apa yang terjadi kebelakangan ini?
hermm... banyaknya perihal berita yang dipaparkan muka depan pada maulidur rasul 15/2/2011 yang lepas. katanya 'doktor tidak cekap', kemudian skop disempitkan kepada graduan russia. ya, saya la itu. oh ramai sekali yang 'sentap'!
marah, benggang dan berbagai lagi la.. apa yang saya rasa tak penting, apa yang saya tulis disini orang tak baca. tapi apa yang syed azwan syed ali tulis di MUKA HADAPAN itu ramai yang orang baca. harusnya dia lebih berhati-hati, mencari bahan yang cukup, buat 'homework' dan 'research' secukupnya. Allah yang tahu apa di dadanya, apa matlamat dan tujuanya. mungkin mengejar 'rating' tinggi lalu banyak untung. mungkin betul ikhlas untuk menkhabarkan realiti. mungkin dan mungkin. siapalah kita untuk memberi 'verdict' (hemm tapi nampanya wartawan ini,merasakan dia berhak) biarlah... saya masih akan sapa awak dengan asalamualaikum wbt (tapi kebarangkalian tidak kerana anda lelaki).
hari ini, ada lagi artikel berkata tentang 'pelajar sendiri akui kurang praktikal'. ya saya juga mengaku..
banyak juga status2 di FB yang amat saya setuju walaupun bunyinya agak keras..tapi mari kita tak menyebarkan sesuatu yang tak membina.
rasulullah saw mengajar kita untuk menegur untuk membina bukan untuk menjatuhkan. berkali-kali hari ini saya berjumpa dengan point dalam buku 'Psikologi rasulallah saw dalam berinteraksi dengan masyarakat'
pendekatan Rasulullah ada 3 yang teramat penting
1. Hikmah
2. Pengajaran yang baik.
3.Perbahasan yang cara terbaik.
pastinya, saya tak nampak langsung 3 ciri-ciri ini digunapakai ketika artikle 'dr tidak cekap' itu ditulis juga kepada komen-komen. wallahualam, jika saya yang benar-benar buta untuk melihat nilai-nilai rasulullah yang diguna oleh si penulis. ironi bukan, hari itu hari lahirnya uswatul-hasanah kita, rahmatan alamin kita. lahirnya manusia yang akan menghilangkan segala pemusuhan, diisi dengan rahmat, islam dan hikmah, mempersaudarakan manusia atas dasar aqidah bukan darah, bukan keturunan. kini? hermm lebih kurang satu russia membenci si penulis.
apakah nilai rasulullah tidak relevan lagi dengan sikap dan pekerjaan harian kita? apa jadi dengan syahadah, bila kita mengaku yang Muhammad itu pesuruh Allah. apa yang disuruh Muhammad, disuruh oleh Allah. apa kita hendak belakangi Allah juga? nauzubillah.
kata kata inggeris menyebut
YOUNG AND FOOLISH
OLD AND WISE
umur kita mungkin berbeza. kamu lebih tua,saya lebih muda. saya lebih tua,kamu lebih tua. tapi yang memberi kita usia sebenarnya bukan bilangan lilin atas kek, tetapi umurnya tarbiyah kita.
tak ada tarbiyah, tak hiduplah kita.
tak ada tarbiyah, tak berumurlah kita.
tak ada tarbiyah, YOUNG AND FOOLISH lah selama-lamanya kita.
mungkin ini menerangkan kenapa,,,
seorang sahabat menulis puisi ini. saya ingat harus saya kongsi.
Salah siapa labu-labi?
Teringat aku sebelum aku datang ke sini
Tawaran 'keemasan' aku terima dengan besar hati,
Membawa azam yg tinggi yang selama ini terbuku di hati
harapan ibu ayah dan seisi keluarga
utk melihat aku menjadi doktor
tidak aku salahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan diri
kehidupan disini byk cabarannya,
tidak pernah tergambar utk aku tempuhi,
tapi itu lah takdir namanya,
tiada siapa yg perlu disalahi,
semuanya telah tercatat di atas sana
3 jam masa aku ambil untuk pergi dan pulang dari kelas,
belajar pula dalam bahasa yg tidak difahami
berhmpit2 di dalam bas dan kereta api,
muka dan kaki ku kebas oleh sejuk salji,
tidak salah semua ini, semuanya cabaran yg Allah beri,
untuk masa depan satu hari nanti
keselamatan di sini pada Allah sahaja aku serahkan,
tidak cukup dipukul diterajang,
org asing ditikam dibunuh mati,
dalam kereta api letupan pengebom berani mati,
esok pula meletup lapangan terbang yg selalu kami lalui
mereka juga tidak salah, salahnya sistem yg sedia ada ini
bukan aku ingin meminta simpati,
apabila ada yg mengata itu dan ini,
kerana seorang semua dituding jari,
aku disini ikhlas utk menimba ilmu yg diberi,
tidak salah niat di hati, utk membantu suatu hari nanti
Fahamilah masalah kami disini,
sebelum menghukum membuta tuli,
aku budak baru belajar
kalau salah tolonglah ajar,
tolong selesaikan masalah kami,
bukankah itu lebih baik dari mengaibi
Tolong jangan salahkan kami
Hanya tuhan yg lebih mengetahui, daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.
:)
banyak yang kami alami sebenarnya. cuma kamu tak akan faham sehingga kamu sendiri lalui. ini salah satu daripadanya
moga Allah merahmati kita semua. :)
p/s: alhamdullilah hari ini kami ada sambutan maulidur rasul di hostel. banyak bayi yang sedang dilahirkan hasil tarbiyah. dengan izin Allah, berubahlah semua ini di masa depan. tapi ingat Allah tak mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu yang berusaha untuk berubah.