bismillah
sudahkah anda mendaftar penjadi penderma organ?
kenapa hendak derma organ?
sebab saya tak suka membazir. dari badan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan ini reput dimakan tanah, ada eloknya saya berikan untuk kebaikan manusia. tapi saya tahu masih ramai yang ragu-ragu tentang hal ini. abah saya juga sama, tapi emak? ha ha ha emak pun mahu sertai saya (yea my mom is cool like that!)
lalu hari ni masa bersembang di telefon dengan orang tua dirumah, saya pun tanya perkembangan borang yang sudah dihantar itu.
T: abah, abah sorok ek, surat tati dari HKL tu?
A: tati nak derma organ buat apa?
T: laa,, tati dah mati dah pun masa tu. bukan rasa sakit pun. abah banyangkan kalau ada budak 2 tahun sakit, kena pindah organ tapi tak ada orang nak derma
A: mana boleh organ orang besaq pindah dekat budak (oh tahu jugak abah pasal ini ye)
T: ye la, tapi dekat orang tua-tua tu boleh pakai.
A: islam tak bagi ni sakitkan mayat
T: tapi abah, islam suruh kita buat baik
A: ishh abah tak minat la semua ni
T: laa abah, nanti depa ambik organ dalam tati lepas tu depa hantaq la balik
A: HAISHHHHHHHHHHHHHHHH! TAK MAU TAK MAU CAKAP PASAI NI.
lalu telefon dipasskan kepada emak. -_-'' oh abah
E: itulah abah, entah dia ada lagi ke tak bila tati dah mati
T: ROFL tu la! tati pun pikiaq benda yang sama ma!
dan kami pun berpindah ke topik perbualan yang lain.

No comments:
Post a Comment