stanislav grof.
psikiatrist dari negara czech. terkenal kerana mempelopori LSD psychotherapy. sukarelawan terdiri daripada pelukis, arkitek, penulis novel, pokoknya pekerjaaan yang berkaitan dengan jiwa. memang mereka ini dipilih khas oleh stanislav grof disebabkan mereka mampu mengekspresikan apa yang dialami jiwa dalam bentuk lukisan, atau penulisan.
setiap pesakit diberi halucinogen yang terkuat LSD, lalu khayal. bila kita kata ; khayal..
khayal itu bagaimana?
apa perasaan khayal?
dimana destinasi khayal dalam minda separuh sedar kita?
kenapa orang suka berkhayal?
mereka dimana ketika khayal?
itu yang cuba dirungkai oleh stanislov grof. boleh rujuk disini hasil lukisan sukarelawan yang terlibat
hemmm manusia.. sampai begitu dia cari. bukan salah dia mengkaji. salah manusia yang suka ambil jalan mudah. putus asa dengan dunia, lalu melarikan diri ke dunia lain. hacur dengan dadah. sudah terlalu burukkah dunia ini? apa jadi dengan pelangi, matahari, segala simbolism untuk harapan? untuk hari yang lebih baik?!
apa dunia ini hanya penuh dengan kejahatan dan tekanan? masakan status-status facebook digunakan sebagai medium melepaskan geram pada orang? makin ramai yang putus asa dengan dunia. pagi tadi ketika sarapan, saya dikejutkan dengan berita pelajar 14 tahun bunuh diri kerana tidak tahan dibuli, dipanggil 'gay, fag, etc' oleh pelajar sekolah. bayangkan, boleh terlintas dalam fikiran kanak-kanak (sebab belum mencecah umur 18 tahun) untuk melontarkan dirinya ditengah-tengah kesibukan lebuhraya, lalu dia mati dihempas trak kontena.
isthifar.
sewaktu kamal antartuk mabuk dengan sekularism, banyak yang dia ubah. tak pernah bumi Allah ini menyaksikan ketiadaan khalifah selepas wafatnya rasulallah saw, akhirnya melihat kerusakan paling besar yang mampu dilakukan oleh tangan manusia. kamal antartuk tak mabuk seorang diri, golongan sekularism, liberalism yang terdesak untuk kelihatan maju pada zahirnya berani mengatakan agama sebagai 'candu' ummah.
lihat!
hah lihatlah sekarang!
manusia tidak beragama.
manusia sudah hilang tujuan hidup
dan candu yang mereka cari
LSD yang mereka beri.
dan mereka masih kata agama itu candu ummah!
memang kami khayal dengan 'candu' bernama agama ini. sebab solat itu membawa kami pergi tinggi tenang kembali. sebab puasa itu mengawal kegilaan nafsu kami. kerana quran itu bawa kami berkhayal tentang tempat yang terlalu indah bernama syurga. 'candu' ini yang menyebabkan para sahabat tak sabar mengejar syahid. mengejar syurga. ''aku bau syurga di uhud!'' laung anas bin nadhar.
'candu' ini buat kamu tidak melenggang mak limah.
'candu' ini buat kamu BERSEGERA!
''kalian haruslah menunjukan sis-sisi positif yang ada pada agama kalian, menjelaskan segenap prinsip dan ajarannya, serta menyampaikannya kepada mereka yang sedang dilanda kehausan luar biasa, yang nyaris membakar dada mereka selama hidup di dalam kbang meterialisme dan gaya hidp mekanik yang serba keras''
Komitmen da'ie sejati ,pg 35 (yg dari ijtima' Ru'asa'il Manathiq,pg 251)
kalau nak rasa LSD, mungkin boleh cuba ini:
kelas pediatrik 9.30-12tgh - jalan 400m -kelas psikiatri 1.00-4.30ptg - lari 1.5 km -kelas filosofi 4.00-6.00 ptg = perasaan berjalan atas angin.
(formula diatas hanya berkesan jika tidak diganggu oleh pemboleh ubah lain seperti, makan tengah hari nasi/roti/etc )
FYI: Howl's moving castle OST played by Czech philharmornic orchestra!