bismillah
pagi tadi lewat saya tidur....lepas subuh,lepas mentelaah tafsif fil zilal quran baru saya tidur...walaupun mata tak mahu lelap lagi,tapi badan punya hak supaya besok bertenaga untuk terus study..
pukul 7.26 seorang sister ni telefon saya
'azmin! freedom flotilla diserang, 3 mati 31 cedera!'
ya Allah! Allah saja tahu bertapa hati ini menangis bersama mereka.... walaupun memang saya tak berada atas kapal bersama, tapi dari hari pertama team msia berlepas ke turki untuk misi kemanusiaan ini,mmg saya follow mereka (di twitter)... setiap twiit penunh dengan semangat hendak membantu saudara di Gaza. setiap twiit juga dapat saya rasa ruh kecintaan mereka pada Allah. setiap twitt juga mereka kerap kali ingatkan kekuatan itu dari Allah semata2..
lifeline4gaza
Sampai ada yg pergi masjid sebelum subuh, tapi pintunya masih terkunci. Bukan nak buat cerita, tapi begitulah hakikat semangat mrk.
1:11 PM May 20th via web
Reply Retweet
Bayangkan! Semangat kami di sini begitu tinggi, tunggu masa utk berlepas ke Gaza.
1:09 PM May 20th via we
jadi ya jika kamu kata saya sangat emosi tentang hal ini, memang saya sangat emosi. mereka itu SAUDARA SAYA! bayangkan kalau ibu kamu diatas kapal itu! ayah kamu! adik kamu! mesti bagai nak gila kamu kisahkan pada orang. apa bezanya, bukankah kita semua berbapak kan Nabi ADAM A.S?? yang menjadikan kita BENAR-BENAR saudara?! ukhwah kita kerana Allah...ah persetankan warna kulit,rupa,bangsa,sempadan negara, imigresen semua! kita sama saja, semua pun HAMBA! ini bukan soal racist atau agama. tapi manusia biasa pun mampu menilai isu ini,israel yang jahat.
bohong jika saya katakan hati saya tak hancur melihat saudara saya diatas kapal itu sedang memakai life jacket, LIFE JACKET BUKAN LIFE/BULLET VEST org yang samalah yang saya lihat hari-hari di flickr dan website, bersolat jemaah,melazimi al quran... sungguh org yg sujud pada Allah lebih saya cinta dari ahli yang tak tunduk pada Nya! ukhwah islam itu terlalu besar, cinta seorang mukmin kepada mukmin yang lain memang tak terbanding. malangnya sudah ramai yang tak terasa bahangnya. zaman sahabat dulu, tengah di medan perang sambil merentasi sungai tiba2 mangkuk seorang sahabat hilang. sangup SEMUA BERHENTI dan mencari! bertapa caring nye mereka sesama mereka!
kita? dasar pecah perintah british memang berjaya. lahir sifat KAU-KAU AKU-AKU. lahir sifat negara itu,negara ini. sedangkan Allah kata,mana saja ada ORANG islam itu tanah air kamu.WAJIB pertahankan....ini...msia sibuk buang bayi...leka dengan mabuk nafsu. mabuk dunia...terlalu mabuk untuk peduli hal yang lebih besar.
lebih ramai yang melaporkan tentang kisah terbaru drama2 TV CIPTAAN manusia, drama yang hanya DIREKA-REKA berbanding drama sebenar yang berlaku di dunia. lebih ramai yang berkongsi link eurovision atau AF atau AI atau BGT yang memang sudah mendapat liputan luas media..
tak siapa suka jika dizalimi. tak siapa suka bila hak mereka diambil. bila dizalimi semua berharap orang akan simpati. orang akan datang bantu. tapi bila orang lain dizalimi, kita nak buat tak tahu saja?! kamu malu untuk dilihat semangat gaza? atau kamu takut digelar racist? hey! PANDANGAN ALLAH DIUTAMAKAN!
dari pukul 7.30-12.12 saya duduk depan komputer mengikuti perkembangan terbaru. saya perlu mula study. insyallah itu jihad saya untuk saudara saya juga. saya doa satu hari saya dapat naik kapal itu dan saya yang menjadi doktor yang merawat mujahid berani kita yang terbaru dilaporkan 16 org meninggal dunia. moga terus tergolong dalam golongan mukmin.
dan saya akan terus update di twitter. jangan pandang senteng dengan pengaruh FB dan twitter dan blog dan tumblr dan flickr. Allah tak pernah lihat satu pengorbanan hambaNya sebagai kecil.sedangkan sebesar zarah pun dikira, gerakan tangan untuk berkongsi berita apatah lagi?
penyelesaian?
minta tolong dengan ALLAH. mungkin kamu nampak seperti sampai bila pun tak habis, nampak macam israel kuat dan mustahi berjaya. tapi percayalah israel itu pun sapa punya? ALLAH punya. jangan ragu-ragu dengan pertolongan Allah.
sesungguhnya pertolongan Allah itu DEKAT.
p/s kamu faham kenapa saya dan orang lain tak berhenti boycott? supaya perluru yang digunakan untuk membunuh 16 org saudara saya di atas kapal itu, datangnya bukan dari wang saya.
2 comments:
what disgusts me the most, was those that felt themselves 'too modern' to be affiliated with standing up for what's right.
racism...pfft.
erghhh tell me about it -_-'''''' its the era of moral bankruptcy..
but hey,wast treehugger,greenpeace,activist are the new pink?
Post a Comment