benggang sungguh bila ada orang-orang yang pergi bunuh harimau. bunuh gajah. tapi bunuh ular tak mengapa sebab sememangnya aku histeria betul dengan ular (oh double standart betul!) tak faham juga sebab apa aku boleh suka sangat dengan hutan malaysia ini, padahal aku tahu, malaysia punyai banyak species ular2 berbisa. dalam hidup ini antara benda yang paling aku mahu hindari dari bertembung, heh ular la. hutan kan banyak ular. lagi mahu masuk? entah kenapa tapi aku tetap suka hutan.
masa belajar kajian tempatan dan geografi dulu, ada belajar pasal taman negara. teruja betul aku mahu bercuti ke taman negara.SAYA MAHU KE SARAWAK! ingat lagi taman negara BAKO yang ada gambar batu besar belekuk dekat tepi pantai tu? fuh mesti best. dulu masa kit-kat nestle pernah buat pertandingan untuk pilih percutian paling seronok dan rank-kan semua percutian tu dari 1 ke 10, aku vote taman negara sbagai pilihan utama. confirm la lepas itu tak menang apa2 hadiah. hermm biasalah....berapa kerat manusia sangat yang nak ke hutan kan? masa itu antara pilihan yang ada,
1.membeli-belah di KLCC
2.percutian di pantai dan pulau
3.melancong ke disneyland
4.bercuti di eiffle tower paris
5.bla bla bla
....
..
.
6.taman negara
banyak sungguh negara-negara eropah,asia barat,afrika yang sudah aku lawat. tapi taman negara yang mahu pergi sangat tu masih tak pergi2.
28.march.2009

earth day. pernah dengar pasal promosi untuk tutup semua suis selama sejam untuk beri bumi rasa rehat sebentar. honestly aku suka dengan idea ni.(walaupun sepatutnya tiap2 kali keluar tandas pun mesti tutup lampu, tiap2 kali keluar bili patut tutup je laptop tu,tiap2 kali sudah sejuk dekat luar tak payah bukak kipas angin tu). oh pasal facebook lagi.biasa lah facebook sekarang kan jadi wadah untuk mengajak orang join itu dan ini, maka aku pun diinvite oleh kawan disitu untuk join 60 minutes earth hour. I WONT JOIN IT. bukan apa. hermmm....
http://www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=54175421409
ermm dah hilang pula invitation yang nak tunjuk tu. the thing is, plan itu mmg bagus pun. bagus sangat. tapi yang tak setujunya...heh banyak pula party2 yang diorganize untuk sambut bendalah ini. call me conservative i dont care because yes at times iam conservative. kamu cakap kamu sayang bumi dengan pemberhentian pengunaan eletrik selama 60 minit.tapi lepas itu kamu sambut dengan party yang banyak. habis kalau sambut party itu, berapa banyak mentol pakai untuk terang-benderang kan stage? berapa biji neon pakai untuk tukar2 warna lampu di dance floor? berapa suis di turn on kan untuk hidupkan live band? berapa banyak etc etc
jadinya macam orang yang kata nak diet.
sebulan tak makan nasi
berjaya la turunkan sekilo
lepas berjaya hentam balik nasik 2 pinggan sekali makan
naiklah 5 kilo
do the maths!
i'll support for sure if benda ini tak mengalakkan org berparti tak tentu hala.
gunakan lah kegelapan itu untuk muhasabah balik apa yang kita tak syukuri selama ini
gunalah kegelapan itu untuk bertahajud memohon ampun dari Tuhan mu
gunalah kegelapan itu untuk rasai syahdu dan ketenangan dunia sebenar
gunalah kegelapan itu untuk fikir selama ini kau buat apa dengan nikmat cahaya itu
"malam itu dijadikan untuk kita menghargai adanya siang"
tidakkah kamu berfikir?.....
ok sambung study surgery...malas betul!
malas nak mandi juga..gara2 paip kuzmin yang tah hapa2!
No comments:
Post a Comment