Bismillah
alhamdullilah tamat. cycle 'surgery & gynaecology' sudah tamat. tidak akan kedengaran lagi bunyi mesin pencetak, menyetak 'refarat' setiap pagi. tidak ada lagi keluhan bila ink sudah habis. atau geramnya melihat banyak kertas terkorban gara-gara silap format atau kurang ink mesin pencetak saat 4 baris terakhir dalam 1 mka surat penuh dengan teks.
bukan itu yang sukar. ada yang lebih dari itu. Professor Naumov Anatolievich itu yang mendebarkan dada. apakah hari ini akan kena marah? reffarat cukup info atau tak? cukup gambar tak? ada info atau prosedur surgery yang tak dimasukkan kah? ahhh! sungguh 'cuak'
ada yang lebih dari itu. ZACHOT. apakah mampu untuk melepasi cycle ini atau mungkin perlu ulang? bertimbun reffarat harus dibaca dalam masa yang singkat. fuh! sampaikan hari ini dalam dewan kuliah 'intestinal obstruction' tersengguk-senguk! aterial ischemia, jawab, tersilap sedikit (mana boleh aterial disease, thrombo-embolism jadi watak utama), treatment. selesai.
postavila zachot! pheww... biarlah susah cycle dari susah final nanti.
12 tajuk besar untuk diabiskan dalam masa satu hari. boleh sebenarnya. tapi kenapa seminggu sebelum exam, tak mampu nak buat demikian? ya, tepat. sebab tak ada rasa urgensi.
ujian tak akan makin senang. makin susah ada lah. jadi bila dah berpeluang untuk duduki ujian saat itu, buatlah yang terbaik. jangan nanti ada bunyi 'kalau lah dulu aku ....dulu ujian lebih senang kalau hendak dibandingkan dengan sekarang....kalaulah'. ya, kalaulah kan?
kita takut dengan benda nampak dan kesan yang terus. umat nabi sebelum Muhammad saw, semua diturunkan ujian terus selepas mereka berbuat kezaliman. tapi kita diberi penangguhan.. ya,tepat PENANGGUHAN bukan dilupakan, tak hilang begitu sahaja.
dan tak. hidup tak berhenti disitu. ini hanya sebahagian kecil agenda hari ini.
herm..... hidup yang pergi kelas pulang belajar dan makan kemudian esok hari mengulang benda yang sama? betul lah cakap boona 'so many live but so little truly live' .
Bukankah manusia itu sebaik-baik makhluk? tapi jika makhluk yang terbaik itu, perlakuan hanya seperti boneka yang dungu, apa hebatnya disitu?
anak singa yang telah didik menjadi anak kijang pengecut, lari sembunyi di balik semak- samun. anak adam yang hebat namun telah terdidik menjadi manusia jumud, pulang ke rumah menghadap computer hingga larut malam? begitu?
kenapa manusia takut dengan islam ya? takut apa yang disukainya saat jahiliah dahulu terpaksa dilepaskan? jangan bimbang.
pasti tak akan.
islam tak menghalang, tapi membatasi agar tak memakan diri.
iya, seperti budak kecil yang baru belajar berlari, kalau tak diletak pagar, hah sampai ke hujung taman dia lari. sedar-sedar sudah jatuh ke dalam longkang sendiri. kita ketawa dengan 'apalah budak ni, apa pun tak tahu, dah ada longkang, jangan la pi terjun masuk! itu kan longkang!'
sama lah. kita hanya manusia yang terbatas fikirannya, jangan terlalu sombong mendabik dada mengaku telah tahu semuanya, sedangkan kemampuan kita hanya seperti budak kecil yang belum kenal dunia. Dia yang cipta, maka Dia yang tahu. DibataskanNya apa yang perlu, agar kita tak jatuh ke dalam longkang busuk.
dulu saya melukis anime hanya sebab ..... entah saya pun tak tahu sebab apa. tapi agak finatik alhamdullilah, Allah tak tarik itu dari saya, sekarang saya melukis juga, tapi atas cupcake. atas sebab dakwah kerana-Nya. perniagaan apa yang lebih baik berbanding perniagaan dengan-Nya?
kami di sportiv ada pihak menganjurkan program yang digelar 'talian sahabat' . hari ini saya dapat surat dari dia yang akan saya panggil 'goldilocks' (sebab dia yang mengelarkan dirinya begitu) . Manusia itu sifatnya terburu-buru kan? saya hendak tahu siapa 'goldilocks'! hermm mesti orang dekat juga, sebab dia ada bertanya 'hows your zachot surgery coming along?' . my answer for that, Alhamdullilah. :) and nah a little footprint sticker she left for me. (aha! try to leave a footprint in my heart is it? hehe )