Monday, November 15, 2010

fact about russia:

baiklah, mungkin lebih tepat : universiti saya. lebih tepatnya : pejabat dean universiti saya.

suka buang masa orang.
contoh 1:
hari ini, kami semua pelajar tahun ke-5 & 6 disuruh ke dewan kuliah hospital 600 koeka kerana ada pejumpaan dengan pihak universiti. kehadiran adalah wajib. sebab perjumpaan tak dinyatakan. habis kelas semua orang dibatalkan hari ini. ok? ok.

pagi hari kejadian. hospital tak boleh dimasuki melalui pintu biasa, kena guna pintu belakang. sebab pintu utama hanya untuk orang yang terlibat dengan persidangan hari ini. berkumpullah sekalian pelajar yang ramai sekali di lobi hospital. pukul 9.35 masuk ke dewan kuliah. ada yang tak dapat tempat duduk. (iya lah, kan campur tahun-5 and 6, mesti tak cukup) lalu datang orang pejabat yang dinanti-nanti.

'baiklah, pelajar tahun-5 boleh keluar)

apakah?!

-_-'' maka terbengkalai lah kami di luar hospital, tercengang dengan insiden tadi. 'habis panggil kami datang nak buat apa?!' bisik semua orang. tak berapa lama kemudian, kami dibawa konvoi jalan kaki ke tugu Piragova. ramai orang berkumpul di situ. (paling ramai doktor urology) bersama kamera besar dan carnation merah. tercenggang lagi, hendak buat apa?

rupa-rupanya ada menteri kesihatan datang hendak melawat. -_-'''''''''''' pukul 10 upacara tamat. terima kasih.

batal kelas satu hari untuk ''perjumpaan'' kosong selama 1 jam. makin bertimbun lah kerja dan topik yang mesti dihabiskan.

kemudian kitaran buang masa ini akan berulang and ulang lagi.

hari ini hari arafah. sunat berpuasa. jadi kita mesti sabar. bayangkan pagi tadi, orang yang tinggal dari pinggir moscow turun ke hospital. dari lokaliti 1 jam jauhnya turun datang. dari 5 minit berjalan kaki, turun ke hospital. merata-rata berkumpul untuk ''perjumpaan penting hari ini''

hari ini juga dia arafah, umat islam seluruh dunia berkumpul. tak kira dari darjat mana kau datang, berapa banyak duit dalam akaun, miskin, sbgnya,,, semua berkumpul, sujud dan berdoa dengan sungguh-sungguh kepadaNya.

hari ini juga pukul 9 malam nanti selama 10 minit kita (penganjur dan semua orang islam yg terlibat) akan berdoa untuk kemenangan kita di palestin.



No comments: