Wednesday, September 9, 2009

l

puasa,
kau puasa?
aku puasa.

tapi puasa aku dengan puasa kau tidak sama. kalau kau tanya puasa aku macam mana,aku cuma boleh berkata-kata zahir. apakah diterima,ikhlas dan diredhai Allah tak mungkin dapat aku pastikan.

kita suka dengan kestabilan. berasa selamat dengan sesuatu kepastian. bila terlalu banyak faktor yang dikelas sebagai 'unknow' hati boleh rasa kacau bilau,sungguh tak senang duduk. dari yang paling baik hinggalah ke paling teruk difikirnya, biasanya yang ditakuti itulah yang paling banyak difikir. hakikat.

orang yang tak senang duduk itu tahu banyak yang tidak diketahuinya.buat aku terfikir, dalam menjalani hari-hari aku,kadang-kadang aku rasa aku bahagia sahaja, 'macam ini sudah baik', 'semua ok'. macam mana aku boleh rasa terlalu selesa sedangkan kedudukan aku disisiNya, walahualam dimana agaknya. pasti aku akan ke syurga? yang pasti aku tak mahu ke neraka. kamu juga pasti tidak mahu bukan?

tapi yang kelakar (sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang kelakar pun) bila dicakap perihal syurga dan neraka, ramai tidak rasa apa-apa.
'apa barang cakap pasal syurga dan neraka ni!'
'kau hidup baik-baik sorang-sorang,tak kacau orang lain sudah,syurga neraka kubur masing-masing'

tidak!bukan berniat aku nak berceramah panjang dengan kamu,cara kerja aku lain. kalau hendak berceramah, lebih baik aku kumpulkan saja sejelata penduduk dan disitu aku berceramah. aku hanya ingin berkongsi takutnya aku. kau tidak takut? kau rasa ini semua masih jauh dari kau bukan? ya aku pun berasa begitu,bila angin futur melanda. tapi itulah gunanya kita,kau dan aku kita mengingat, bukan sekadar berbalada panjang dan bercanda riang semata. wasinnii.

No comments: