kau sedang menunggu? aku pun sedang menunggu,
entah akan tiba atau tidak hari itu.
aku harap bila tiba nanti, segalanya dipermudahkan.
penat aku menanti.
takut juga akan kecewa, yang di idam hati tak sampai-sampai.
mestikah terus menanti, kosong menunggu.
bagaimana kalau kau sudah tidak menunggu.
nak biar aku terus termangu?
aku tidak mahu bertanya, kau tak mahu beritahu.
faham sendiri-sendiri
ah cukuplah, insafi diri
hai manusia tiada apa yang pasti
melainkan janji Illahi.
mungkin aku gembira kini,
tapi bagaimana di hari muka kelak?
bisa senyum ini terukir lagi?
boleh kau janji?
tidak,kau tak mampu.
kau juga lemah macam aku.
jadi kenapa perlu kita berfantasi sendiri?
mimpi disiang hari.
sedangkan Allah sudah tetapkan sejak azali?
adakah kau mengerti?
2 comments:
tati. aku tak sangka aku berjumpa dengan blog hang harini. di hari raya ke 6. 2009.hahahaha
-along-
ok.kantoi. ngheee
Post a Comment