bismillah
ya ya saya tahu ada tertanya-tanya lagi perihal derma organ bukan?
betul. tepat sekali, ia adalah satu amalan yang mulia.
macam mana?
senang saja.
langkah 1.
muat turun borang ini dan isi.
langkah 2.
isi borang.
pastikan anda telah berumur 18 tahun ke atas. buat adik2 yang belum cukup umur, boleh derma, tapi perlu izin mak ayah (orang cukup umur kena bagi tahu juga, tapi kalau mak ayah tak bagi, boleh negotiate lagi)
langkah 3
tentukan organ apa yang hendak anda derma.
(saya mulanya derma semua organ)
langkah 4.
cetak borang (print)
langkah 5.
poskan ke alamat berikut
Pusat Sumber Transplan Nasional
(National Transplant Resource Center)
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
03-2615-5555 ext 6576 (Hospital KL) or 03-26942705.
borang anda akan diproses, dan anda akan mendapat email dari pihak PSTN
lebih kurang macam ini:
NURUL IZZATI AZMIN MOHD YUSOF, Pendaftaran anda telah berjaya. Pihak kami akan segera menghantarkan Kad Identiti Penderma melalui pos ke alamat anda. Anda dinasihatkan agar menyimpan kad tersebut bersama anda setiap masa. Selanjutnya, anda mesti memberitahu keluarga anda mengenai niat anda serta pendaftaran ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, kami sentiasa mengalu-alukan agar anda menghubungi kami. Anda juga boleh berbuat demikian bagi tujuan pengemaskinian data. Terima kasih kerana mendaftarkan diri sebagai penderma organ dan tisu. Kami amat berbangga sekiranya anda turut mempromosikan pendermaan organ kepada rakan, keluarga serta sesiapa sahaja yang anda kenali. Terima Kasih. Salam mesra, Pengurusan PSTN 1800-88-9080 |
langkah 6
langkah ni cuma wujud untuk orang yang kelam kabut seperti saya.
selepas berbincang dengan abah, baiklah kasi chance saya nak tukar dari, derma semua kepada kalus yang baru(beri semua, ertinya beri kulit dan mata, saya tak rasa keluarga saya sanggup ). langkah ini ialah langkah untuk bertanya soalan dan sebagainya.
kemudian dapat
Terima kasih di atas makluman tersebut, Izzati Azmin. Kami akan mengemaskinikan maklumat berkenaan di dalam rekod kami.
..............etc etc
oh sungguh efisen dan mudah. suka!
mudah kan?
sebarang pertanyaan boleh rujuk terus ke sini
Kami menghargai usaha anda untuk mempromosikan pendermaan organ.(oh! saya terharu ^^, ) Jika ada sebarang penerangan lanjut yang diperlukan, kami sedia membantu melalui talian toll-free 1800889080 atau di laman Facebook National Transplant Resource Centre.
"1 Malaysia 1 Harapan, Dermalah Organ Demi Kehidupan"
ok?
ok alhamdullilah. :D



