Friday, February 11, 2011

ecstatic

MUBARAK STEPS DOWN 

cukup. cukup dengan itu mampu melonjakkan hati tinggi. suadara kita di Mesir apatah lagi. minggu sebelum ini, al-jazeraa memang telah menjadi halwa telinga. entah, saya  tak lalu mendengar lagu, lagi baik dengar berita. rasa semangat sikit belajar. 

setiap kali buka blog, melihat gambar-gambar, menonton berita, hati rasa izzah sangat dengan islam. rasa kagum dengan ribuan manusia, tak kira dimana saja, bila sudah masuk waktu solat, mereka solat. solat jemaah. ribuan manusia, dibawah satu imam. mengikut setiap bacaan dan gerak-geri imam. taat dan patuh. disitu kita nampak saf-saf manusia yang mantap. bersatu. kita besar sebenarnya, bila kita bersatu. amat sangat besar, actually. 


Feb 11 (2 juta jemaah)
sejam lepas, al-jazeraa berceloteh tentang sesuatu (tak focus untuk dengar, sebab tengah makan) sambil menayangkan siaran langsung dari dataran tahrir. waktu tu, syabab-syabab kita sedang menunaikan solat maghrib jemaah. selesai solat, si omar sulaiman muncul, lalu menyampaikan berita yang semua orang nanti-nantikan. mubarak steps down.





hebat kan. syabab-syabab ini, tadi sujud menghambakan diri, mengakui cuma Allah Maha Besar. cuma kepada Allah mereka tunduk. kemudian Allah tundukkan maha zalim mubarak kepada mereka! Allahuakbar. 

apa yang kita perlu?

kita perlu SYABAB YANG TUNDUK PADA ALLAH
kita perlu SYABAB YANG TAAT
kita perlu SYABAB YANG BERANI
kita perlu SYABAB YANG YAKIN
kita perlu SYABAB YANG BERAMAL ATAS KATA-KATANYA
kita perlu SYABAB YANG ISTIQAMAH

kita.

KITA YANG MESTI JADI SYABAB ITU. 

walaupun saya amat risau apa yang akan jadi di Mesir selepas ini. tapi insyallah, Allah ada susunan yang terbaik utk mesir. kita berusaha, biar Allah tentukan pengakhiranya. 


 Nicholas Kristof 
 by izzatiazmin
Innaharda ehna kullina Misryeen! Today, we're all Egyptians!




Innaharda ehna kullina Misryeen!


diari mesir 11/2/2011

No comments: