Friday, November 27, 2009

kamu pernah datang bilik saya?

teman sebilik saya sangat suka berkebun dan menjaga ikan. bangun sahaja dari tidur pasti dia ke kebun membajak. petang sedikit kembali meyemai biji benih. malamnya bekerja di pasar dan kadang-kala menjual hasil kebunnya. begitulah hari-harinya.

matahari jatuh di ufuk barat,naiklah si bulan menerangi lautan kegelapan malam.
si ayam berkokok menyapa sang matahari
matahari naik di ufuk timur, hilang terang bulan malam tadi.
selesai satu kitaran hari

teman sebilik saya berkebun lagi.esoknya,tulatnya,minggu seterusnya...
yang hebat, dia tak berpeluh bak pak tani kita. tak berbau.tidak penat. tiada lelah. memang hebat bukan? macam manusia hasil pengubahsuaian genetik. tapi saya yakin dia orang biasa.

yang tidak seronoknya, walaupun dia sangat komited dengan kerja-kerja berkebun,menuai dan menjual. dia tidaklah kaya. tidak pula bermewah-mewah dengan baju mahal, perabot mewah, haruman luar biasa, melancong ke carribean. tidak pula saya lihat kerja-kerja berkebunnya membawa orang dari luar negara,datang mengkaji resepi kejayaan kebunnya. percayalah bila saya kata,setiap hari ada saja tanaman yang dituainya! tapi kenapa tak kaya-kaya?

teka la kenapa.

teka la

teka la cepat!

dah dapat jawapan?

teka la

oii fikir lah walaupun sesaat,jangan malas berfikir?

(haha it's not like anybody is reading)

sebab dia main berkebun di 'Facebook'.

sampai mati pun tak kaya. sampai qiamat pun tak habis kerja. sampai tua pun tanah kebun ok macam itu juga. sampai bila-bila pun tak berpeluh. itu semua alam maya. virtual atau fantasi. memanglah teorinya nampak begitu indah dah mudah.iya lah khayalan mana yang tidak seronok? namun jangan lupa kebun itu terapung-apung di awan maya. dikata wujud hanya kerana nampak di skrin komputer.

esok hari raya aidiladha. tahukan kenapa umat islam sambut? ah sejak kecil dicerita berulang kali kisah nabi ibrahim dengan anaknya Ismail,dek kerana cinta pada Allah,sanggup berkorban apa saja. tanya saja semua orang, paling kurang dia tahu sinopsis kisahnya bagaimana. di quran tertulis. dikitab-kitab ditulis semula. kita pun baca. maka kisahnya diminda.

sebagaimana kebun teman sebilik saya hanya difacebook,begitu juga teladan kisah Ibrahim hanya di minda.
sebagaimana kebun itu tidak meng-kaya-kan dia,begitu juga teladan Ibrahim Ismail tidak memberi perubahan pada kita.

tahu kenapa?
kerana setakat teori, kerja tak jadi!

apa kau harap tekan-tekan tetikus, tanpa penat lelah kau jadi kaya? kebun yang rindang, sungai mengalir ditengahnya?

apa kau harap,baca-baca kisah begitu saja tanpa mujahadah,tanpa tentangan orang keliling,tanpa sakit hati dan futur, kau boleh jadi mulia? sebaik para sahabat dan syuhada?

mimpi sajalah!

sungguh,tidak Allah jadikan takbir memujinya yang dialunkan di hening pagi raya itu semata-mata untuk kau bernostalgia. tapi untuk kau hayati maknanya. Ibrahim dan Ismail berkorban demi Rabb dan Illah mereka,ALLAH.kau berkorban segala kecintaan dunia, lelaki, keluarga,kawan, masa,makanan, internet, ah apa saja yang telah kau korban demiNya. maka ingatlah ALLAH MAHA BESAR (allah hu akbar), tiada Illah selain Allah (la illah ha ilallah),tiada tempat untuk kau tumpukan segala kecendrungan,tidak mahu berpisah,rindu,pengabdian melainkan kepada Dia. Disuruhnya engkau ingatkan dirimu tentang hakikat ini di awal pagi moga kau tenang berkerja menghadapi kesusahan akibat QORBAN yang telah kau lakukan untuk Nya. supaya kau ingat yang saudara kita di Palestin berkoban jauh lebih hebat.

jadi bergembiralah wahai jiwa-jiwa yang sedang berkorban demi Tuhanmu, kerana sepanjang tahun kau PENAT berperang dijalanNya. Orang putih kata 'NO PAIN NO GAIN' benar,jika kamu masih besenang lenang kamu belum berkorban. kamu belum pun mula bekerja. kamu masih main-main seperti orang yang berkebun sia-sia dia facebook. tunggulah jadi kaya, pasti tak berjaya. tunggulah syurga, ......kau rasa?

wahai jiwa-jiwa yang sedar dari lamunan,ayuh bersama kami,kita mujahadah,aku dalam keadaan yang payah,mereka juga. tapi Allah hadiahkan esok untuk kita bergembira.

selamat hari raya aidilfitri. :)

No comments: