Tuesday, May 4, 2010

malam itu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
berpaling kebelakang sebentar, lihat kembali keadaan dulu dan sekarang. beza? memang berbeza. saya mampu ingat kembali perjalanan hidup saya hanya dalam masa sehari. perjalanan hidup sehari2 selama 22 tahun ini hanya dalam masa sehari! hebat bukan?

tak. sebenarnya tak hebat.

saya hanya mampu mengingati beberapa perkara significan yang berlaku. hari jadi, exams, gaduh dengan kawan, awards itu dan ini, baik dengan kawan, etc2. bayangkan hidup selama 22 tahun
22 x 12bulan = 264 bln
264 x 30hari =7 920 hari
7 920 x 24 jam = 190 080 jam
ok you do the math yourself~

hampir 2 ratus ribu jam,saya mampu habiskan selama 1 hari? tidak,yang saya ingat, jika dicampur tolak mungkin hanyalah 24 jam. lemah kan manusia ni? tapi tidak ada kebaikan sekecil zarah pun yang terlepas pandang dari buku Allah. setiap saat, setiap minit, setiap jam ada catatannya!

tiada satu pun benda yang kecil dipandangan kita, tapi disisi Allah, itu adalah satu catatan buat kamu. hebat kan Allah? jangan sombong dengan Dia, kita pasti tak terlawan punya. Allah maha adil, mengira setiap saat apa yang sedang hamba Aku buat. Allah melihat setiap saat apakah hambaKu sedang memilih Aku atau dipilihnya dunia? Allah melihat. Allah melihat. Allah melihat. jika Allah mahu boleh saja ditimpakan saja bukit uhud atas kita bila buat dosa.tapi punyalah Allah itu Maha pengasih Maha penyayang Dia hold dulu, beri peluang untuk hambanya betaubat.

diberi tangguh lagi seminit,
diberi tangguh lagi sejam,
diberi tangguh lagi sehari, dua hari
diberi tangguh sebulan,
diberi tangguh setahun, dua tahun, tiga tahun

sampai satu hari, Dia akan panggil juga kita.

yang ditangguh-tangguh jika tidak dilunaskan, maka bertimbunlah. apa akan jadi dengan timbunan itu? nauzubillah....

jangan sombong dengan Allah, berkata kita telah lihat semuanya. kita telah tahu semuanya. sampai satu saat, Dia tunjuk sesuatu yang tidak pernah kita lihat, yang tak pernah kita rasa, yang tak pernah kita fikir wujud,,kita hanya mampu melutut merasa diri yang terlalu kerdil. baru sedar; yang kita tahu, tidak sebesar habuk pun.

jangan sombong dengan Allah, kerana Dia tak pernah sombong dengan kita. malam sabtu lepas subhanallah Allah biar kita rasa tak sampai setitis rasa indah berada di syurga, kami berdaurah dan mabit hari itu.. walaupun mulanya ramai saja yang keberatan, tapi subhanallah, saya kagum dengan mujahadah adik sayang. mujahadah melawan kebiasaan. mujahadah melawan panggilan katil empukmu di bilik. mujahadah melawan panggilan internet dan youtube. melawan panggilan buku-buku dan nota. ya Allah,kuatnya mereka! terima kasih Allah.

moga mereka tahu yang mujahadah mereka itu telah menjadi satu catatan di sisi Allah. catatan yang bukan sebarangan, tapi catatan yang akan bantu memberatkan neraca timbang nanti. tidak, mujahadah kamu itu bukan calang-calang.

''dua kaki seorang hamba tidak dapat bergerak pada hari kiamat,hingga dia ditanya tentang 4 hal.tentang umurnya, untuk apa dia gunakan, ilmunya yang mana saja ia telah amalkan; hartanya dari mana ia dapatkannya sekaligus ia gunakan untuk apa; dan tubuhnya untuk apa ia manfaatkan''
riwayat at tarmizi

Allah tak akan pandang sisi sahaja, tapi Dia menanti-nanti apa yang kamu akan buat seterusnya. memang kamu boleh pilih untuk pulang dan jadi seperti biasa. kamu boleh pilih untuk menjadi seperti orang lain yang tidak pernah diizin Allah berada di syurga dunia, tapi....tidakkah itu akan menjadikan kita hamba yang tidak bersyukur? jangan sombong dengan Allah...

malam itu, saya tak dapat bersama adik2 lama. bertugas menjadi mak cik di dapur yang tak bertauliah. tapi insyallah ini yang terbaik.

malam itu, tenang saja perjalanan nya, tidak serabut, tidak kelam kabut. kenapa ya? kerana Allah yang menyusun, mustahil susunanNya ada kurangnya.

malam itu, rasa macam kita saja disini. dunia diluar seolah tidak ada. hanya kita dan pengisian. Allah sedang mentarbiah kita itu.

malam itu, laju mengalir air mata,hangat. Allah membasahkan kamu dari dibakar neraka. jangan biar diri kering lagi! alirkan lagi air itu. basahkan! moga kita selamat dari disambar api jahanam.

malam itu, manis sungguh ukhwah, orang2 inilah yang kamu akan terus berjumpa nanti. insyallah dengan izin Nya di jannah.

malam ini.... masih kamu dapat ingat apa yang berlaku? setiap jam disana? setiap minit ? setiap saat? kenanglah. semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk wujudkan bi'ah (suasana) itu dibilik sendiri, di rumah sendiri.

sedikit video yang dikongsi pagi itu
insan rabbani




kek coklat


jaulah syitawiyah russia 2010

tak boleh tahan air mata,walaupun dekat puluhan kali tonton video jaulah. jumpa di jaulah nanti ye? tau! tau! bi iznillah (dgn izin Allah)

semoga Allah merahmati kamu

No comments: