Thursday, November 19, 2009

oh tidak

sedar tidak sedar,lama sungguh tidaknya diupdate sarang labah-labah ini. orang cakap kalau lama tinggal perasaannya sudah tidak sehangat dulu. memang betul pun. contohnya bila kuat sangat membuang masa depan komputer,bila lama ditinggal dek peperiksaan, bila jumpa semula, tak tahu nak buat apa. bila aktif sungguh bersembang di laman maya,tapi bila lama tinggal, bila jumpa tak tahu nak cakap apa.

hakikatnya tabiat itu sesuatu yang boleh dibuang, susah tapi tak mustahil. fitrahnya manusia itu putih bersih lagi suci, namun disebabkan perjalanan dunia yang tak mengikut sunatullah maka cara kita ditarbiyah(didikan) pun salahlah.

yang idealnya anak-anak kecil diajar menghafaz al-quran, tapi disuruhnya pula belajar menari2 lagu beyonce, anuar zain lalu dimuat naik ke you-tube.

yang idealnya mengejar jannahNya, tapi dipuaskan dengan kereta berjenama mahal dan rumah indah bak maligai.

yang idealnya diisi masa dengan bahan-bahan ilmiah islam itu tabiatnya berilmu, tapi dipenuhkan dengan deretan film dan siri yang entah bila akan habis.

jadi si manusia yang fitrahnya putih telah menjadi hitam.bila hendak berubah menjadi baik saja terasa nauzubillah payah nya! kenapa payah kalau itu memang tabiat kita? tak. tabiat kita sudah terbalik, sebab itu rasa macam sesuatu yang janggal untuk berbuat segala yang islam syorkan. tak lah saya katakan hidup saya memang bersibghah Allah, 24 jam hidup ideal seperti Maha Pencipta mahukan, sedang mencuba. kadang-kadang gagal, tapi sekurang-kurang nya tabiat yang dulu nilainya 100 kini kurang 99. insyallah kalau terus cuba berubah lagi 99 kali,kembalilah saya ke sifat asal itu.

apa kau ingat usrah setiap minggu dah cukup untuk cuci segala hitam yang telah lama mendap dalam diri? sangat tak cukup. perlu cari sendiri. Allah cakap,siapa saja yang menjumpai hikmah, hikmah itu miliknya. tersentak dengan perbualan dengan seorang wanita di lapangan terbang cairo ogos lepas.

W: kamu muslim?
s: alhamdullilah saya muslim.
W: kamu sedang baca novel?
s: ya novel baru,hendak luaskan pemikiran.
W: kenapa tidak baca Al-quran? sekarang Ramadhan. buku-buku ini boleh baca banyak masa lain. tapi Ramadhan itu terhad. mesti rebut..
s: (pagi tadi kan sudah baca,baca lah yang lain pula,monolog sendiri)

malu. Ya Allah. jadi sekarang saya jadi sangat tamak.

ini buku yang mesti baca bulan ini


ini buku yang mesti baca sebelum mati.

tapi pastikah esok hidup lagi?
jadi buku mana mahu pilih?

kamu siapa?
seorang muslim doktor. sebab ada tambahan muslim dihadapan usaha mesti 200x lebih dari orang biasa. sebenarnya saya orang paling malas antara semua. malas yang amat dasyat. saya tak kisah bila itu tak menggangu sesiapa. tapi kalau malas macam ini, jelas sekali akan menganggu agama Allah,orang keliling, bla bla bla. malas bukan lagi pilihan.

p/s:
ada sorang kawan saya ni suka sungguh cakap 'ko bukan ke denial state ALL the time?' haha memang pun. ada lagi 2 topik besar harus dibaca dan hafal sebelum besok, tapi dok menulis disini pula.

rasa bersalah dengan kecintaan saya, sudah lama tidak berhubung, entah sihat entah demam. Ya Allah kuatkan mereka (oh kecintaan saya ialah adik2 usrah yang entah kenapa lepas jumpa mereka rasa lagi semangat nak bekerja)

sebenarnya nak tulis benda lain,lain pula yang keluar. -_-''

No comments: