selepas berbuka puasa hari ini, saya dapat berita yang kami akan menerima tetamu dari malaysia. mak ayah datang dari malaysia melawat anak yang sedang belajar dirussia. tak sampai setahun umur pendidikan anaknya di bumi soviet. seperti biasa, emm mukin kurang biasa bagi orang yang tak hidup disini. banyaklah masalah dengan apartment yang mereka tempah (haihh isu penempatan lagi kan). dengan tangan terbuka, boleh sangat kami menerima tetamu Allah ni. :)
orang memang akan terkejut 'beruk' dengan 'hospitality' di russia. betul, tak tipu. orangnya tidak ramah. suka menipu. payah betul hendak senyum. pelanggan tak betul, mereka yang betul. kemudahan tak semaju negara barat yang lain. sejuk extreme. tak habis kalau nak tulis. tidak dinafikan ada yang baik. baik sungguh. tapi sebab majoriti selalu menang, maka impresi pertama orang dengan negara ini, selalunya tidak berapa baik.
kadang-kadang orang tak faham, macam mana saya dan orang lain mampu tinggal dinegara ini. hermmm..
tak tahulah orang lain bagaimana, tapi pada saya ,saya sanyang juga russia, sebab ini
BUMI TARBIYYAH
bergantunglah bagaimana kamu mengambilnya. saya dan kami semua disini mampu, sebab itu kami yang terpilih untuk berada disini. mungkin ada yang tumpas, ada yang larut, tapi ada yang terus tegar mewarnai hitam legap tanah disini. moga Allah bersama kita. :)
No comments:
Post a Comment