Monday, February 7, 2011

bismillah

segala puji bagi Allah tuhan seluruh alam. baru sebentar tadi al-jazeera melaporkan aymanM telah dibebaskan dari tahanan oleh tentera mesir. aymanM ialah salah seorang wartawan al jazeera. ada eloknya anda 'follow' dia di 'twitter'. situasi di mesir terus berlangsung. bila rakyat yang telah lama terseksa, 30 tahun lamanya! kini telah bangun menuntut hak mereka. jika kita tadabur sebentar Al-quran. Allah banyak mengisahkan tentang firaun dan rakyatnya yakni bani israel dan kaum qibti. bani israel menjadi hamba-hamba , dipaksa mengangkut batu dan sebagainya membina piramid. bukan si bani israel tak bercakap-cakap belakang tetapi hanya dengan bercakap apa pun tak akan berubah! cakap - cakap kedai kopi, itu semua kosong. hilang saat semua yang melepak bersurai. setiap kata perlu dibuktikan dengan amal. akhirnya Allah menghantar nabi musa untuk menyelamatkan bani israel . satu golongan yang terpaksa membanting tulang  inilah membantu firaun terus berkuasa, tetapi selepas mereka diselamatkan oleh nabi musa, firaun baru sedar yang kedudukannya tidaklah begitu kukuh lagi.

kenapa firaun kuat? kerana ada yang menyokongnya. kerana mereka mendapat kebaikan dari firaun.


''biarlah orang lain terseksa, agar kita bahagia''


benci kita bila dengar ada manusia becakap begitu. mari berfikir sejenak, melihat kembali kedudukan kita dalam situasi ini. baru sebentar tadi saya menonton al jazeera live : egypt wealthier  resident express concern about the unrest in the country. golongan elite disana bermain golf , menungang kuda, melepak di tepi kolam renang dan tak jauh dari kelab eksklusif mereka ratusan ribu manusia telah berhari-hari tidur diatas rumput beratapkan langit dan bintang semata-mata menuntut hak mereka. bila ditemu ramah, rata-rata menyebut mubarak ialah seorang yang baik, ayah kepada kita semua, dan sebagainya.  baru sangat tadi al-jazeera (ye, saya sedang multitasking ni) melaporkan tentang kekayaan mubarak dan kroninya. harta mubarak mencapai 70 billion, salah satu daripadanya ialah sebuah 'townhouse' di perumahan elite di london, berharga tak kurang dari 8 juta.

  Robert Reich 
 by izzatiazmin
GAP: 1/2 Egyptians live on $2/day or less, min wage hasn't risen in 25 years, while 10,000 are millionaires, & very rich live like kings.

keratan dari twitter saya. pastinya yang kita sedang lihat sekarang bukan satu keadilan. tepat. benci bukan main kita kepada golongan elite dan pro mubarak tadi. sedang, mereka enak menikmati lebih 50% kekayaan negara, separuh dari rakyat mereka hidup papa kedana, hanya dengan $2 sehari! dimana agaknya hati perut mereka? enak dibelai kereta dan rumah bagai mahligai, wang yang tak pernah putus malah terus bertambah, kedudukan yang mulia di jabatan,, oh enak dibelai lalu matapun tertutup, tertidur. sampai orang yang menangis dahagakan air, makanan bahkan keadilan, tak mereka sedar. lena. tidur. 

lalu kita bagaimana? saat saudara kita bermati-matian menuntut keadilan, apa yang sedang kita buat?
pulang bercuti kosong di eropah? 
sibuk membeli belah memenuhi nafsu?
sibuk mengurus hal pelajaran yang ramai imani itulah kunci kekayaan mereka dimasa depan?
atau sedang angau berangan-angan akibat 'series' dan 'movie' yang tekun kita mentelaahi?

jika ya pada mana-mana soalan diatas, atau iras-iras soalan diatas. . . hermm dimana hati kita ya? sudah tidur jugakah? 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢
hai orang yang berselimut. BANGUN  berilah amaran!  74:1-2

No comments: