Friday, February 11, 2011

ia tak menjadi lebih mudah. bahkan lebih payah. 
pada zahirnya. tapi insyallah kan, kita ada Allah. Dia meringankan beban kita.

tertarik pada kutub yang berlainan. itu fitrah nya magnet. 
tertarik kepada lelaki/perempuan. itu fitrahnya manusia.

bila fitrah ini jatuh pada magnet, tak jadi masalah. magnet tak hidup. mereka islam ijbari. 
aplikasikan ini pada manusia? ha ha 
langsung tak saya nafikan yang fitrah ini PASTI mujud dalam diri manusia (ya, saya juga manusia)
tapi itulah Allah turunkan islam untuk membentuk fitrah itu, lalu mengangakat manusia menjadi semulia- mulia mahkluk. haiwan juga ada fitrah ini. tapi haiwan tak ada deen yang mesti dia ikuti. 
jadi bila kita manusia, yang kononya makhluk mulia ini, berhadapan dengan situasi yang sama (yakni tertarik kepada yang berlainan ) adakah kita berkelakuan seperti haiwan juga? tak ada batas? tak ada halal haramnya? yang penting al-hawa dipenuhi? begitu?

tak. 

kita ada Allah. kita ada Rasulallah saw. kita ada al-quran dan hadis. semua ni bukan untuk kelihatan cantik disenarai, tapi untuk dipraktikkan apa di dalamnya. macam doktor prescribe panadol untuk sembuhkan demam. kita ambil panadol dan lagukan sahaja ''panadol,panadol,panadol 1000x'' . hey si bijak pandai! pastilah tak sembuh demam tu, biar kau sebut jutaan kali pun. 

bila dicari-cari, dikaji-kaji, didalami, islam tak ajar kita untuk berpasangan sebelum kahwin. kamu boleh tertarik, tapi melainkan kahwin kamu tak ada jalan lain, melainkan simpan dalam-dalam lalu berdoa dengan Nya agar,jika ini yang terbaik, nanti Dia mudahkan. mustahil kamu kata? 

tak.

tak mustahil. doa moga Allah kuatkan kita semua. orang kata 'kalau jodoh tak ke mana' (cewah) hah apa lagi, inilah masanya untuk test power peribahasa ibunda kita kan. ^^  bukankah lebih indah dan mulia jika kita menangkan Allah berbanding gejolak al-hawa kita? barulah  kita tak sama seperti orang biasa. kerana hakikatnya kita memang luar biasa. awak bersama saya? :) kita doa ya.

No comments: