Friday, September 25, 2009

aku tersentak,keras,ditegur kata.

berlalu sudah ramadhan. syaitan-syaitan dari jin dan manusia sudah pun dilepaskan. aku masih disini,masih bernafas, alhamdullilah. terasa sungguh hilangnya ramadhan. saat ini semangat beribadah dan berkat ramadhan semacam hilang. seakan-akan rasa kurang bermotivasi untuk banyak membaca quran,solat sunat, kurang usaha mendekatkan diri dengan Nya. aku saat ini sedang mencari kembali kemana perginya hati ku. mungkin tersesat dan termalas sebentar akibat terlalu banyak makan dan ketawa tika menyambut syawal yang lalu.

oh berat sungguh untuk tunaikan qiam, mana pergi semangat 10 malam terakhir ramadhan azmin?hidup kembali tidak teratur, aku sedar dimana silapnya. silap bila aku utamakan dunia. biasalah banyak saja program makan2, melawat sana dan sini, topik 'cycle' untuk dihabiskan, itu dan ini. mana aku letak Allah? Mana letak dakwah? ok mari betulkan kembali priority hidup! jika kau jadikan Allah tujuan hidup mu,maka Allah akan menjaga kamu. jika kau jadi urusan diri kau sebagai yang utama,maka jagalah diri kamu sendiri.

penat petang tadi,baring sambil cuba habiskan beberapa muka surat 'apa erti saya menganut islam' oleh fathi yakan. ok,mungkin kurang sesuai untuk dipanggil helaian kerana baca dalam format PDF dalam iphone. tertidur( kebelakangan ini memang kuat tidur sebab,tak tahu kenapa).terjaga. check iphone. the screen greet me with 'BAB 5: SAYA MESTILAH DAPAT MENGUASAI DIRI'

tersentak
terjaga
aduh
kuasai diri kamu azmin!

mesti.

subhanallah.

p/s : should go and watch this.http://www.halaltube.com/yasir-qadhi-everlasting-ramadan

No comments: