggal dari pinggir moscow turun ke hospital. dari lokaliti 1 jam jauhnya turun datang. dari 5 minit berjalan kaki, turun ke hospital. merata-rata berkumpul untuk ''perjumpaan penting hari ini''

hari ini juga dia arafah, umat islam seluruh dunia berkumpul. tak kira dari darjat mana kau datang, berapa banyak duit dalam akaun, miskin, sbgnya,,, semua berkumpul, sujud dan berdoa dengan sungguh-sungguh kepadaNya.

hari ini juga pukul 9 malam nanti selama 10 minit kita (penganjur dan semua orang islam yg terlibat) akan berdoa untuk kemenangan kita di palestin.