Thursday, September 10, 2009

ll

pernah berada disitu tapi tiada? ah saat paling tidak produktif sekali,paling merugikan juga. jasad dikelas hati di bilik hostel. jasad di jamuan raya kedutaan hati di dapur rumah menjamu rendang. jasad sedang tungang tebalik bersolat hati di barisan episod telenovela yang bakal atau sedang ditonton. jasad membaca al quran tapi hati sedang mengira-gira apa yang bakal dibuat lepas ini.

orang takut dengan hantu 'pocong' yang melompat-lompat. takut juga dengan hantu cina yang melompat dan mampu diberhentikan dengan sehelai kertas jampi. tapi kenapa rasa kurang takut bila hati kita yang melompat? dimana kedudukan solat aku jika hatiku tak dibawa bersama? dimana nilai bacaan quran aku bila hatiku tak terbasah sama? dimana kualiti belajar aku bila hati aku tak fokus bersama? mahu saja aku tambatkan hati ini seperti lembu. tapi dimana duduknya hati pun aku tidak tahu

beruntunglah orang yang mampu duduk senyap dan fokus seorang diri. apa tips?boleh beritahu? haha macam sekarang,jasad sedang menulis di blogger tapi hati di dapur menunggu giliran mengoreng telur, juadah berbuka beberapa minit saja lagi.

1 comment:

N.S.M said...

salam.
lame x jenguk this blog.
=)